Untuk cantik dan segar persiapkan diri anda dengan vitamin. Selain mengambil terus suplemen vitamin,anda juga boleh menikmati buah-buahan yang kaya dengan nutrisi ini.
1-JAMBU BATU:
Kaya dengan serat serta vitamin A,C dan E. Juga mengandungi mineral,kalium dan sebagainya. Sebiji buah jambu yang tidak terasa masam sangat atau sangat manis memiliki empat kali jumlah vitamin C berbanding dengan limau. Malah,ia turut mengandungi jumlah antioksida yang tertinggi di antara buah-buahan yang lain.
2-KIWI:
Antara buah yang memiliki sumber terbaik dalam menghasilkan vitamin C dan E. Buah kiwi membantu melindungi tubuh untuk melawan radikal bebas. Selain itu,ia turut membantu menghilangkan bintik-bintik hitam,membantu mengurangkan kadar pengeluaran minyak pada kulit terutama bagi mereka yang memiliki kulit jenis berminyak serta membantu membuatkan wajah tampak lebih bersinar.
3-BETIK:
Cukup kaya dengan nutrisi seperti karotin,vitamin A,B mineral makanan dan juga serat makanan. Selain itu,betik juga baik untuk penghadaman.
4-STRAWBERI:
Kaya dengan vitamin A,juga mengandungi kandungan antioksidan. Selain itu,ia kaya dengan nutrisi dan menjadi pelengkap kepada pola makanan. Strawberi juga membantu membebaskan kulit daripada masalah jerawat serta menghilangkan lebihan minyak pada kulit seseorang.
5-APRIKOT:
Aprikot cukup kaya dengan antioksida dan juga turut berperanan dalam memberi kesegaran pada mata. Sifatnya yang mengandungi vitamin A,juga membantu dalam mengejalkan keanjalan kulit.
6-TOMATO:
Membantu melindungi kulit daripada sinaran ultra ungu yang berbahaya. Malah,ia turut membantu mencerahkan kulit. Untuk memastikan kulit sentiasa lembap dan bebas daripada jerawat,anda disarankan mengambil buah tomato setiap hari.
7-LEMON:
Membantu kulit seseorang untuk tampak lebih segar dan sihat. Bahkan ia juga membantu mencerahkan kulit selain menghilangkan bintik-bintik dan tanda-tanda hitam seperti bekas-bekas jerawat.
P/s: TIRU MACAM SAYA: makan tomato.....
-Posted using BlogPress from my iPad
3 comments:
Sumber dr mingguan wanita ( lupa lak nak tulis)
wahhhhhhhhhh bagusnyaaa tip ni Kak Pah.. nak kena try ni hehe
alaaa... kat sini payah nak dapat semua tu... betik pon susah dapat..
tqs kak pah..!!
Post a Comment