KLIK

PERBEZAAN MEASELS | VARICELLA ZOSTER | CHICKEN POX | RUBELLA |RUBEOLA

Apabila seseorang menulis di facebook, adalah dianggap penulisan beliau akan menjadi tatapan ramai. Tanpa batas. Jadi,apabila kita terjumpa sesuatu sumber bacaan yang boleh memberi faedah kepada pembaca, maka kita haruslah berkongsi dengan lebih ramai orang. Tetapi dengan syarat, hendaklah menyatakan sekali nama dan sumber di mana penulisan tersebut diperolehi. Semuga dihalalkan. InsyaAllah .

SUMBER : FB MASYARAKAT KENA TAHU (ORI)


Sumber: Cikgu Kimia

Sbg orang awam sy ada kemuskilan tentang penyakit2 ni...hrp ada pakar2 yg dpt memberikan penjelasan perbezaan dr segi symptom, tanda, kesan etc utk

1.campak
2.cacar
3.cacar air
4.measel
5.rubella
6.kelempung
7.cengkering
8.cacar lembu
9.german measel

Harap ada penerangan ya..tq

------
Dalam Fb Masyarakat Kena Tahu (ori), kita boleh baca (komen)penerangan panjang-lebar tentang permasalahan ini dari kacamata seorang doktor dengan lebih jelas.

Sumber: Mohd Syamirulah Rahim







As expected. Sekarang kita hanya menunggu masa sahaja untuk giliran kes kematian measles pula meningkat.

Namun yang ingin saya ulas disini adalah sedikit kekeliruan kita (saya?) mengenai beberapa istilah penyakit dalam Bahasa Melayu.

Measles, saya tidak suka terjemahkan kepada "demam campak". Kerana istilah demam campak itu sendiri agak samar-samar.

Selalunya kita gunakan istilah demam campak ini, bermaksud VZV infection. Varicella Zoster Virus infection - demam yang naik bintik merah, adalah kes yang biasa sebenarnya.

VZV dan measles, adalah dua penyakit yang BERBEZA. VZ adalah mild, self limiting, juga boleh berjangkit namun jarang membawa komplikasi yang teruk. VZV, tidak memerlukan vaksin.

Measles, on the other hand, disebabkan oleh virus LAIN, ruam nya pun lain (kita namakan Koplik Spot), boleh sampai ke gusi, lebih mudah berjangkit, LEBIH BERBAHAYA.

Sebab itu ada saya pernah jumpa, ibubapa cerita "anak aku doktor kata kena demam campak, sembuh je sihat je. Pelik juga, sebab kecik2 dulu dah kena inject vaksin campak, macam mana dia boleh kena penyakit ini."

"Ha...tu la maksudnya vaksin ni bukan berkesan pun..tgk kena penyakit tu bukannya teruk pun." Sampuk ibu antivaksin cuba sebarkan dakyahnya.

Padahal apa yang sebenarnya berlaku, anak itu dijangkiti varicella Zoster, namun difahami sebagai "demam campak". Mungkin doktor tu yang silap terang, atau ibubapa itu yang assume mcm tu.

Tapi bila balik rumah, buka kamus atau Google tengok terjemahan " demam campak" itu adalah measles..jadi terus assume anaknya dijangkiti measles!

Kekeliruan ini tidak berhenti di sini.

Nama lain bagi measles, adalah RUBEOLA. Ini, berbeza dengan sejenis lagi penyakit berjangkit lain, RUBELLA.

Bukan setakat itu.

Habis mana pula datang istilah "chicken pox"? Haa...yg ini masalah bahasa pasar inggeris pula.

Chicken pox dalam bahasa inggeris, merujuk kepada varicella Zoster yang saya mention di atas tadi. Saya tak tahu pula terjemahannya dalam bahasa melayu adalah " cacar air"

Namun kena bezakan pula dengan sejenis lagi penyakit cacar, iaitu smallpox. Penyakit ini jauh lebih berbahaya, namun sudah eradicated (pupus) kerana keberkesanan vaksin.

Pening kan? Sebab itu saya secara peribadi, tak mahu guna bahasa Melayu apabila berbicara mengenai penyakit dengan pesakit saya. Saya lebih suka terus guna istilah saintifik. Kalau varicella Zoster, saya sebut terus terang varicella zoster. Kalau pneumonia, saya sebut pneumonia. Kalau pleural effusion, saya sebut pleural effusion. Kalau fluid overload, saya sebut fluid overload. No more "paru-paru berair" for me.

Maaflah kalau nampak tidak berapa patriotik. Masalahnya walaupun DBP dah buat kamus memberikan definisi, pemahaman masyarakat berbeza-beza. Allah saja yang tahu betapa saya berkerut dahi setiap kali pesakit mengadu "sakit urat."!

