KLIK

TIROID DAN STOP UBAT / TIROID DAN ANDA k

Jika hormon tiroid normal selepas rawatan, boleh berhenti makan ubat?
#gengtiroid

#betul_ke_ni

Jawapannya, YA dan TIDAK

YA boleh stop ubat utk pengidap hypertiroid. Apabila doc berpuas hati dgn tahap hormon tiroid dan result ujian darah pun memuaskan, maka doc akan cuba utk stopkan carbimazole.

Tapi bukan utk hypertiroid yg ambik ubat yg banyak yer.
Mrk yg ambik ubat yg banyak, doc akan turunkan dos secara berperingkat. Kalau result darah masih tinggi, doc akan naikkan dos ubat. Begitulah sebaliknya. 

Tapi kalau ambik sebiji saja carbimazole utk sehari, peluang utk stop ubat adalah tinggi. 

Stop ubat tidak bermaksud sembuh dari hypertiroid yer.

Stop ubat hanyalah try n error....doc nak tengok apa akan jadi pada kita kalau tiba2 tak makan ubat utk jangkamasa lama.

Mereka yg stop carbimazole ni, sentiasa kena waspada pada simptom2 thyroid storm.

Kepada rakan2 yg doc dah stopkan ubat tu, jangan anggap cara org lain tu salah dan cara anda saja yg betul. Padahalnya, yg tak makan ubat tu lah sentiasa kena berjaga2.
 
TIDAK BOLEH stop ubat untuk pengidap Hipotiroid. Levothyroxine (Thyroxine) ialah ubat pengganti hormon dan ia adalah rawatan berterusan untuk mengekalkan tahap normal.

Berhenti makan ubat tanpa nasihat doktor boleh menyebabkan anda pergi tak kembali.

😎#tuantanahkedaung

Makan ubat atau stop ubat, adalah atas nasihat dari doc yg merawat. Jangan letakkan diri anda dlm bahaya dengan berhenti ambik ubat atas nasihat kawan2 / penjual produk yg mengaku masalah hormon tiroid boleh sembuh.

PENCARIAN DIARI MAYA

CERITA PENDEK tentang perjalanan seorang lelaki yang mencari pemilik diari, seorang wanita.

DIARI MISTERI : PENCARIAN DIARI MAYA

Langit kelam ketika Harith menemui sebuah diari lusuh di bangku taman. Kulitnya berwarna coklat gelap dengan ukiran bunga yang hampir pudar. Di bahagian depan, tertulis nama "Maya" dalam tulisan halus. Hatinya tergerak untuk membuka diari itu, walaupun dia tahu ia perbuatan yang salah.

Halaman pertama penuh dengan coretan impian dan perasaan. "Aku selalu percaya dunia ini penuh dengan keajaiban, tetapi kenapa keajaiban itu sering menjauhi aku?" Harith membaca dengan teliti, seolah-olah dia mengenali wanita ini.

Diari itu penuh dengan catatan tentang kehidupan Maya – tentang hari-harinya sebagai seorang guru, kisah-kisah kecil tentang murid-muridnya, dan kerinduan mendalam kepada keluarganya yang jauh di kampung. Setiap perkataan menggambarkan seorang wanita yang kuat tetapi kesepian.

Namun, satu bahagian menarik perhatian Harith. Terdapat alamat sebuah kedai buku di hujung halaman terakhir, diikuti dengan nota ringkas: “Jika aku hilang, cari aku di sini.”

Mencari Maya

Keesokan harinya, Harith pergi ke alamat itu. Kedai buku tersebut kecil tetapi penuh dengan suasana damai. Harith menunjukkan diari itu kepada seorang pekerja wanita di sana.

“Oh, ini milik Cik Maya. Dia biasa datang ke sini, tetapi sudah lama saya tidak nampak dia,” kata wanita itu.

Harith bertanya jika dia tahu di mana Maya tinggal, tetapi wanita itu hanya tahu bahawa Maya suka pergi ke sebuah café di tepi sungai.

Jejak di Tepi Sungai

Di café itu, Harith bertemu dengan seorang barista yang mengenali Maya. “Dia memang pelanggan tetap di sini. Selalu duduk di sudut sana dengan teh hijau dan bukunya. Tetapi kali terakhir dia di sini, dia kelihatan cemas, seperti sedang melarikan diri.”

