KPAH rasa amat berbesar hati kerana grup TAIROD DAN ANDA di facebook mendapat sambutan. Selain dari berkongsi masalah kesihatan masing-masing, kami juga saling nasihat-menasihati dan memberi sokongan antara satu sama lain. Di bawah ini adalah 'post' dari salah seorang rakan grup.
Saling Membantu dan Menasihati
" Barangsiapa yang menghilangkan satu kesusahan dari seorang mukmin,
Allah akan menghilangkan darinya satu kesusahan di hari akhirat dan
barangsiapa yang memudahkan kesulitan orang menanggungnya maka Allah
akan memudahkan atasnya didunia dan diakhirat."
-H.R.Muslim dan Ahmad-
Renungkan dan muhasabah diri kita!
Sebelum apa-apa, saya minta maaf pada Kpah sebab post ini tiada kaitan dengan tairod (maafkan saya Kpah..)
Saya share ni sebab saya nak luahkan rasa terharu serta penghargaan
pada semua ahli grup yang saling bantu membantu & saling menasihati
antara satu sama lain walaupun kita tak pernah kenal sesama kita tapi
atas dasar persaudaraan, kita berkongsi maklumat, pengalaman, suntikan
kata-kata semangat, luahan hati yang buntu, kesulitan, kesedihan serta
kegembiraan dengan penuh keikhlasan.
Diri yang sendirian,
kebingungan & terkapai-kapai apabila berhadapan dengan ANUGERAH
ALLAH ini akhirnya beroleh manfaat dari grup ini lalu kesulitan &
kebingungan yang di tanggung menjadi lebih ringan. Betapa besar manfaat
yang saya perolehi di sini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas
kebaikan anda semua.
Untuk
Kpah, jasa akak sebab mewujudkan grup yang penuh bermanfaat ni hanya
Allah jua lah yang boleh membalasnya. Betapa saya menghargai
keprihatinan & keikhlasan hati akak yang sungguh mulia.
Mudah-mudahan kesemua dari kita akan mendapat keberkatan &
dipermudahkan didunia & diakhirat kerana telah bersama-sama
memudahkan kesulitan setiap mukmin yang menanggungnya di grup ini. Amin
ya rabbal alamin...
3 comments:
kak, saya pun nak masuk grup tu boleh ke
Boleh Ann..silakan... Add..
wah dh ada group mcm tu.. hehe
Post a Comment