Sekadar selingan. Pengajarannya, pastikan anda dapat penjelasan yang betul dari doktor anda. Dan kepada rakan-rakan doktor, pastikan kita memberi maklumat yang betul kepada pesakit kita.

***

Demam Campak BUKAN Chickenpox!

Antara kekeliruan yang ada dalam masyarakat adalah menganggap demam campak itu chicken pox (VZ).

Benar, kamus DBP menterjemahkan measles sebagai campak manakala chickenpox/VZ sebagai cacar air, namun pemahaman masyarakat berbeza. Kadang-kadang bila disebut "cacar air" ramai yang tak tahu pun maksudnya. Tapi bila disebut "demam campak", orang mesti ingat chicken pox.

Kesannya, kekeliruan ini diambil kesempatan oleh pihak antivaksin untuk mengatakan kononnya vaksin MMR tidak berkesan kerana "ramai pernah dijangkiti campak", juga untuk undermine severity dengan mengatakan "mana ada orang mati sebab demam campak" with or without they knowing bahawa yang mereka maksudkan sebenarnya adalah chickenpox/VZ, bukannya measles.

Peranan kita di peringkat akar umbi adalah untuk memperbetulkan salahfaham dan kekeliruan ini. Para doktor diharap tidak menggunakan perkataan "demam campak" ketika menerangkan diagnosis chickenpox/VZ, malah menerangkan perbezaan antara measles dengan chickenpox jika perlu.

#campakbukanchickenpox

***

Anda boleh lihat di ruangan komen, betapa ramai anggota masyarakat yang terkeliru mengenai maksud "campak' itu sendiri, serta tidak dapat membezakan measles dan varicella-zoster infection.

Di Malaysia, kalau hendak diikutkan kamus DBP, measles diterjemahkan sebagai campak. Tetapi kalau diikutkan pemahaman masyarakat, demam campak itu adalah varicella-zoster (chicken pox).

Measles dan Chicken Pox adalah dua penyakit yang mempunyai ciri yang hampir sama, namun outcome/kesan yang SANGAT BERBEZA. Ia berpunca dari virus yang BERBEZA, tempoh berbeza, komplikasi berbeza. Kalau dalam buku teks infectious disease atau microbiology, mereka ini terletak dalam bab berbeza.

Tidak hairanlah jika geng-geng antivaksin sendiri terkeliru dengan istilah ini. Mereka mendakwa dah buat research sendiri, dah baca website sana sini, jurnal sana sini, dah khatam GPFV, dah hafal insert vaksin

tapi, measles dengan varicella zoster pun tak reti nak bezakan?

Belum lagi masuk herpes zoster vs varicella zoster. Belum lagi rubeola vs rubella. Belum lagi smallpox vs chicken pox.

Kenapa mereka boleh terkeliru? Jawapannya mudah, kerana mereka hanya membaca mengenai measles sahaja. Mereka tak pernah tahu pun mengenai varicella zoster sebab kerajaan tidak memperkenalkan vaksin utk varicella zoster. Mereka tak tahu pun herpes zoster, silap haribulan ada yang tertukar dengan herpes penyakit seks tu. Puncanya, mereka graduan Google ini, tidak perlu belajar dari asas. Dari infectious diseases 101. Dari microbiology 101.

Mereka hanya perlu taip MEASLES atau MMR di Google, dan walla, mereka sudah mendapat ijazah dalam bab vaksin MMR!

" ala tak perlu tahu pun mengenai varicella zoster, herpes zoster apa semua ni, yang penting adalah kita tahu MMR tu bahaya dan buruk dan keji blablabla" kata seorang antivaksin (atau dakwa mereka, pro choice)

Saya sebut tadi, measles dan varicella zoster adalah dua penyakit yang hampir serupa simtomnya khususnya pada pandangan awam.

Habis kalau tak penting, macam mana dia ni nak bezakan seorang bayi ni dijangkiti measles ke, chicken pox? Dia tahu ke nak tengok rashes tu macam mana characteristic dia, distribution dia? Dia tahu ke Koplik Spot tu macam mana.

Jawapannya, dia tak tahu. Sebab itu dia kata semua ni measles belaka. Yang ada dalam kepalanya hanya measles sahaja, she cant even come up with 5 other differentials.

And yet mereka bangga menggelar diri mereka "pro choice" kerana kononnya, saya ulang KONONNYA, mereka buat INFORMED choice after "thorough research and discussion with experts".

=)

Di copypaste pada 21 Julai 2016 oleh:
~ kpah k-poh ~

No comments:

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.