Kata-kata itu membuat Harith semakin ingin tahu. Siapa Maya? Mengapa dia kelihatan seperti ingin melarikan diri?

Pertemuan Tak Disangka

Seminggu kemudian, Harith akhirnya menemui Maya di perpustakaan bandar. Wanita itu sedang duduk di sebuah meja, menatap kosong ke luar tingkap.

“Maya?” Harith memanggil dengan lembut.

Wanita itu berpaling, terkejut. “Ya, saya Maya. Awak siapa?”

“Saya jumpa diari awak,” kata Harith sambil menghulurkan diari itu.

Air mata mengalir di pipi Maya. “Saya sangka saya takkan jumpa ini lagi. Terima kasih... sangat.”

Harith duduk dan mendengar Maya bercerita. Rupa-rupanya, dia melarikan diri daripada tekanan kehidupan di kota, mencari ketenangan untuk memulihkan dirinya. Diari itu adalah satu-satunya tempat dia meluahkan segalanya.

Akhir yang Baru

Pertemuan itu menjadi permulaan kepada hubungan yang tak disangka. Harith dan Maya sering berbual dan berkongsi cerita hidup masing-masing. Bagi Harith, pencarian pemilik diari ini bukan sahaja menemukan dia dengan Maya, tetapi juga mengajarnya tentang empati dan harapan.

Maya, di sebalik kesepian dan luka hatinya, akhirnya menemui seorang yang sanggup mendengar dan memahami. Diari itu bukan sekadar buku lusuh – ia adalah jembatan yang menyatukan dua jiwa.

#seri_serindit

PENGORBANAN KASIH KEMBAR

Cerita pendek : tentang adik beradik kembar iaitu Raina dan Rania, yang mencintai seorang lelaki yang sama iaitu Fuad. Rania dan Raina, masing-masing sentiasa mengalah untuk tidak menyakiti hati kembar mereka. Demi kasih sayang Rania dan Raina, mereka terpaksa melepaskan Fuad untuk memilih orang lain. 

PENGORBANAN KASIH KEMBAR

Raina dan Rania adalah kembar seiras yang sangat akrab. Sejak kecil, mereka melakukan segalanya bersama — berkongsi pakaian, berkongsi rahsia, malah berkongsi impian. Hubungan mereka tak tergoyahkan, dan kasih sayang yang mereka miliki untuk satu sama lain lebih besar daripada apa pun.

Namun, kehidupan mula menjadi rumit apabila mereka berdua jatuh cinta pada lelaki yang sama, Fuad, seorang pemuda yang sopan dan berbudi bahasa. Fuad merupakan rakan sekuliah mereka, yang mula rapat dengan kembar itu kerana sering terlibat dalam aktiviti kumpulan.

Permulaan Dilema

Raina mula menyedari perasaannya terhadap Fuad ketika mereka berbincang mengenai sebuah projek kelas. Sikap Fuad yang bijak, matang, dan penuh perhatian telah menarik hatinya. Namun, dia tidak pernah menyangka, beberapa minggu kemudian, Rania dengan senyum malu-malu mengaku perkara yang sama.

“Raina, aku rasa… aku suka Fuad.”

Jantung Raina terasa seperti diremuk. Namun, dia memaksa dirinya tersenyum. “Betulkah? Dia memang baik orangnya.”

Rania memerhatikan Raina dengan pandangan penuh harapan. “Kau rasa dia pernah perasan aku suka dia?”

Raina menggeleng. Dalam hati, dia merintih. Bagaimana ini? Kami berdua mencintai orang yang sama.

Pengorbanan Hati

Sejak hari itu, Raina dan Rania cuba menahan perasaan mereka masing-masing. Mereka saling mengalah demi menjaga hati satu sama lain. Raina cuba menjauhkan diri daripada Fuad, tetapi perasaannya semakin mendalam setiap kali melihat lelaki itu berbual dengan Rania.

Sebaliknya, Rania yang perasan perubahan sikap Raina, turut cuba menjarakkan diri daripada Fuad. Dia tahu Raina juga menyukai lelaki itu, walaupun Raina tak pernah mengakuinya secara terus.

Pada suatu petang, mereka akhirnya berbicara secara jujur.

“Rania, aku rasa kita tak boleh terus begini,” kata Raina. “Kasih sayang kita sebagai kembar jauh lebih penting daripada cinta ini. Aku tak mahu kehilangan kau hanya kerana Fuad.”

