KLIK

Dr Alzamani Mohammad Idrose | KENAPA VAKSIN PERLU DIAMBIL?

Sumber Facebook : Dr Alzamani Mohammad Idrose

Kenapa Vaksin Perlu diambil ?
(juga penjelasan bagi pengaruh-pengaruh yang tidak benar bagi gerakan antivaksin)

1. Setiap umat Islam mengambil vaksin meningococcal sebagai syarat untuk pergi ke Mekah bagi menunaikan haji. Ini melindungi mereka dari penyakit radang otak.

2. Vaksin kancing gigi (tetanus) juga diberi kepada setiap pesakit yang mengalami luka apabila mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan. Ia melindungi pesakit dari penyakit kancing gigi.

3. Kesemua vaksin ini diambil kerana pentingnya keperluan melindungi setiap orang dari kemudaratan yang amat besar.

4. Terdapat tulisan oleh Jerry D. Gray dalam bukunya yang mendakwa bahawa vaksin hanyalah satu dakyah Yahudi dan dicipta untuk keuntungan syarikat serta melemahkan orang Islam. Ini tidak benar. Malahan vaksin diambil oleh orang-orang Yahudi di Israel sendiri untuk melindungi diri mereka dari penyakit.

5. Terdapat satu gerakan di British oleh seorang yang bernama Dr Abdul Majed Katme, yang mendakwa bahawa beliau adalah jurucakap dari ‘Islamic Medical Association UK’ yang mendakwa vaksin dicipta dari bahan tercemar malah didakwa mempunyai bahan dari babi. Ini tidak benar. Dr Katme adalah seorang doktor psikiatri dan memesongkan pemikiran ramai dengan mengesyorkan perlindungan hanya dengan cara-cara natural. Dakwaan vaksin berasal dari babi juga tidak benar malahan vaksin di Malaysia semuanya halal serta fatwa menghalalkan penggunaan vaksin. Hasil siasatan mendapati bahawa ‘Islamic Medical Association UK’ tidak mempunyai ahli, staf atau pejabat. Pandangan beliau disangkal oleh doktor-doktor dan pertubuhan perubatan Islam di Britain.

6. Terdapat suatu kertas penyelidikan yang diterbitkan oleh Dr Andrew Wakefield di dalam British Medical Journal– seorang pakar gastroenterologi British yang mendakwa pemberian vaksin Mumps, Measles & Rubella (MMR) boleh menyebabkan penyakit autism kepada penerima vaksin. Ini telah menyebabkan penurunan kadar vaksin di Britain. Beliau juga cuba memasarkan kit diagnosis bagi tujuan komersial. Masyarakat perubatan kemudiannya mendapati bahawa doktor tersebut telah memalsukan penemuannya. Lesen amalan perubatan beliau telah digantung.

7. Data dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia menunjukkan bahawa pemberian vaksin menyelamatkan nyawa pada kadar 2.5 juta nyawa setiap tahun. Malahan setiap tahun, 1.5 juta kanak-kanak mati setiap tahun kerana tidak mengambil vaksin. Vaksin juga dikenalpasti antara langkah yang paling ekonomik bagi masalah global. Sekiranya pemberian vaksin dipanjangkan kepada penduduk di negara-negara miskin, anggaran sejumlah US 151 Billion (kira-kira RM600 Billion) dapat dijimatkan.

8. Vaksin amat efektif hinggakan penyakit seperti ‘smallpox’ berjaya dihapuskan sama sekali di dunia pada tahun 1980.

9. Mereka yang tidak menerima vaksin sebenarnya mendapat ‘perlindungan’ oleh mereka yang mendapat vaksin di sekeliling mereka.Ini dipanggil ‘herd immunity’. Inilah sebabnya kenapa ada di antara mereka yang tidak menerima vaksin tidak mendapat jangkitan. Bagaimanapun apabila mereka yang tidak menerima vaksin mendapat jangkitan menjadi ramai, perlindungan ‘herd immunity’ ini akan runtuh dan masyarakat akan terdedah dengan risiko jangkitan.

10. Dari segi kacamata Islam, pemberian dan pengambilan vaksin memberi lebih banyak kebaikan dari keburukan. Malahan terdapat pendapat pakar-pakar agama yang malah menyatakan berdosa jika vaksin tidak diambil melainkan terdapat halangan tertentu seperti alahan atau pesakit mengalami masalah sistem imun yang lemah.

11. Doktor-doktor Islam di Malaysia bersepakat yang vaksin amat penting dan berkesan untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko jangkitan kuman dan 100% mengesyorkan pengambilannya.

12. Kami memerlukan mufti-mufti dan pakar-pakar agama untuk membantu kami menyebarkan tentang peri pentingnya pengambilan vaksin kerana ia selari dengan ajaran agama Islam yang mementingkan perlindungan masyarakat dari penyakit berjangkit .

Dr Alzamani Mohammad Idrose
Hospital Kuala Lumpur



Copy paste oleh:
~kpah k-poh ~

No comments:

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.