KLIK

PETUA | SAKIT SENDI / SAKIT URAT | DAUN SUP

Sebut tentang SAKIT SENDI / SAKIT URAT, sering berlaku pada mereka yang sudah BERUSIA. Termasuklah kpah pun, memang alami masalah sakit sendi/urat ni.
Sakit ini pun mudah berlaku kepada mereka yang mengidap TIROID seperti kpah.

Selalunya kpah telan ubat sakit urat yang dibeli di Farmasi. Tapi kpah nak juga mencari cara / petua tradisional untuk mengurangkan masalah sakit ini.

Google ada jawapannya.!!

Daun sup dimakan sebagai ulam. Ini kpah dah cuba. Baru sempat cuba sekali, sebab daun sup tak boleh simpan lama. Ia cepat layu dan membusuk. Makan dengan nasi yer, buat ulam-ulam cicah sambal belacan. Lepas makan, bila sendawa bau daun sup..!!!

Selepas dah ambil daunnya untuk makan, tinggallah batang dan akarnya untuk direbus pula. Rebus batang daun sup dan akar serta daunnya sedikit. Anggaran 3 gelas air utk harga seringgit daun sup. Dicadangkan rebus sekali dengan kurma merah. Rebus sehingga nampak air rebusan sedikit berkurang. Tunggu dah suam baru minum. Rasanya seperti minum air gula merah.

Selain daun sup yang kecil-kecil itu, daun saderi yang batangnya besar, boleh diblend dengan buah epal hijau. Ini kpah belum cuba lagi.

Ada lagi petua ialah masak sup kaki ayam. Daun sup tabur dalam sup dan kaki ayam yang dimakan itu pun banyak khasiat , terutama untuk sendi.

Bolehlah yer kalau nak mencuba petua tradisi. Selain dari itu, kena juga jaga kesihatan , jangan lupa bersenam dan minumlah susu..!!!

~kpah k-poh ~

2 comments:

Shaiful Zaidi said...

Salam ziarah akak..petua yg baik utk diamalkan. Tqvm

kpah k-poh Sharifahnor said...

Sama-sama . Nak buat ulam daun sup tu mmg bercintalah sikit sbb tak pernah dibuat ulam.. Kalau pucuk janggus ke..daun salom ke..ulam raja ke... Menambah2lah makan nasi...😝

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.