KLIK

Showing posts with label Sik. Show all posts
Showing posts with label Sik. Show all posts

KE GULAU, SIK, KEDAH...minyak kereta "E"

Anda pernah dengar nama tempat ni??? Gulau??..pernah tak....hmmmm..kalau Sik??...tentu pernah dengar..kan..!!! Tengahari tadi, akak k-poh sekeluarga telah bertolak ke Gulau,Sik, Kedah untuk bertemu dengan anak akak k-poh yang no 3, iaitu Amirul Budiman yang sekarang ini sedang menduduki peperiksaan SPM.


Bergambar di depan poster gergasi..pelajar-pelajar asrama di sekolah tersebut.Poster yang memberi semangat untuk anak-anak pelajar sekolah ini bagi menduduki peperiksaan besar dalam hidup mereka.Budiman yang sentiasa tersenyum ni,"mama harap,Budi akan sentiasa tenang dalam menjawab peperiksaan..."



Anak akak k-poh yang sulung,baru pulang dari Melbourne,Australia..datang untuk memberi semangat kepada adiknya untuk buat yang terbaik bila menjawab peperiksaan.Mereka berdua ni sangat rapat. Kelihatan tadi, Budiman sangat terkejut bila mendapati,abangnya datang .!!!!!


 oleh kerana ralik sangat bercerita dan bersembang,sampai terlupa untuk mengisi minyak dalam perjalanan balik.Sebenarnya sejak meter minyak pada dashboard tu rosak, kali ni dah masuk 4 kali dah kereta ini 'terberhenti' a.k.a 'mampus' di tengah jalan.


Keluarga akak k-poh ni dah biasa dengan situasi mengejut ni..malah, dah jadi macam lawak selamba jer.Kami ni bersikap positif jer...tak de apa punya...kecik punya hal jer..!!!!! Abang mula termenung,sebab selalunya akak k-poh yang hadapi masalah ni, dan abang datang untuk bagi bantuan.Sekarang ni,bila dah hadapi sendiri...termenung jugak dia..heeeee...


Jalan hala ke depan...sunyi..!!!!..nak mintak tolong dengan siapa yaaaa...???..akak k-poh suruh abang tahan motor orang,supaya dapat tumpang untuk ke stesen minyak...tapi abang kata...'abang malu laaa....' ishhhh...ada ke patut...dia berdiri jer kat tepi jalan tu...sambil tersenyum!!!!! ayo yo...!!!!


Jalan hala ke belakang,pun sunyi sepi..kenderaan tak banyak di sini. Tak kan nak tunggu jer...nak harap abang yang nak tahan teksi untuk ke stesen minyak...adussss....akhirnya, akak k-poh the women power dengan selambanya menahan sebijik motor yang kebetulan sedang bergerak perlahan. ( rupanya rumah dia dekat situ jer..heee patut lah dia perlahan...)


Alhamdulillah, dengan pertolongan insan yang baik hati tu, dapatlah kami mengisi sedikit minyak yang diambil dari rumah orang tu. Malangnya minyak tidak mencukupi untuk 'men-start' kereta tu...jadi terpaksalah abang yang baik hati tu,bergegas ke stesen minyak yang berdekatan untuk membeli minyak lagi.


Akhirnya,kali kedua di isi minyak, barulah kereta dapat di start.( abaikan anak dara bongsu akak k-poh yang 'men-cekak' pinggang tu )..Sedikit sagu hati ikhlas kami hulurkan,mulanya abang tu tak mau ambil, tapi setelah kami berkeras, dia ambik jugaklah. Alhamdulillah,Syukur ke hadrat ALLAH, kerana kami dipertemukan dengan insan yang mulia yang sanggup membantu.....

akak k-poh dan keluarga meneruskan perjalanan, walaupun kami lewat sampai ke rumah...tapi kami bersyukur kerana selamat semuanya.

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.