KLIK

PETIKAN SEDUTAN E-NOVEL TERHIDANG DI GOMOFM

 Petikan ini, yang telah dikirim oleh blogger/pengarang e-novel MRS YIE.Telah pun akak k-poh bacakan di GomoFM dengan jayanya. Diharap MRS YIE telah berpuas hati.Teruskan berkarya...


Setibanya aku di rumah, aku mendapati kereta Puan Dila ada di luar pagar rumah Izudin. Kereta Izudin pun ada tapi macam biasa terletak di dalam kawasan rumahnya. Pelik.. Kenapa tak ada orang kat luar rumah?

Tiba-tiba, aku rasa tak sedap hati. Aku berjalan menuju ke rumah Izudin dan membuka pintu pagarnya perlahan-lahan. Sepasang kakiku berat mahu melangkah tapi aku paksakan juga. Perasaanku tidak enak dan jantungku berdegup lain macam. Terasa pelik bila kedua-dua buah kereta ada di hadapan rumah tapi kelibat tuan punya kereta masing-masing tidak ada..

Sampai pada pintu rumah Izudin, aku mengetuk dan memberi salam tapi tidak ada suara yang menyahut. Selepas beberapa ketika aku menunggu, tiba-tiba….. Pintu di buka perlahan. Muka Puan Dila terjojol dengan senyuman sinisnya! Pakaian seksinya bukan main!

“Sayangggg…… Ariana nak jumpaaaaaa…..!” 

Puan Dila memanggil Izudin. Aku terkejut dengan panggilan manja itu..!

Dalam beberapa saat saja Izudin keluar menunjukkan diri. Dia tersenyum dan wajahnya ceria sekali memandang aku. Tapi pakaian yang di pakainya agak serabai. Rambutnya sedikit kusut, butang kemejanya terbuka, tali pinggang seluarnya……….

“Abang buat apa ni????”

Izudin terpinga-pinga…..

“Rin benci abang!!!!!” 

Aku terus memekik seperti orang hilang akal! Sakit mata dan sakit hati aku bila melihatkan keadaan Izudin yang sebegitu! Pakaian yang di pakai Puan Dila pulak begitu menyucuk urat sarafku!

Air mataku jatuh bercucuran seperti hujan lebat di musim tengkujuh! Pantas aku berlalu tanpa menoleh sedikit pun ke belakang! Aku mengesat air mata dengan kedua-dua tangan! Tak cukup dengan itu, lengan baju menjadi mangsa!

“Rin!!” Izudin memanggil dan mengejar aku dari belakang! Sikit pun aku tak menoleh! Sakit hatiku bukan kepalang!

Tiba-tiba Izudin merentap tangan kiriku dengan kasar! Sekaligus membuatkan tubuhku berpusing ke arahnya! Serentak dengan itu juga, tapak tangan kananku menghinggap kasar ke pipi Izudin! Dia memegang pipinya dan menggosoknya sedikit.. Bibirnya berdarah! Aku menutup mulut kerana dengan tidak sengaja telah membuatkan bibirnya berdarah begitu!

Tapi, apa aku peduli??? Dia curang di belakang aku! Aku benci dia!

“Macam ni rupanya perangai abang??!!”

“Rin janganlah salah faham..”

“Selama ni Rin percayakan abang!!”

“Abang tak buat apa-apa..!”

“Jangan nak bohong!!”

“Dengarlah dulu penjelasan abang..”

“Tak perlulah abang nak jelaskan apa-apa lagi!! Segalanya dah jelas!! Abang curang!!”

“Please Rin.. Dengar dulu apa yang abang nak cakap..”

“Selama seminggu Rin tak ada, begini rupanya perangai abang!! Membuat hubungan sulit dengan bekas isteri sendiri!! Kalau abang dah kemaruk sangat nak rujuk semula dengan dia, pergilah!!!!” 

Sekali lagi aku memekik dengan sepuas hati!

Izudin memegang kepalanya dengan kedua-dua tangan. Tak sanggup agaknya nak menerima segala apa yang keluar dari mulut aku!

“Tolonglah Rin.. Abang boleh terangkan satu-satu..!”

“Abang nak terangkan apa??!! Nak terangkan satu persatu macam mana abang berasmara dengan dia ke??? Hah???”

 Aku mendekati Izudin dan menolaknya! Perasaan geramku sudah tidak dapat di bendung lagi! Aku melepaskan kemarahanku cukup-cukup dengan menolak kasar tubuh Izudin berulang kali! Rasa seperti aku mahu menumbuk mukanya dan menendang kakinya seperti apa yang dia ajar dalam kelas latihan silat! Tapi aku masih mampu lagi mengawal diri. Tidak mungkin aku akan bertindak sejauh itu! Aku masih lagi waras! Dia guru silat aku! Tak mungkin aku sampai hati untuk melakukannya sebegitu rupa!

Izudin membiarkan aku berbuat apa saja ke atas dirinya. Dia hanya diam dan membatukan diri. Sekali-sekala tubuhnya terdorong ke belakang..

“Rin benci abang! Sampai mati pun Rin akan benci abang! Kalau ikutkan hati, Rin nak tumbuk muka abang! Dengar tak??!!” Aku seperti di rasuk..

“Buatlah apa saja yang Rin suka pada abang.. Tapi, Rin dah salah faham.. Apa yang Rin nampak, bukan seperti apa yang Rin sangkakan..” 

Izudin bersuara perlahan..

“Lepas ni abang jangan sebut-sebut lagi nama Rin!! Anggap je Rin dah mati!! Mulai hari ni, kita dah tak ada apa-apa hubungan! Cukuplah setakat ni saja abang memperbodohkan Rin! Baru kini Rin sedar, lelaki jenis apa abang ni..!” 

Aku mendengus kasar dan sekali lagi aku menampar pipinya! Puas hati aku..

Aku segera meninggalkan Izudin yang masih lagi membatukan diri. Air mata yang bercucuran semakin hebat gugur satu persatu. Puas aku mengesatnya dengan tangan tapi air mata yang tumpah sikit pun tak mahu berhenti..

Kemudian, langkahanku terhenti seketika. Perasaan marah bercampur geram masih lagi menguasai diri! Aku menanggalkan sebelah kasut yang aku pakai dan memusingkan badan menghadap ke arah Izudin yang masih lagi tercegat berdiri..

Aku mengangkat kasutku tinggi-tinggi dan terus membalingnya ke arah Izudin! Kasut yang aku baling terkena tepat pada dadanya! Sebelah lagi kasut aku tanggalkan lalu mengangkatnya tinggi-tinggi dan aku baling pula ke arah Puan Dila yang sedang tersenyum sinis pada pintu rumah Izudin! Terkena tepat pada mukanya! Lagi puas hati aku..

“Sayanggggg….!!!! Ariana baling kasutttttt….!!!! Kena muka i….!!!! Sakit taaauuuuu….!!!!”

Puan Dila merengek macam kucing betina miang! Aku menggetap bibir dan terus berlari masuk ke dalam rumah!

--
rafinarmzm
TERUSKAN MEMBACA DI http://www.penulisan2u.my/

3 comments:

Mia Liana said...

best2... dengar suara kak pah tadi... penuh ekspresi dan penghayatan... #moodteruja

kiz said...

kul berapa tadi tu..den terlopeh laa

kpah k-poh Sharifahnor said...

lain kali ada lagi....

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.