KLIK

KISAH KERETA ADIK AKAK K-POH DI CURI

Kereta ADIK akak k-poh dicuri dpn dunkin donuts sbl tol hiway sg besi around 11pm malam tadi ( 24 jam sudah berlalu). If anybody sees black perdana JLK 7300 pls contact balai polis seri kembangan 03 89486122. Tqvm. 
BACA KISAHNYA AKAK K-POH PETIK DARI FACEBOOK BELIAU:
KISAH KERETA HILANG
by Oya Noraini on Sunday, November 27, 2011 at 9:21pm
Bagaimana hendak dikisahkan kejadian yang berlaku ini..Hasrat untuk bercuti hujung minggu bersama-sama keluarga menjadi satu musibah yang akan dikenang sampai bila-bila.

Kami sekeluarga jarang ke Kuala Lumpur.  Kesibukan jalan menyebabkan ia bukan menjadi destinasi pilihan.  Sesak dada melihat kereta-kereta di bandaraya ini.  Namun begitu, hujung minggu lepas kami ke Kuala Lumpur kerana menghadiri majlis perkahwinan anak sepupu mak dan saya mengambil kesempatan untuk hi-tea bersama rakan-rakan ex-Terendak di Hotel Impiana KLCC..

Hujung minggu ini, sempena cuti awal Muharram, hasil perbincangan dengan anak-anak selepas solat Maghrib 25 Nov 2011, kami bercadang untuk keluar road trip.  Hala tuju yang sebenar tidak ada.  Hanya berjalan-jalan.

Pukul 12.30 tengah hari 26 Nov 2011, kami keluar dari rumah menuju utara.  Tiba di kawasan rehat Ayer Keruh, kami singgah di kedai Al-Ikhsan.  Duit hadiah RM300 yang dijanjikan kepada Afham yang mendapat 5A dalam UPSR baru-baru ini masih berbaki RM250 selepas membeli ear phone di Low Yat Plaza minggu lepas.  Hajatnya mahu membeli but bola kami tunaikan.  Usai memilih, sepasang but Adidas berwarna putih hijau muda berharga RM225 menjadi pilihan.  Dan untuk diri sendiri, saya membeli beg tangan Adidas berharga RM149.


Kami meneruskan perjalanan.  Destinasi seterusnya ke i-City Shah Alam bagi menunaikan hasrat Arham yang sudah lama memasang niat ingin masuk ke tempat salji di sana.  Sampai di sana, masuklah 3 beradik itu dan bergambar.  Setelah selesai, 3 keping gambar bersaiz 6R dicetak.  Kos RM55.

Keluar dari i-City, berbincang lagi ke mana selepas itu.  Suami mencadangkan menuju ke Ipoh.  Bantahan - terlalu jauh.  Akhirnya kami ke Kuala Lumpur.  Destinasi Low Yat Plaza lagi.  Qihah sudah lama mengidamkan camcorder.  Hujung minggu lepas tidak sempat membuat survey jadi kali ini dia berhajat untuk berbuat demikian.

Tiba di Low Yat, survey tidak lagi menjadi survey tetapi terus beli.  Camcorder Canon berwarna merah bernilai RM1000 menjadi milik Qihah.  Alhamdulillah..semua hajat anak-anak sudah tertunai.

Suami mencadangkan kami bermalam di Port Dickson.  Walaupun saya menyatakan mungkin semua hotel penuh kerana hujung minggu dan cuti sekolah, kami teruskan juga ke sana memandangkan suami berhajat makan ayam kampung di Lukut.  Hajat saya di dalam hati adalah untuk menyaksikan perlawanan bola sepak Malaysia bertemu Bahrain di Bukit Jalil pada hari Ahad tidak terkeluar dari mulut.
Kami teruskan perjalanan menghala ke tol Sungai Besi.  Oleh kerana jam sudah hampir 10.30 malam dan kami masih belum makan malam, kami berhenti di depan Dunkin Donuts untuk makan di KFC bersebelahan Dunkin Donuts itu.  Usai makan, kami turun menuju ke tempat letak kereta.

