SUMBER : FB HANA HADZRAMI
VAKSIN LAGI
Part 1
Selalu kita terbaca ibubapa pro choice berlagak dengan tahap kesihatan anak masing2 (macamlah anak orang yang divaksinkan tu tak sihat) padahal anak mereka belum lagi bertemu penyakit berjangkit berbahaya.
Mereka sering berpendapat 12 penyakit berjangkit berbahaya itu hanyalah sekadar demam yang biasa-biasa, tak lebih daripada itu.
Contohnya penyakit Measles (Campak) mereka sangkakan ianya cuma demam beserta ruam yang cuma 3-4 hari lamanya. Mereka langsung tiada idea betapa teruknya measles; sekali dapat seumur hidup tak boleh lupa.
Measles datang berupa demam tinggi (langsung tak respon terhadap jelum atau ubat demam), sakit mata dan batuk yang teruk. Apabila ruam keluar (selepas 5-7 hari demam), semakin tinggi pula demam hingga 7-10 hari.
Bagi anak yang imuniti lemah dan tak divaksinkan, mudah saja virus measles menyerang paru-paru dan otak. Ada yang cacat kekal dan ada yang dah mati pun akibat komplikasi measles.
Mereka sangka measles cuma demam manja beserta ruam. Keluar ruam turunlah demam.
Kelakarnya.
Kalau measles setakat demam gitu, tak payah lah saintis bersusah payah kaji dan cipta vaksin.
Begitu juga Pertussis (whooping cough). Golongan pro choice sangka ianya cuma demam beserta batuk-batuk comel. Seminggu batuk baiklah tu.
Kelakarnya.
Mereka tak tahu yang whooping cough ialah batuk yang berterusan sehingga biru (sebab tak boleh curi nafas di antara batuk). Sampai pengsan dan hypoxic (kekurangan oksigen pada organ penting) dan boleh menyebabkan kecacatan kekal jika bukan kematian.
Terbaru ialah Difteria. Golongan pro choice sangkakan difteria hanyalah demam beserta sakit tekak yang biasa.
Kelakarnya.
Mereka tak tahu yang kuman difteria menyebabkan tekak dan peti suara diselaputi lapisan pseudo membrane. Selaput itu jika dikoyak menyebabkan pendarahan.
Jika pesakit tak mati tercekik akibat salur pernafasan tertutup, mereka akan mati akibat toksin yang dibebaskan oleh bakteria itu.
Apabila toksin mulai dibebaskan dan menyerang jantung dan organ penting; separuh daripada pesakit akan mati (50% mortality).
.
BIG PHARMA BUAT UNTUNG?
Selalu golongan pro choice mendakwa vaksin adalah propaganda yang diadakan untuk big pharma membuat keuntungan.
Siapa big pharma ni?
Kalau betul pun ada, logiknya big pharma lebih untung jika vaksin tiada. Sebab kos perubatan, kos rawatan pesakit kritikal di ICU akibat penyakit berjangkit adalah lebih menguntungkan.
Kos jika ambil vaksin:
🔹Harga vaksin: RM30 ke 200 (bergantung kepada jenis vaksin)
Kos jika tolak vaksin dan dapat penyakit berjangkit:
🔹Kos IV antibiotik: RM 200 ke 2000
🔹Kos rawatan di wad: RM200 sehari
🔹Kos rawatan di ICU: RM1000 ke 5000 sehari (selalunya rawatan seminggu ke atas)
🔹Kos anti toksin: RM20,000 (per course)
Kalau anda ada asas matematik; mana yang lebih untung?
Faham ke tak ni?
.
FAKTA:
1. KESEMUA yang MENINGGAL DUNIA akibat difteria baru-baru ini adalah anak yang TAK DIVAKSINKAN.
2. Bakteria atau kuman boleh menyerang semua golongan samada yang divaksinkan atau tidak. Bezanya yang DIVAKSINKAN majoriti SEMBUH dan TIADA KOMPLIKASI. Manakala yang masuk ICU, DAPAT KOMPLIKASI dan yang MATI majoritinya adalah yang TAK DIVAKSINKAN.
3. Jika anak anda ada genetik eczema, dia tetap akan dapat flare eczema bila dirangsang oleh penyebab lain. Ia akan berkurang dengan sendiri apabila anak semakin membesar.
Vaksin cuma salah satu daripada ratusan penyebab ransangan eczema. Eczema tak menyebabkan kematian. Jangkitan penyakit berbahaya boleh.
4. Makanan alami adalah baik tetapi hanya membantu innate immunity bukan specific immunity. Hanya vaksin dan natural exposure memberikan specific immunity terhadap 12 penyakit berbahaya. Cumanya ramai cacat atau mati akibat natural exposure tak sempat nak dapat specific immunity.
5. Kalau nak tahu natural immunity anak anda yang tak divaksinkan itu kuat atau tidak, jangan uji dengan menetap di negara tinggi kadar vaksin. Tu menumpang herd immunity namanya.
Bawa mereka tinggal selama beberapa bulan di negara paling rendah kadar vaksin seperti CRA (Central Republic Africa), Somalia atau Nigeria.
Lepas setahun tengok mereka ok ke tak. Kalau ok maka sah imuniti mereka bagus. Kalau terkena polio atau hepatitis nasiblah. Anda sendiri yang berlagak imuniti anak kuat.
.
Jika anda berkeras menolak vaksin dan mempertahankan pendirian anda, bermakna andalah pihak yang nak sangat beri untung besar kepada big pharma dan juga syarikat jual keranda.
.
P/S:
Status ini tak ditujukan kepada yang memang disahkan doktor tak boleh ambil vaksin. Anda tak perlu terasa.
Copypaste oleh:
~ kpah k-poh ~
No comments:
Post a Comment