KLIK

BORANG BR1M 2.0 | EDARAN BERMULA 1 NOVEMBER 2012

BORANG BR1M 2.0 | EDARAN BERMULA 1 NOVEMBER 2012

SUMBER: ABGTEROR.COM: http://www.abgteror.com

BORANG BR1M 2.0 | EDARAN BERMULA 1 NOVEMBER 2012 | Berita baik buat mereka yang terlibat serta pemohon baru boleh mendaftar secara atas talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2.0 apabila pendaftaran dibuka 1 Nov nanti.

Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bertukar alamat atau kematian ketua isi rumah perlu mendaftar semula untuk membolehkan mereka menerima bantuan pusingan kedua yang akan diagihkan awal tahun depan.

Bagaimanapun, penerima BR1M sedia ada yang lain tidak perlu mendaftar semula. Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan atau dimuat turun melalui laman sesawang www.hasil.gov.my.

Kriteria penerima BR1M yang layak memohon bantuan RM500 iaitu ketua isi rumah (lelaki atau perempuan) berpendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah. Ia merangkumi individu yang telah berkahwin, termasuk yang tinggal bersama ibu bapa; ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah serta individu bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah di dalam rumah yang sama.

Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas (lahir 1953 atau sebelumnya) dengan pendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah juga layak memohon.

Bantuan tunai RM250 pula layak dipohon individu bujang termasuk balu, janda atau duda berumur 21 tahun ke atas (lahir 1992 atau sebelumnya), tidak mempunyai tanggungan dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 ke bawah.
 p/s: sorry AT, ai tak de idea nak update, so ai kopi kat blog u jer lah.. keh keh keh.... ( sebagai penghargaan ai baca kat gomofm yer.. :D )

3 comments:

Mrs.Yie said...

kihkihkih.. :)

Mia Liana said...

takpe kak pah... maklumat bagus macam ni sesuai di share...

djkakpahGomofm said...

rompak AT tak pe...hahahaaaa....

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.