KLIK

TEORI PANTANG LARANG DALAM BERPANTANG BERSALIN | FACEBOOK | AMIRUL HAMUDIN

Apabila seseorang menulis di facebook, adalah dianggap penulisan beliau akan menjadi tatapan ramai. Tanpa batas. Jadi,apabila kita terjumpa sesuatu sumber bacaan yang boleh memberi faedah kepada pembaca, maka kita haruslah berkongsi dengan lebih ramai orang. Tetapi dengan syarat, hendaklah menyatakan sekali nama dan sumber di mana penulisan tersebut diperolehi. Semuga dihalalkan. InsyaAllah .

Sumber:



Ok, aku aktifkan semula akaun facebook aku semata-mata nak tulis pasai ni. Nak 'educate' masyarakat.

Entah mana datang petua dan pantang larang lepas bersalin atau bedah (caeserean section atau mana-mana bedah) tak boleh makan daging dan terutamanya telur?

Apa punya teori datang. Apa punya pantang. Entah dari mana asal usul pun tak kaji, main ikut ja. Nenek saya cakap, katanya. Takkan salah kot, dia beranak sampai tiga belas.

Kau baru lepas bersalin, luka dan hilang banyak darah.

Macam mana nak sembuh kalau tak makan daging dan telur (sumber protein) untuk bina semula sel-sel baru?

Macam mana nak tambah sel darah merah kalaiu tak makan daging merah, kerang, hati dan sayur hijau misalnya.

Darah merah ni fungsi dia bawa oksigen. Bila kau kurang oksigen, tu yang rasa berdebar dan nak pitam. Satu sebab jantung kau pam darah lebih laju. Nak kasi oksigen kat otak.

Tapi kalau dah tak cukup juga oksigen sampai kat otak, tu yang rasa nak pitam. Bila periksa tengok tekanan darah, mak datuk punyalah rendah, nadi pula laju.

Kemudiannya pula kau nak menyusu bayi baru lahir. Kalau diri sendiri pun tak cukup nutrien sebab tak makan banyak, ingat bayi boleh dapat nutrien atau khasiat?

Terus mengadu susu tak keluar banyak. Kesannya bayi jadi kuning sebab tak cukup menyusu. Mulalah gelabah. Kata saya kurus, memang jenis tak banyak susu, saya dulu pun membesar dengan susu tepung elok je, ini dah takdir Tuhan dan macam-macamlah lagi

Padahal susu kau tu daripada air. Air kosong kau minum, proses dalam badan campur makanan-makanan semua tadi, itu yang jadi susu. Kalau makanan berlemak lagi bagus.

Kau dah hilang akal, terus buat eksperimen kat anak sendiri. Bagi bayi air anggur. Tak jalan, bagi susu kambing pula.

Kuning sampai lutut dah, takpa kita cuba jemur bawah matahari pula campur sekali minum air herba dan 'panas'. Air kosong jangan, nanti kembang katanya. Angin masuk. Luka lambat sembuh. Alih-alih bawa hospital baby terus kena exchange transfusion.

Tapi dah kalau minum air herba ja, nak dapat susu tang mana. Tak dapek den nak menolongnyo.

Orang kita, atau mungkin juga semua orang kat dunia ni, terbalik. Masa mengandung makan bukan main banyak. Tu yang banyak kena gestational diabetes (kencing manis semasa mengandung) dan pregnancy induced hypertension with crisis (tekanan darah tinggi semasa mengandung).

Bukan maksudnya tak makan langnsung, nanti baby tak membesar pula dalam perut.

Cumanya lepas mengandung, baby dan badan sendiri nak khasiat dan nutrien, dia boleh pula 'pantang' dan berpuasa.

Entahlah. Manusia.

Kalau kau baca sampai habis, tahniahlah. Rasa bermanfaat silalah sebar-sebarkan.

Moga-moga kurang orang aku jumpa yang nak pengsan selepas bersalin atau saya ni takda susu dekat wad.

Dicopypasye oleh:
~ kpah k-poh ~

No comments:

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.