Rania mengangguk perlahan, matanya berkaca. “Aku pun rasa begitu, Raina. Mungkin… mungkin kita berdua harus melepaskan dia.”

Raina tersenyum pahit. “Kalau itu caranya untuk menjaga hubungan kita, aku setuju.”

Melepaskan Fuad

Mereka memutuskan untuk bercakap dengan Fuad. Pada satu hari, ketika Fuad sedang bersantai di taman kampus, Raina dan Rania mendekatinya bersama-sama.

“Fuad, ada sesuatu yang kami ingin bincangkan,” kata Raina.

Fuad kelihatan bingung tetapi memberi perhatian.

“Kami tahu, kami berdua rapat dengan kau, tapi kami mahu kau tahu bahawa kami tak ingin perasaan kami merosakkan hubungan kami sebagai adik-beradik. Jadi, kami harap kau akan memilih orang lain yang bukan antara kami,” jelas Rania dengan tenang, walaupun hatinya berat.

Fuad termenung seketika sebelum tersenyum. “Kalian adalah orang yang luar biasa. Kejujuran dan kasih sayang kalian antara satu sama lain sangat mengagumkan. Saya menghormati keputusan ini.”

Penutup

Walaupun keputusan itu perit, Raina dan Rania merasa lega. Mereka sedar, cinta terhadap Fuad hanyalah satu cabaran kecil dalam kehidupan mereka sebagai kembar. Hubungan mereka lebih penting daripada segalanya.

Fuad kemudian memilih untuk berkawan rapat sahaja dengan mereka, dan akhirnya, dia bertemu dengan seseorang yang lain.

Bagi Raina dan Rania, pengorbanan itu bukanlah satu kerugian, tetapi bukti bahawa kasih sayang di antara mereka adalah sesuatu yang tak ternilai. Mereka belajar bahawa cinta yang sejati adalah yang tidak menyakiti, terutama kepada orang yang paling disayangi.

#seri_serindit

HATI YANG TERLUKA

Cerita pendek: Alia, seorang wanita yang terluka akibat perpisahan dengan kekasih hatinya, Firdaus. Cinta nan indah hancur akibat campur tangan keluarga Firdaus yang menolak hubungan itu atas dasar perbezaan darjat. Walaupun Alia dan Firdaus berusaha mempertahankan cinta mereka, rintangan yang datang terlalu kuat untuk diatasi.

Alia bergelut dengan kesunyian dan rasa kecewa. Dia cuba mencari kekuatan untuk bangkit daripada luka hatinya. Melepaskan cinta yang tak kesampaian, Alia sedar bahawa ianya adalah sebahagian daripada takdir yang harus diterima.

Perpisahan bukan sekadar soal cinta, tetapi soal ketabahan hati dalam menghadapi takdir yang tidak berpihak.

HATI YANG TERLUKA

Hujan renyai membasahi bumi. Di sebuah bangku taman, Alia duduk sendirian, memandang jauh ke arah danau yang tenang. Air matanya sudah lama berhenti mengalir, tetapi luka di hatinya masih terasa dalam. Kenangan bersama Firdaus seakan-akan terputar kembali di fikirannya. Kenangan yang dia ingin buang sejauh mungkin.

Mereka pernah menjadi pasangan bahagia. Cinta mereka tulus, penuh gelak tawa dan janji-janji yang diikat dengan harapan. Namun, hubungan itu tidak seperti dongeng yang berakhir bahagia. Seperti cermin yang terlihat utuh tapi retak berderai jua akhirnya.

“Kita tidak boleh bersama lagi,” kata Firdaus tempoh hari, suaranya serak, seakan-akan turut menahan pedih yang sama.

“Kenapa? Apa salah aku?” soal Alia dengan suara bergetar.

“Ini bukan tentang salah kau, Alia. Ini tentang kita, tentang dua hati yang tak lagi mampu berjuang.” Firdaus memalingkan wajah, seakan-akan tidak sanggup memandang mata Alia yang redup, berkaca, penuh dengan kecewa.

Alia tahu, malah dia yakin. Semuanya kerana campur tangan keluarga Firdaus yang menolak hubungan mereka kerana darjat dan harta telah menjadi rintangan yang terlalu besar untuk mereka atasi. “Apa salah cinta kita? Kenapa mereka tak boleh menerima?” Alia merintih.