Subhanallah…kereta kami tidak ada di situ.  Seperti mahu luruh jantung saya.  Berdebar-debar dan panik seketika.  Di mana kereta?  Siapa yang ambil?  Apa nak buat? Ya Allah..bantu kami..
Allah maha kaya.  Dia mengingatkan saya kepada nombor telefon CAPTOR, syarikat mengesan kereta yang saya simpan sekian lama.  Menggigil tangan menelefon meminta bantuan mengesan di mana kereta saya.  Dalam pada itu otak ligat berfikir dengan siapa saya harus meminta tolong di tengah malam begini.  Pihak CAPTOR meminta kami membuat laporan polis di balai polis berdekatan.  Sambil-sambil itu, kami sempat bertanya dengan pekerja-pekerja di Dunkin Donuts dan KFC jika ada sesiapa ternampak siapa yang membawa lari kereta kami.

Saya menelefon Azmi, rakan sewaktu di Terendak dulu.  Tiada jawapan.  Telefon Mohar, Amir juga tiada jawapan.  Mereka semua adalah rakan di Terendak dan dalam BBM group saya.  Hanya mereka sahaja yang saya ingat ketika itu.  Subhanallah..saya dan suami buntu.  Cabarannya ketika ini jugalah BBM saya tidak berfungsi dan tidak ada connection pada Internet server yang bermaksud saya tidak dapat broadcast kejadian ini di FB.

Akhirnya Azmi membalas panggilan saya.  Dia di Penang tetapi berjanji untuk membantu saya.  Tidak lama selepas itu AJ dan Ijam (juga ex-Terendak) menelefon saya.  Waktu itu kami sudah dalam perjalanan ke Balai Polis Seri Kembangan dengan menumpang seorang staf KFC yang baik hati membawa kami ke sana.  Namanya pun kami terlupa tanya.  Semoga Allah memberi ganjaran atas jasa baik anak muda ini.

Hampir jam 12.30 pagi baru selesai laporan polis dibuat.  Anggota polis membuat pengumuman kepada semua peronda di sekitar Serdang dan Seri Kembangan.  Tidak lama selepas itu, Ijam dan AJ tiba.  Ketika ini baru kami sedar yang kami kini tinggal sehelai sepinggang.
Keputusan dibuat untuk mencari hotel berdekatan kerana kami perlu bertemu dengan pegawai penyiasat pada esok hari.  Ijam membawa kami ke Mines Hotel.  Alhamdulillah ada satu lagi bilik kosong.  Ijam bawa kami ke uptown night bazaar untuk membeli baju.  Alhamdulillah kami membeli sehelai t-shirt seorang dan pulang ke hotel waktu jam hampir menunjukkan pukul 2.00 pagi.  Selepas bersarapan, lebih kurang jam 9.30 pagi, kami mengambil teksi ke TBS untuk menaiki bas balik ke Johor dan Alhamdulillah selamat sampai ke Kulai dalam pukul 2.30 petang.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.  Kami redha kerana semua yang diambil – kereta, camcorder, but bola, beg, kain baju, kasut sukan anak-anak, 4 pasang kasut saya dan makanan yang ada di dalam kereta tersebut walau berapa pun nilainya – adalah milik Allah semuanya dan dipinjamkan kepada kami buat sementara.  Pengajaran dari kisah ini adalah never take things for granted.  Kereta yang sudah dikunci dengan baik juga boleh dicuri orang.

