Pages

Langkah drastik bila gas habis!!!


Tahukah anda..bahawa periuk nasi letrik anda adalah penyelamat segala-galanya...jika tiba2 gas anda habis dan anda pulak tersangatlah malasnya nak keluar membeli gas....( kena pulak time "perdana" di mana ramai org kat kedai...dan tong gas mungkin akan sampai pada jam 3 petang!!!!)


Masukkan minyak untuk menggoreng ke dalam periuk nasi letrik anda.( jangan buat benda ni selalu..nanti periuk nasi letrik anda terlupa akan fungsinya untuk memasak nasik).Minyak hendaklah dilebihkan dari biasa..kira macam deep fry lah yaaa...OK..tekan macam nak masak nasi biasa..bila panas,butang tu akan naik dgn sendiri.Angkat periuk yg bahagian dalam tu sedikit..letak semula dan tekan balik...(gitulah mesti dibuat..setiap kali butang tu naik)



Bila dah panas..masukkan ayam goreng..yg tak sempat anda goreng tadi,sbb gas habis..!!! Tutup dengan penutup periuk. Balik2kan ayam itu..sehingga anda pasti ayam tu dah masak./garing.



Perhatian: sila guna senduk plastik/ kayu untuk keselamatan tangan anda...



Taaaa...daaaa...hasilnya..ayam goreng deep fry..lebih lembut dari biasa..!!!!


Satu lagi salahguna periuk nasi letrik anda jika gas anda habis..!!!
Masak nasi, serentak dgn lauk dan sayur...jimat masa..kan...


Posisi periuk nasi letrik anda dan periuk kukus,hendaklah macam ini. (jika anda mempunyai lebih dari sebiji periuk nasi letrik, anda benar2 seorang yg sangat bertuah!!!!)



tingkat yg atas dalam periuk kukus..ada bendi. Ini adalah kaedah stim..sayur2 lain pun boleh jugak!!!


tingkat yg bawah, ayam kukus. untuk yg berdiet bolehlah cuba kaedah ini.Ikan , udang, ketam dan sotong pun boleh jugak.Jika hendak lebih berkuah,masukkan sedikit air dan garam...cicah sos cili pun sodaaappp!!!



Akhir sekali..tentunya nasi lah. Maka siaplah hidangan untuk anda pada hari yang drastik ini.Jgn lupa sambal belacan utk cicah bendi tadi...OK..Selamat mencuba!!!!

14 comments:

  1. kreatif...hehehe...bagus2...tp for emergency only...

    ReplyDelete
  2. Kak pah...jadi mak ni kalau tak kreatif dan kepala otak tak bergeliga...say good bye jer lah..maksud sy kena byk belajar lagi la..sy dah penah buat dah semua tu kak..masak kari pon penah dlm tu..
    tp itu dulu2...dalam 5 thn ni tak penah buat dah sbb tong gas dah ada 2 kat umah..(beli spare gara2 gas abiss time nak sahur bln posa..mkn biskut cicah milo ja..sian budak2.)

    ReplyDelete
  3. pia: bkn setakat kari..kuah laksa pun boleh..bubur kacang pun booeh jugak!!!

    ReplyDelete
  4. wah..bgs2..
    saya pernah jg buat gini..
    tp hati duk pikir jerr..takut meletup..huhu

    ReplyDelete
  5. hehe... igtkan guna dapur kayu... hehehe

    ReplyDelete
  6. haha, boleh di praktikkan ni..^^

    ReplyDelete
  7. Kak Pah, saya pun buat cam tu jugak. ;-)
    p.s:Periuk nasi dan pinggan kita samalah!

    ReplyDelete
  8. Salam.. Kreatifnya kak Sharifah..

    ReplyDelete
  9. Ni style mase duk asrama dulu. Periuk nasi boleh goreng macam-macam. Hahaha~

    ReplyDelete
  10. As salam kakPah, saya pun buat cam tue gak tapi goreng2 nie saya tak pernah try, takut sikit. Tak meletup ker kak?

    ReplyDelete