Hari-hari selepas perpisahan itu terasa kosong. Alia cuba mengisi ruang hatinya dengan kerja, dengan teman-teman, tetapi sepi itu tetap menguasai. Sepi seorang Alia, seorang pemain cinta yang takdir cintanya terhalang.

“Takdir sudah tertulis,” bisiknya. Dia cuba meyakinkan dirinya bahawa setiap perpisahan ada hikmahnya. Masa, biarlah masa yang menentukannya. 

Kata-kata Firdaus kembali terngiang-ngiang. “Kita hanya berusaha, tapi yang membenci terlalu kuat.” Alia tahu, cinta mereka hancur bukan kerana mereka tidak cukup mencintai, tetapi kerana dunia tidak memberi ruang dan peluang untuk mereka bersatu.

Walau sedih, walau sepi, hidup harus diteruskan. Alia sedar, ada sesuatu yang lebih besar daripada cinta, iaitu kekuatan untuk melepaskan. Alia bangkit, menerima takdir dengan pasrah. Dan di bangku taman itu, dia berjanji pada dirinya sendiri untuk memulakan lembaran baru, walaupun hatinya masih luka. Luka yang bila-bila masa boleh kembali berdarah.

#seri_serindit

AKU SERI | KPAH SERI SERINDIT

Ini cerita aku. Bagaimana mulanya nama aku Seri. 

AKU SERI

Aku bukan seorang yang boleh berjalan-jalan atau merayau sendiri-sendiri. Tahap penakut aku sangat tinggi. Aku takut untuk ke mana-mana jika tidak berteman. 

"Rutin hidup aku, dari rumah ke sekolah dan dari sekolah pulang ke rumah" 

Untuk merayau, buat u turn, masuk round about, masuk simpang? itu bukan aku. Jalan aku hanya jalan yang lurus. Terus sampai ke rumah !

"Percaya tak? Bandar Seremban tu, aku 'jelajah' hanya dengan berjalan kaki."

Aku takut tak jumpa jalan balik, jadi aku akan berpandukan kepada bangunan apa yang ada di situ. Pasaraya Emporium terkenal masa tu. Aku suka 'window shopping ' sambil-sambil dengar lagu Cina, lagu lama. Kalau bulan puasa, boleh dengar lagu Raya, sambil-sambil tu, belek kad raya gambar kucing.

Dari pasaraya Emporium, jalan kaki untuk ke Terminal bas. Boleh jumpa ramai pelajar sekolah ACS. Abang aku sekolah ACS, aku sekolah KGV. Dekat sekolah tu ada church. Zaman tu, lambang salib tidak menjadi isu. Lencana besi sekolah KGV, asalnya lambang salib disamping pahlawan berkuda. Lepas tu, barulah lambang salib ditukar kepada huruf V.

Aku jarang singgah untuk beli air tepi jalan. Tapi kalau aku nampak keropok super ring, mesti aku beli. Dulu keropok super ring betul-betul berasa cheese. Tapi sekarang ni?

"Cis!!! tak berasa langsung!"

Air sirap nampak sedap bila dah penat berjalan. Teh ais sangat exclusive, tidak ada tepi jalan. Kena masuk dalam restoran atau kantin. 

"Air sirap satu,...bungkus."

"Adik sekolah mana ni?" 
Dengan lambang V pada lencana yang aku semat pada tudung, ditanya pulak sekolah mana? Budak-budak KGV terkenal beb...!!

"Adik nama apa?"

"SERI" ringkas dan menipu.
 Begitulah bermulanya nama AKU SERI.

#seri_serindit

CARA ELAKKAN NESCAFE KERAS

NESCAFE JADI KERAS.. 

Suami kpah memang penggemar NESCAFE tegar.  Selalu dia beli pek  kecik aje.. Tapi kali ni, sebungkus besar. Katanya kedai dah habis stok yg kecik2 tu.. Al-maklumlah... PKP dan PKPB.  Semua bekalan terhad. 

Masalah dengan NESCAFE ni,  cepat sangat mengeras,  walaupun simpan dalam botol atau bekas bertutup. Kalau pek kecik mengeras, tak ada lah ralat sangat,  tapi ini sebungkus besar... Sayang duit.. 

