@Datuk Dr. Mashitah Ibrahim:
Sebahagian besar kes perceraian berpunca daripada pasangan yang tidak memahami tanggungjawab sebagai isteri dan suami serta kurang penghayatan agama dalam kehidupan.
Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa mereka yang berkahwin telah menyempurnakan sebahagian dari imannya. Ini menandakan betapa besar tanggungjawab yang harus dipikul serta amanah besar bagi pasangan yang berkahwin.
Tekankan kepada pasangan dalam perkahwinan perlu ada kesabaran yang tinggi. Berkahwin bukan untuk mendapat keseronokan sahaja tetapi bersikaplah memberi kepada pasangan.
Jika kita selalu ingat bahawa Allah s.w.t menyediakan pahala yang besar bagi pasangan berkahwin pastinya kita akan merebut mencari pahala Allah.
Sumber@ wanita.
- Posted using BlogPress from my iPad
1 comment:
tiada jodoh (alasan paling glemer) :)
Post a Comment