Kisah melingkari kehidupan Ariana gadis manja berusia 25 tahun yang lincah,nakal tapi tegas.Digarapkan novel ini menjadi satu kisah cinta yang sukar untuk dirungkaikan.Izudin dan Haji Fahmi, dua watak yang digambarkan oleh pengarang sebagai berebut cinta Ariana. Izudin,pemuda berusia 31 tahun merupakan jiran Ariana.Pertengkaran demi pertengkaran dalam rumahtangga Izudin telah menyebabkan Ariana bersimpati kepada Izudin.Siapa tahu, keperihatinan Ariana terhadap Izudin telah menyebabkan Ariana menyimpan perasaan 'cinta beralaskan simpati' kepada suami Puan Dila itu.Sikap Izudin berjaya menarik minat Ariana.Walaupun pada mulanya Ariana ragu-ragu untuk bercinta semula disebabkan perasaannya yang terluka gara-gara seorang pemuda bernama Nazri. Haji Fahmi pula ialah Ketua di pejabat tempat Ariana bekerja.Pengarang mengambarkan watak Haji Fahmi ini sebagai seorang yang masih bujang dan matang, berpadananlah dengan usia Haji Fahmi yang menghampiri 40 tahun.Sikap Haji Fahmi yang sentiasa berbaik sangka kepada Ariana,selalu mengambil berat terutama selepas kematian kedua ibubapa Ariana, tidak berjaya meraih cinta Ariana. Penceritaan menjadi semakin menarik apabila Izudin dan Haji Fahmi,kedua-duanya telah meluahkan perasaan cinta kepada Ariana.Jadi, siapa yang menjadi pilihan Ariana? Ciri-ciri menarik yang ada pada diri Izudin atau pun ketokohan dalam diri Haji Fahmi ? Izudin mempunyai pelbagai kelebihan jika dibandingkan dengan Haji Fahmi,kerana Izudin berjiran dengan Ariana.Mereka berdua menjadi semakin rapat apabila Izudin bercerai dengan Puan Dila.Pembaca akan menghayati keakraban dan keromantisan antara Izudin dan Ariana.Beberapa konflik seperti cemburu, marah,sedih dan juga lucu dilihat terjadi antara mereka berdua. Manakala Haji Fahmi,sentiasa mengambil sikap merendah diri walaupun seringkali disindir oleh Izudin.Keberanian Haji Fahmi meluahkan rasa cintanya,menyebabkan pembaca ingin mengetahui apa lagi tindakan Haji Fahmi untuk meraih rasa cinta dari Ariana.Perlukah Haji Fahmi bertindak sedikit agresif seperti apa yang dilakukan oleh Izudin? Apabila Ariana mengakui cintanya kepada Izudin,bukanlah penamat kepada kisah cinta ini.Perasaan cinta itu membawa kepada perasaan cemburu kepada Izudin terutama sekali apabila melibatkan Puan Dila yang memandang rendah kepada Ariana.Izudin juga mempunyai perasaan cemburu dan syak wasangka setiap kali Ariana bersama Haji Fahmi. Mampukah Ariana dan Izudin mengharungi cinta ini berlandaskan perasaan cemburu ini? Apakah Haji Fahmi akan mengalah dengan takdir? Atau Puan Dila akan cuba merebut kembali cinta Izudin dari Ariana? Akan adakah lagi konflik-konflik yang berat yang terpaksa dihadapi oleh Ariana? Ikutilah TAKDIR ITU UNTUK AKU sehingga ke akhirnya.
‘Hadiah wang tunai beserta topup adalah tajaan MR YIE Hadiah TOWEL, PEDOMETER, MOUSE PACK dan KLIK STAND adalah sumbangan dari blogger HALIF yang telah di syorkan oleh PUAN BEE
P/s :SINOPSIS TERBAIK : Wang Tunai RM70.00 (wang tunai akan terus di masukkan ke akaun pemenang)
Tempat kedua : Satu alat pedometer + Mouse pack
Saguhati pertama : Topup Bernilai RM10.00 (Maxis dan Celcom sahaja)
Saguhati kedua : Topup Bernilai RM10.00 (Maxis dan Celcom sahaja)
Saguhati ketiga : Topup Bernilai RM10.00 (Maxis dan Celcom sahaja)
Kesemua hadiah bernilai RM300.00
13 comments:
mcm best je citer ni...
best...cubalah hayatinya wahida.
wah! boleh tahan juga kak pah ni buat sinopsis novel.. hari tu kata x pandai nak buat ayat serius?bila saya baca ni ok je? semoga berjaya ye kak.. time kasih bagi sokongan pada novel hentaman saya ni dan terima kasih juga sudi menjoinkan diri dalam contest ini..sangat2 terharu sekali atas sambutan kawan2.. :)
halamak kak..sekali dia dh buat laa.sy tengah blur nak mula dari mana ni.isk :(
zal,ko jangan buat sinopsis sengal ye..akak tampo kang..kuikuikui
best sipnopsis kak pah..pandai betul menghayati watak dan mendalami intipati novel..selamat berjaya tau...:)
terima kasih puan kutu
wahhh.. terpaku baca ni. susah tau nak buat sinopsis. mia tak reti sangat..
susah la kak pak... tak reti sinopsis2 ni.. dulu2 tak score masa exam.. hehehee...
terbaikkkkkkkkkkkkkkk!
hai kak pah, selamat berkenalan.
Jangan lupa skodeng saya ikut tingkap akak tau..kasehmia.blogspot.com
siapa yg anjur contest ni kak pah? nk bt sinopsis dri novel sebenar ke...jln citer cm menarik
terima kasih semua...
Post a Comment