Jadi dalam masa sebulan lepas,  kpah ada cuba satu cara yang berkesan. NESCAFE TIDAK  MENJADI KERAS!  Punyalah seronok.. Tak perlu ketuk atau rendam air panas atau campak tong! 

Caranya mudah sangat..alahai.. Kalau tau dari dulu.. Tak adalah pembaziran NESCAFE  . 

Kpah masukkan serbuk Nescafe ke dalam zip-lock bag dan simpan di dalam botol kedap udara. 
Jangan banyak sangat tuang serbuk Nescafe tu.. Macam kpah tu.. Cukup utk 2 minggu. Nanti tambah lagi tapi tukar zip-lock baru lah yer.. 
Tak perlu kembungkan zip-lock bag tu.. Buang udara dan simpan dlm botol atau bekas kedap udara. 
Nanti bila tinggal sikit.. Nescafe akan jadi berketul, kita picit2 aje.. Ia akan jadi serbuk semula.. Tak perlu rendam air panas dah.. Mcm dulu kpah buat... Hurmm... Bazir betul. 

Tadi kpah bagitau yang suami kpah beli Nescafe sebungkus besar. Macam mana nak simpan jangan bagi mengeras? 
Caranya sama.. Kpah gulung pek tu dan ikat getah. Kemudian, masukkan dalam zip-lock bag.. Dan masukkan dalam bekas atau botol kedap udara. InshaAllah.. Sejak beli sebulan lalu,  masih berserbuk dan tidak mengeras. 
Ok.. Selamat mencuba.. Jangan bazirkan NESCAFE anda!! 

Sekian. 

SELAMAT HARI RAYA PKPB

Assalamualaikum 
SELAMAT HARI RAYA PKPB 2020

TAHUN ini bukanlah seperti tahun2 yg lalu.. Tahun ini kita beraya dgn bersyarat. Semuanya disebabkan kita hendak putuskan rantaian virus COVID 19. 

Apa pun,  bukan tak boleh beraya,  cuma beraya duduk rumah saja. New Normal.. Amalan normal yg baru. 

Tidak ada kunjungan tapi masih ada ketupat , lemang, nasi impit, kuah kacang, rendang. Biskut raya dan duit raya pun ada. 

New Normal... Kita putuskan rantaian virus covid 19 !!!!

27/5/20

Kenangan Umrah Oct 2019




Assalamualaikum..

Yang nak ditunjukkan dalam gambar tersebut ialah gelang warna meroon tu. 
Bukan dibeli di Mekah,  tapi pemberian daripada salah seorang guard bahagian wanita. 

Seperti yg kita sedia maklum, sebelum masuk Masjidil Haram, beg yg kita bawa akan diperiksa. Selalunya yg Kpah bawa hanya uncang kasut saja, beserta dgn spray wuduk.

Dan seperti yg ramai dah tahu,  guard wanita di Masjidil Haram dan jugak Masjid Nabawi memang tegas. 

Kpah pernah nampak mereka campak jer beg yg dibawa oleh jemaah dari India. Mungkin ada benda yg tak boleh dibawa masuk, tapi tetap jugak merayu nak bawak masuk. Sekali dicampakkan aje.. 
 
Sebaik saja melepasi pintu 84 atau 86( tak pasti) , salah seorang guard wanita memanggil kami (4 org rakan sebilik) "Hajjah.. Ya Hajjah!" Kemudian beliau memeluk bahu Kpah dan menghulurkan gelang tersebut. 

Agak terkejut jugaklah, takut terbuat apa2 silap salah sampai kena panggil dgn guard. Rupanya nak beri gelang. Tak tahu nak respon mcm mana,  Kpah hanya cakap "syukran.. Thank you" itu aje lah yg reti. 

Kpah sangkutkan gelang tu pada rantai pengenalan.. Dan berharap agar siapa yg memberi gelang tu,  akan menegur Kpah lagi.. Supaya Kpah dapat kenal pasti siapa guard yg memberikan gelang tu. Nak tengok nombor id pada kad nama yg mrk pakai. Maklumlah, semuanya berkelubung hitam. Yg beza hanya tinggi rendah, gemuk kurus saja. 
Tapi sampai hari terakhir selepas Tawaf Wada' , masih tak terjumpa. 

