KLIK

FACEBOOK : KES KAMBING DI KATAKAN BABI

Pasti dah tahu tentang kes yang berlaku di pasar NSK,Selayang. Berkenaan dengan daging 'natang' yang berbalut plastik,tergolek dua ekor dalam troli di pasar tersebut. Heboh ler,ngatakan natang tu babi..kalau tengok sekali imbas,memang nampak macam babi. Maka beramai-ramailah meng-share ke dalam wall facebook masing-masing. Mungkin lebih dari 11 ribu + + yang share. Tengok..umat Islam negara ini amat-amat sensitif dengan natang ni. Bagus.

Kpah,sendiri tak terlintas untuk share..bukan sebab tidak perihatin, tapi sebab tidak tahu sama ada sahih ke tidak natang tu si babi. Kalau sudah sah,ianya babi, maka kpah tidak akan teragak-agak untuk turut sama share.

Kalau kita nak share apa-apa pun..kita kena ambik masa utk fikir ( kalau kes yang macam ini lah). Jadi,kpah pun berfikirlah sejenak...sebab semalam baru dapat tau..dah tu pulak..hari ni dah disahkan bahawa natang itu ialah kambeng..ada jugak yang kata biri-biri.

Teringat pulak masa melalui sebuah rumah Cina yang ada kematian. Tergolek sekor natang tu di depan rumah mereka. Suami kpah kata, bila mereka jamu natang tu..itu bermakna tempoh 'kenduri' tu hari last dah. Kebetulan,anak yang bongsu pun sama-sama terpandang natang tu,jadi penjelasan mesti di buat supaya dia tak keliru.

Tak cukup dengan tu,masa nak ke sebelah pulau (kpah tinggal di seberang prai) masa di trafic light, berhenti pulak motor cina bawak natang tu..berbalut surat khabar..besau bangat natang tu..wekkkk... (Duk Penang ni kan bangsa Cina ramai ).Dahhh..anak pulak cakap..huh..babi tu...

Nak bestkan lagi cerita.. Satu malam,kami sekeluarga mencuci mata di Uptown,Perda. Jamu mata kiri..jamu mata kanan..tiba-tiba anak jerit.. Mama.. Babi panggang tu...
Punyalah kpah terkejut biawak..ado lak kambeng panggang dikatakan babi panggang! Dah..kena buat penjelasan lagi...
Anak kata..nampak macam serupa..(mungkin maksud dia dari segi saiz dan juga warna akibat di panggang tu..)

Atas hujah heh heh heh hujah bagai pulak... Atas sebab-sebab itulah kpah mengambil keputusan utk mengabaikan jer..mengshare tentang NSK itu.

Jadi..ini kpah mengkopi-pes penjelasan dari facebook. Baca jer lah untuk lebih memahami ataupun dapatkan akhbar Sinar Harian.

Info dari "Islam Agama Ku"

Dah tak larat pulak saya nak bagitahu mana-mana rakan yang share cerita tentang babi diletakkan secara terbuka di pasar NSK. Ambik gambar tapi takde nak siasat , sekadar tengok dari atas saja. Lepas tu yang tukang share pun sama, takde nak siasat kebenaran cerita, maka ramailah yang menyebarkan cerita yang tak sahih kebenaran.

Kenapa ramai sangat suka share dosa? Dosa sendiri dah tak ada ke maka nak tambah dengan klik share cerita yang tidak sahih kebenaran.

Pernah anda lihat frozen lamb? Biri-biri agak gemok dari kambing. Malaysia memang import biri-biri frozen tetapi TIDAK import babi frozen.

Lihat apa chef Fidze Rahman ni kata, " Maaf : kalau sy mencelah sikit.....sy seorang chef di hotel kl hampir 20thn,utk makluman semua itu adalah whole lamb carcase dr negeri aust,cuba anda perhatikn kain membalut lamb itu ada tulisan merah,tulisan merah itu adalah lebel dr negeri ia dtg,tarikh di sembelih,expire date,berat dan tanda ia telah di inspection di australia,sy menggunany setiap hari di hotel sy bekerja,klau anda biasa mkn di hotel apabila ramadhan anda akan dpt lihat kambing panggang jd itu lah bentukny,klau anda ke NSK ia akan di jual dlm bentuk part by part kambing,ini bermakna lamb atau pun mutton carcase yg anda lihat itu belum di potong part by part lagi..."

Saya ni cuma berpesan kerana kita ni beragama Islam. "Demi masa manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."

Sekadar berikan nasihat. Sebelum kita share sesuatu, pastikan apa yang kita share tu perkara yang benar2 jelas dan betul.

Saya tidak menyalahkan sesiapa, cuma takut2 kita tersebar fitnah jika ia tidak benar..

Sudah siasatkah gambar itu benar2 babi? Bukan biri-biri yang diimport?

Malaysia tidak import forzen babi, kerana Malaysia peneksport babi keluar negara. Untuk eksport pemotongan tidak dilakukan dipasaraya tetapi dikilang.

Malaysia memang pengimport biri-biri frozen. kambing agak kurus, tetapi biri-biri memang gemok.

Jika itu babi sepatutnya laporkan ke JAKIM, bukan sebarkan di fesbuk jika kita seorang yang benar2 bertanggung jawap.

Mohon maaf jika teguran saya ni salah.

P/s: kpah tak nak share dosa kering...
- Posted using BlogPress from my iPad

8 comments:

intanfirdaus247 said...

saya setuju apa akak kata..sekarang ni ramai sangat duk post, share, like benda2 yang saya nak cakap tatau la...tak tertanggung kot di "sana" nanti...baiklah disiasat dengan sedalam2nya dahulu...bila jadi mcm ni dah jadi mcm menyebarkan fitnah pulak..lepas tu orang lain amek dan share dan seterusnya..mcm tu juga dgn politik..saya removed dan hide je kalau duk hari2 post2 benda mcm ni...malas nak tgk..

Unknown said...

sejak dulu lagi budaya share tanpa selidik ni diamalkan oleh pengguna fb.bukan sekarang tapi sejak dulu lagi...kalau tak,tak de la hadis palsu pun boleh tersebar.

jadi sebelum share tu kita kena selidik dulu.lambat share berbanding orang lain pun tak pa asal jangan salah share sudah.

Unknown said...

sejak dulu lagi budaya share tanpa selidik ni diamalkan oleh pengguna fb.bukan sekarang tapi sejak dulu lagi...kalau tak,tak de la hadis palsu pun boleh tersebar.

jadi sebelum share tu kita kena selidik dulu.lambat share berbanding orang lain pun tak pa asal jangan salah share sudah.

Erra Kyra said...

sebaik xsempat share.. hehe tapi mmg xminat pon click free2 dose nih. =P


hai kpah . akhir nya berjaya gak erra komen sini lagi.. rindu k-poh sy ^^

MulutPayau said...

Memang banyak sangat bnda2 yg tak pasti kesahihannya di share kat Fb....kadang2 kita pulak jadi keliru...

kpah k-poh Sharifahnor said...

Betul betul tu...bayangkan kalau kita share maklumat yg salah...

Nina Mads said...

betul tu..tak semua info boleh share

rafina mimi abdullah said...

ooo..yg daging nampak bahagian kaki dua ketul dalam troli tu ek? pernah la tengok kat wall tapi tak baca la pulak..malas nak layan..hahaha

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.