| SALAM SAYANG SEMUA: Apa mende pulak tajuk cam tu.. heeee...Sebenarnya itu untuk menggambarkan betapa seronoknya akak k-poh hendak pergi bercuti... Ehhhh.. bercuti ke?? Sebenarnya bukan bercuti pun.. tapi nak pergi merisik seorang gadis untuk anak sulung akak k-poh ni. Dah lama berkawan, jadi eloklah diambil langkah selanjutnya.Kan.. Yang paling seronok sakan nak naik keretapi ialah anak bongsu akak k-poh ni, masa kecik dulu jer naik keretapi, pastu dah tak naik-naik dah.Hinggalah sekarang ni... Kesian kat dia, nak merasa naik keretapi.Lagipun akak k-poh pergi tak lama, jadi nak suruh hubby drive, kesian dia.. tak sempat nak rehat. Esok malam, hari Ahad, akak k-poh sekeluarga akan bertolak dan sampai pada hari Isnin.Selepas selesai urusan, hari Isnin tu jugak pada malamnya, akak k-poh sekeluarga akan balik ke Penang dengan keretapi jugak. Sebab itulah akak k-poh ambik tempat tidur, bagi selesa sikit dan tak sakit badan..( yg sakitnya poket ler) Oklah, doakan perjalanan lancar dan urusan berjalan dengan baik.... |
wahhhh bestnya....
ReplyDeletemia belum pernah naik keretapi lagi....
wah tak lama lagi dpt menantu lah akak....
ReplyDeleteSy pun tak pernah naik keretapi...
jom naik keretapi...
ReplyDeletetak lama lagi kpah k-poh dapat menantulah ya...naik keretapi bestnya...
ReplyDeleteKali terakhir naik keretapi kira2 20 tahun dulu.Bestnya kak pah dah nak terima menantu.Mudah2an dimudahkan segala urusan ye kak pah.
ReplyDelete"slmt merisik, kak pah...smga dipermudahkan segala urusan..amboi cepat nya nak balik,mai la rumah saya dulu kak pah.."
ReplyDeleteabg kerja pia.... ni pun kena ponteng hahaha
ReplyDeletenaik keretapi.. 7 tahun yg lalu.. last pergi Johor..
ReplyDeletesemoga Allah permudahkan segala urusan kpah...
ReplyDeletelama betoi rasanya x naik ketapi... last naik sekolah rendah dulu kot...agagaga
ReplyDelete