KLIK

HATI YANG TERLUKA

Cerita pendek: Alia, seorang wanita yang terluka akibat perpisahan dengan kekasih hatinya, Firdaus. Cinta nan indah hancur akibat campur tangan keluarga Firdaus yang menolak hubungan itu atas dasar perbezaan darjat. Walaupun Alia dan Firdaus berusaha mempertahankan cinta mereka, rintangan yang datang terlalu kuat untuk diatasi.

Alia bergelut dengan kesunyian dan rasa kecewa. Dia cuba mencari kekuatan untuk bangkit daripada luka hatinya. Melepaskan cinta yang tak kesampaian, Alia sedar bahawa ianya adalah sebahagian daripada takdir yang harus diterima.

Perpisahan bukan sekadar soal cinta, tetapi soal ketabahan hati dalam menghadapi takdir yang tidak berpihak.

HATI YANG TERLUKA

Hujan renyai membasahi bumi. Di sebuah bangku taman, Alia duduk sendirian, memandang jauh ke arah danau yang tenang. Air matanya sudah lama berhenti mengalir, tetapi luka di hatinya masih terasa dalam. Kenangan bersama Firdaus seakan-akan terputar kembali di fikirannya. Kenangan yang dia ingin buang sejauh mungkin.

Mereka pernah menjadi pasangan bahagia. Cinta mereka tulus, penuh gelak tawa dan janji-janji yang diikat dengan harapan. Namun, hubungan itu tidak seperti dongeng yang berakhir bahagia. Seperti cermin yang terlihat utuh tapi retak berderai jua akhirnya.

“Kita tidak boleh bersama lagi,” kata Firdaus tempoh hari, suaranya serak, seakan-akan turut menahan pedih yang sama.

“Kenapa? Apa salah aku?” soal Alia dengan suara bergetar.

“Ini bukan tentang salah kau, Alia. Ini tentang kita, tentang dua hati yang tak lagi mampu berjuang.” Firdaus memalingkan wajah, seakan-akan tidak sanggup memandang mata Alia yang redup, berkaca, penuh dengan kecewa.

Alia tahu, malah dia yakin. Semuanya kerana campur tangan keluarga Firdaus yang menolak hubungan mereka kerana darjat dan harta telah menjadi rintangan yang terlalu besar untuk mereka atasi. “Apa salah cinta kita? Kenapa mereka tak boleh menerima?” Alia merintih.

Hari-hari selepas perpisahan itu terasa kosong. Alia cuba mengisi ruang hatinya dengan kerja, dengan teman-teman, tetapi sepi itu tetap menguasai. Sepi seorang Alia, seorang pemain cinta yang takdir cintanya terhalang.

“Takdir sudah tertulis,” bisiknya. Dia cuba meyakinkan dirinya bahawa setiap perpisahan ada hikmahnya. Masa, biarlah masa yang menentukannya. 

Kata-kata Firdaus kembali terngiang-ngiang. “Kita hanya berusaha, tapi yang membenci terlalu kuat.” Alia tahu, cinta mereka hancur bukan kerana mereka tidak cukup mencintai, tetapi kerana dunia tidak memberi ruang dan peluang untuk mereka bersatu.

Walau sedih, walau sepi, hidup harus diteruskan. Alia sedar, ada sesuatu yang lebih besar daripada cinta, iaitu kekuatan untuk melepaskan. Alia bangkit, menerima takdir dengan pasrah. Dan di bangku taman itu, dia berjanji pada dirinya sendiri untuk memulakan lembaran baru, walaupun hatinya masih luka. Luka yang bila-bila masa boleh kembali berdarah.

#seri_serindit

AKU SERI | KPAH SERI SERINDIT

Ini cerita aku. Bagaimana mulanya nama aku Seri. 

AKU SERI

Aku bukan seorang yang boleh berjalan-jalan atau merayau sendiri-sendiri. Tahap penakut aku sangat tinggi. Aku takut untuk ke mana-mana jika tidak berteman. 

