Ehhhh jangan bimbang...., akak k-poh ada cara untuk mengurangkan rasa masin pada masakan anda. Tapi kalau masinnya sampai sekilo garam... Tak dapeklah akak k-poh nak nolongnya..:D
Sedang syok-syok goreng nasik, tangan mula mencapai sudu, halamak!!!! Masin... Macam mana..? Ohhhh, jangan bimbang... Apa yang anda perlukan hanyalah tudung periuk!!!!! Tudung periuk? Yer.. Sila ke dapur anda, segera... :D
Ini tudung periuk untuk demonstrasi... Hahahaaaaaaa
Ok, gini caranya.. Anda hanya perlu ambik mana-mana tudung periuk, basahkan tudung periuk tersebut tapi jangan lap.. Biarkan basah-basah macam tu... Kemudian tudung periuk tersebut digunakan untuk menutup bekas nasi goreng anda. Dengan syarat, nasi goreng anda masih panas lagi.Kalau dah sejuk, anda perlu panaskan semula... :D
How it works? Omputeh lah pulop hahhaaaa.. gini.. butir-butir air pada tudung periuk akan menyerap kepanasan dari nasi goreng..sekali gus rasa masin akan terserap sekali. Akak k-poh dah cuba ni, memang berkesan tapi seperti yang akak k-poh bagitahu tadilah yer.. kalau masin sekilo garam tu, tak dayalah nak kurangkan masin nya...
Tutuplah nasi goreng anda dengan tudung periuk selama lebih kurang 5 minit atau lebih.Alahai...kejap jer 5 minit tu, sambil tu anda siapkan ler meja makan. Ok dah cukup 5 minit, bolehlah anda hidangkan nasi goreng kurang masin untuk family anda.Kalau nak panaskan semula nasi goreng tu, tak de salahnya.. boleh makan panas-panas!!!!
P/s: boleh juga guna petua ini untuk gulai atau kari dan kuah. Oh ya, sekiranya menggoreng nasi, sila gunakan garam halus yang betuk-betul halus supaya tak ler terkunyah garam yang tak hancur. Ok, selamat mencuba!!
- Posted using BlogPress from my iPad
1 comment:
Tq tq tq.. menjadi
Nasi kurang masin
Post a Comment