Terfikir jugaklah, kenapa beliau berikan pada Kpah sorang, sedangkan kami berempat? 
Mungkin sebab Kpah selalu beri salam pada guard setiap kali masuk? 
Mungkin ketika tu Kpah yg berjalan paling belakang? 
Mungkin sebab Kpah berpakaian serba hitam ?
Atau.. 
Mungkin sebab Malayzi?  Mrk suka Malayzi.. Ohh.. Malayzi.. Bagus.. Bagus...  

Sekian. 
Umrah Oct 19

Atok dan nenek ke Padang Kota


Dah lama tak singgah Padang Kota. Kali ni kita ronda2 dulu sementara menunggu Maghrib.
Ada perjumpaan #gengdrama utk membincangkan pengisian slot drama MUTIARAFM. 
InshaAllah,  semuga dipermudahkan segala. 

Happy Birthday Sayang@Abah@Atok



Anak2 semuanya dapat balik bercuti masa Hari Merdeka. Jadi mereka plan lah utk sambut Birthday abahnya awal 7 hari. 
Alhamdulillah.. Kami sediakan steamboat dan bbq. Dan jugak laksa kiriman dari besan
Anak2 juga telah plan secara rahsia utk membeli hadiah kpd abah mereka. 

Anak yg sulung hadiahkan Tshirt hijau yg abah pakai tu. 
Anak yg kedua hadiahkan jaket utk abah pergi kerja
Anak yg ketiga hadiahkan topi keledar. Anak bongsu hadiahkan beg sandang. Kpah pulak hadiahkan jam tangan. 

Alhamdulillah... Anak2 puas hati sebab dapat gembirakan hati abah yg sangat kuat bekerja pada usia emas ni. 

Doakan abang @ abah panjang umur dan diberikan kesihatan yg baik yer.. 

Tahun depan kami akan menimang lagi dua orang cucu.. InshaAllah 




Anaqi conteng dinding


Hari ni mummy tunjuk gambar Anaqi dah conteng dinding dengan coklat. 
Kesian mummy.. Anaqi pun dah semakin bijak.. Macam-macam dia nak buat. 
Conteng dinding rumah mummy tak apa lah.. Jangan conteng dinding rumah nenek.. Sudah 😁

Anaqi pergi Tesco Bertam


Kali ini Anaqi, nenek, mummy dan anchu,  pergi jalan-jalan di Tesco Bertam. 
Sekarang ni susah betul nak senyum bila nak bergambar. 

Anaqi pergi IKEA


Kali ini, anaqi, nenek, mummy dan dedi pergi jalan-jalan di IKEA.
Sementara makanan belum sampai lagi..nenek dan Anaqi posing dulu..

DRAMA RADIO RTM PULAU PINANG | TANDA KORBAN


Kalau raya puasa nenek dan atok berlakon drama radio bertajuk "Gerimis di pagi Syawal"
Kali ini untuk siaran Hari Raya Qurban pulak, nenek dan atok berlakon drama radio bertajuk "Tanda Korban".
Nenek memegang watak "mak yam" dan atok pulak memegang watak "ketua Kampung".
Nantikan siarannya pada Hari Raya Haji jam 5.30 petang di MUTIARAFM. "segalanya untuk mu.

Anaqi baca buku


Nenek suka baca buku. Anaqi pun suka baca buku. 
Tapi kali ni.. Anaqi nak tukar-tukar buku pulak... 
Jadi dapatlah nenek baca "gambar".
Alahai cucu.... 

ANAQI MOODY


Mummy Anaqi nak keluar,jadi kena kejut Anaqi. Nenek pun ikut jugak, tapi Anaqi moody. Tak mau senyum 😁

Anaqi ke rumah mak saudara

Nenek dan Atuk, ikut Anaqi ke rumah mak saudara Anaqi.. 

Pandai Anaqi posing... 

Anaqi di Mydin Bertam

Nenek ikut Anaqi, mumy dan dedi jalan-jalan beli baju raya. Kemudian sopin barang dapur di Mydin Bertam dan terus berbuka puasa di situ. 

Anaqi buat perangai tak nak duduk sebab dah nampak play ground. 

Anaqi tolong mummy buat biskut raya

Anaqi tolong nenek dan mummy buat biskut raya. Tolong bagi sepahkan lagi... Ada laaaa..... 

Dapat main tepung pun dah heaven bagi Anaqi. 

Sekurang2nya Anaqi tak kacau  sangat bila nenek dan mummy buat biskut. 

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.