"Rutin hidup aku, dari rumah ke sekolah dan dari sekolah pulang ke rumah" 

Untuk merayau, buat u turn, masuk round about, masuk simpang? itu bukan aku. Jalan aku hanya jalan yang lurus. Terus sampai ke rumah !

"Percaya tak? Bandar Seremban tu, aku 'jelajah' hanya dengan berjalan kaki."

Aku takut tak jumpa jalan balik, jadi aku akan berpandukan kepada bangunan apa yang ada di situ. Pasaraya Emporium terkenal masa tu. Aku suka 'window shopping ' sambil-sambil dengar lagu Cina, lagu lama. Kalau bulan puasa, boleh dengar lagu Raya, sambil-sambil tu, belek kad raya gambar kucing.

Dari pasaraya Emporium, jalan kaki untuk ke Terminal bas. Boleh jumpa ramai pelajar sekolah ACS. Abang aku sekolah ACS, aku sekolah KGV. Dekat sekolah tu ada church. Zaman tu, lambang salib tidak menjadi isu. Lencana besi sekolah KGV, asalnya lambang salib disamping pahlawan berkuda. Lepas tu, barulah lambang salib ditukar kepada huruf V.

Aku jarang singgah untuk beli air tepi jalan. Tapi kalau aku nampak keropok super ring, mesti aku beli. Dulu keropok super ring betul-betul berasa cheese. Tapi sekarang ni?

"Cis!!! tak berasa langsung!"

Air sirap nampak sedap bila dah penat berjalan. Teh ais sangat exclusive, tidak ada tepi jalan. Kena masuk dalam restoran atau kantin. 

"Air sirap satu,...bungkus."

"Adik sekolah mana ni?" 
Dengan lambang V pada lencana yang aku semat pada tudung, ditanya pulak sekolah mana? Budak-budak KGV terkenal beb...!!

"Adik nama apa?"

"SERI" ringkas dan menipu.
 Begitulah bermulanya nama AKU SERI.

#seri_serindit

CARA ELAKKAN NESCAFE KERAS

NESCAFE JADI KERAS.. 

Suami kpah memang penggemar NESCAFE tegar.  Selalu dia beli pek  kecik aje.. Tapi kali ni, sebungkus besar. Katanya kedai dah habis stok yg kecik2 tu.. Al-maklumlah... PKP dan PKPB.  Semua bekalan terhad. 

Masalah dengan NESCAFE ni,  cepat sangat mengeras,  walaupun simpan dalam botol atau bekas bertutup. Kalau pek kecik mengeras, tak ada lah ralat sangat,  tapi ini sebungkus besar... Sayang duit.. 

Jadi dalam masa sebulan lepas,  kpah ada cuba satu cara yang berkesan. NESCAFE TIDAK  MENJADI KERAS!  Punyalah seronok.. Tak perlu ketuk atau rendam air panas atau campak tong! 

Caranya mudah sangat..alahai.. Kalau tau dari dulu.. Tak adalah pembaziran NESCAFE  . 

Kpah masukkan serbuk Nescafe ke dalam zip-lock bag dan simpan di dalam botol kedap udara. 
Jangan banyak sangat tuang serbuk Nescafe tu.. Macam kpah tu.. Cukup utk 2 minggu. Nanti tambah lagi tapi tukar zip-lock baru lah yer.. 
Tak perlu kembungkan zip-lock bag tu.. Buang udara dan simpan dlm botol atau bekas kedap udara. 
Nanti bila tinggal sikit.. Nescafe akan jadi berketul, kita picit2 aje.. Ia akan jadi serbuk semula.. Tak perlu rendam air panas dah.. Mcm dulu kpah buat... Hurmm... Bazir betul. 

Tadi kpah bagitau yang suami kpah beli Nescafe sebungkus besar. Macam mana nak simpan jangan bagi mengeras? 
Caranya sama.. Kpah gulung pek tu dan ikat getah. Kemudian, masukkan dalam zip-lock bag.. Dan masukkan dalam bekas atau botol kedap udara. InshaAllah.. Sejak beli sebulan lalu,  masih berserbuk dan tidak mengeras. 
Ok.. Selamat mencuba.. Jangan bazirkan NESCAFE anda!! 

Sekian. 

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.