Apa-apa pun saya bersyukur kerana kami dijauhkan Allah dari bahaya.  Kami berada di kawasan yang selamat ketika kejadian itu berlaku.  Sehingga saat ini, CAPTOR masih belum berjaya mengesan kereta kami kerana kereta itu dipasang dengan sistem RF (radio frequency) dan bukan GPS jadi agak sukar untuk mengesannya.  Telahan saya, kalau selepas hampir 24 jam, kemungkinan untuk mengesannya amat tipis.  Semoga Allah permudahkan tugas mereka yang sedang berusaha menyiasat dan mengesan kereta saya.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ijam, AJ, Azmi dan rakan-rakan lain yang banyak membantu dan memberi sokongan moral kepada kami sekeluarga.  Saya juga bersyukur kerana anak-anak saya dapat menghadapi keadaan ini dengan baik.  Semua tenang.  Kata Arham, Allah tak akan duga orang yang tak boleh tanggung dugaan. Dan dia mendoakan semoga orang yang mencuri kereta itu berubah menjadi orang baik.  Alhamdulillah.

p/s : adik akak k-poh dan suaminya ini paling banyak memberi bantuan dari segi keewangan kepada keluarga. Jasa mereka amat besar kepada kelaurga kami.Semuga Allah memberi yang terbaik sebagai ganjaran segala kebaikannya.

18 comments:

qasehraihan said...

huhuhuhu...sedih baca detik2 cemas tu..dpt rasakannya..
semoga Allah permudahkan segala urusan mereka sekeluarga..

kpah k-poh Sharifahnor said...

terima ksih Qaseh...

Mia Liana said...

kat situ pun boleh curi kereta... tempat tu kira terang, bukannya gelap.

bahayanya. takut orang tu dah intip sejak mula lagi, mungkin masa kat low yat.

apa-apa pun semoga tabah menghadapi dugaan ini, mungkin ada hikmah disebaliknya...

kpah k-poh Sharifahnor said...

mungkin jgklah mia...sbb adik kpah ni,dari gaya dia pun dah tahu dia ada duit...

Mr.J said...

Pernah kehilangan basikal waktu kecik2 dulu.. 1 kampung i mengamuk..

www.pengeRindu.com

MulutPayau said...

Semoga adik kpah sabar hadapi segalanya..Dan semoga Allah permudahkan segala urusannya....mngkin ada hikmah yg tersembnyi dari setiap kejadian yg berlaku..

aiman mania said...

aiman turut bersimpati di ats apa yg berlaku..moga pencuri tuh dapat ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.....iissshh..macam2 dunia skrg nih...

Unknown said...

mungkin dah diintip dari awal..

ROJAK said...

buatlah canggih macamana pun lock untuk kereta mesti kena curi jugak. rasanya tak selamat kot nak bawak kereta mewah jalan2..oh malaysia...

mr.curly said...

binawehhhh tul dorg ni..pesal la dorg xnk curi kete PM ke, ketua polis negare ke..hikhik

#insyaAllah, den akn bgtau kot2 tjumpe kt mane2..

Mulan said...

cisss.... takde keje ke dok curi kete orang...!!!

moga2 kete tu dapat balik dgn cepat..

Puan Kutu said...

malang tak berbau..

apa pun alhamdulillah keluarga adk kakpah tidak dicederakan..

semoga jadi pengajaran dan tabah. semua yg berlaku mungkin ada hikmah..

Izan Ishak said...

jenayah di mana2 skrg ni..

harap2 kete adik akak tu dijumpai dlm waktu terdekat ni...

Unknown said...

bahayo nya...ghisau atok klu bobot ilang....mungkin ado hikmah mendatang tu...sobar lah yo... =)

afzalsukasuki said...

akak!adik akk nama oya ke?akk oya tu senior sy kat terendak dulu.huhu :) kecilnya dunia :)

p/s:kalau saya jumpa kat Kuantan..sy roger2 akak ye :)

gnesop.com said...

iks iks..
tak patut la dirang nih.. susah kan org lain.. semoga kete pencuri tu pun kena curi biar dia rasa :)

Unknown said...

sabar yea kak pah.. tkt la skrg.. hehe.. apepun sy dh follow kak poh.. kalu sudi leh la follow sy..:)

Lina_Lin said...

giler ah,banyak tue jumlah kerugian..org yg curi tue pon cm tawu2 aje byk brg dlm tue.. fuh..

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.