KLIK

PENANG-JB / JB-PENANG

SALAM SAYANG.. apa khabar semua?? hari ni akak k-poh nak citer tentang perjalanan akak k-poh dan suami tercinta dari Pulau Pinang ke Johor Bharu dengan menaiki keretapi. Ini merupakan kali kedua kami travel berdua-duaan dengan menaiki keretapi. Kali pertama.. dolu-dolu ler... masa tu baru jer kawen... naik keretapi dari Kelantan ke Kuala Lumpur dan kemudian terus ke Pulau Pinang. Perghhhh... masa tu, mana ada pikir jauh... al-maklum ler.. bersama tersayang... :)

Kali ni perjalanan kami berdua, bermula dari stesen Bukit Mertajam. Jam 7.30 pagi dah bertolak dari rumah sebab keretapi ke Kuala Lumpur di jangka tiba jam 8.18 pagi. Jika di ikut perancangan, kami akan naik keretapi ke Kuala Lumpur kemudian dari KL  kami akan menaiki bas ke Johor Bharu. Tapi disebabkan ada tiket tambahan terus ke Johor Bharu, jadi kami bercadang untuk menaiki keretapi saja.. terus ke Johor Bharu. Sebenarnya kami hendak ke Kulai.. tak terfikir pulak yang kami boleh turun di stesen Kulai.. alahaiii...

Gambar di bawah ni di ambil semasa kami dah tukar koc untuk ke JB. Bagus jugak boleh ambik gambar sendiri .. tak perlu minta bantuan orang untuk snap kan pic kami.



Jam 2 lebih, kami di jangka sampai di KL centeral,jadi untuk menghilangkan kebas ponggom dan mengisi perut yang dah masuk angin ni, maka kami melepak di koc buff ( tak tahu ler apa mrk panggil koc tu, tapi kat situ mcm kantin ler, ada tempat makan).. kami meng oder mee goreng sebab yang adapun nasi lemak dan mee jer.. dengan air kopi panas dan teh ais.. harga.. 15 hengget.!!!!!
Lepas makan, akak k-poh sambung tidur sebab agak macam nak pening lalat jer... heeee....


Sesampai jer di Kl centeral, ramai yang dah turun.Kami pulak terpaksa tukar koc, untuk ke JB. Keretapi yang sama tapi koc yang berlainan. Nak tak nak, kena teruskan perjalanan ke JB juga.Keretapi agak lewat bergerak, ada masalah teknikal. Lama jugak ler tak bergerak-gerak tu..maka akak k-poh mula ler terpikir nak tulis sajak ke...nak tulis blog ke.. nak send status pesbuk ke.. last-last... akak k-poh sambung tidur lagi.!!!!!.. huhuhuuuu....Suami akak k-poh tak boleh nak lelapkan mata. Entah ler... mungkin tak de orang nak sembang kot..! Akhirnya, kami turun di stesen Kulai.. letih memang ler letih.. sakit badan jugak ler... tapi boleh di katakan kualiti time lah yer..bersama dengan suami tersayang.

Selesai segala urusan di Kulai, kami pun bertolak balik ke Bukit Mertajam keesokan harinya, dengan menaiki kereta pula. Sekali lagi kualiti time bersama suami tersayang.

Ada sesiapa yang nak cuba travel macam ni????



- Posted using BlogPress from my iPad


No comments:

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.