KLIK

TERKENANG JUA [ AKU,DIA DAN BLOG]

Membaca entry dari BLOGGER KIZ telah benar-benar membuatkan fikiran akak k-poh melayang jauh ke zaman mula-mula berblog dulu.Memang akak k-poh pun TERKENANG JUA..!!! wahai KIZ...[ambik tisu kesat air mata dan ingus huhuhu..huwaaaaaa....!!]   
    "tentang siapakah yang menjadi saingan aku agar aku terus maju..haha..padahal orang yang aku saing tu tak tahu pun aku jadikan blog dia sparring..keh keh..siapakah dia?"

"masa tu tak ada siapa pun yang menjadi pembaca setia..Cuma seorang ni je..yang publish entri nama dia yang pertama..Selain itu blog ini juga banyak memberi insprirasi untuk aku menulis pada masa tu"

."tapi aku jadikan blog rakan kita ni untuk aku tak kalah dengan jumlah follower..haha..walaupun masa tu masing-masing follower tak sampai pun seratus..kah kah..cam ampeh je perangai aku."


Dulu dia top dengan entri review blognya..ramai yang masuk untuk tengok siapa yang direview hari2".

Ungkapan di atas tu akak copy dr blog KIZ, memang membawa kepada memori lama...[lum lah lama sgt pun...heeee]


Anda pasti ada kenangan hebat dalam dunia blog ni, siapa yang anda kenal masa anda bukan siapa-siapa pun..newbie lah kata kan..

Anda juga pasti tersenyum sendiri bila mengingatkan apa yang anda telah sumbatkan dalam blog anda tu..segala wijet..jam..kartun..lagu..pendek kata [panjang tak kata apa pun] segala macamlah kononnya supaya blog nampak menarik..

Anda juga pasti ingat berapa kali anda menukar 'langsir' dan 'susun-atur' blog anda setiap kali anda melihat blog blogger lain yang lebih menarik.

Anda juga akan berkira-kira,berapa ramai yang akan jadi follower anda pada hari itu.

Anda juga akan ternanti-nanti siapakah yang akan komen setiap entry anda..walaupun seorang, tapi anda puas sebab sekurang-kurangnya ada yang membaca entry anda.

Anda juga pasti 'riang-ria' bila duit Nuff anda bertambah walaupun 25 sen!!

Anda juga menggigil-gigil menulis entry pasal BE pertama yang anda dapat....betul tak?.

Ahhhh...banyak bendalah yang anda buat..bila anda sudah capai tahap akak k-poh sekarang ni..wahhhh..perasan hebat ker???...bukan gitu..maksud akak k-poh ialah..bila anda sudah capai tahap,lama berblog...anda akan dapati apa yang anda buat pada awal berblog tu..banyak yg entah apa-apa!!!!.

TAPI yakinlah bahawa apa yang 'entah apa-apa tu'..telah membawa anda kepada 'siapa diri anda sekarang' ini..betul tak?...belajar melalui pengalaman adalah pelajaran yang hebat..!!!

JADI setiap kali anda melihat adik2 / anak2 blogger baru yang blognya betul-betul annoying..janganlah anda kutuk-kutuk dalam entry anda...biarlah..mereka akan belajar dari kesilapan itu seperti anda juga..

Senang CONTOH nya.: sedang anda memandu di jalanraya, sebuah kereta kancil putih bercop L, berada dihadapan anda..perghhhh..lambat cam lembu..terhegeh-hegeh..ke kanan ke kiri..driver muka cuak..pucat..duduk tegak..pegang stereng punyalah kuat...Kalau anda kutuk 'driver' tu..macam tulah anda di kutuk oleh driver lain semasa anda sendiri menjadi pelajar dalam kereta kancil bercop L tu....KAN?

akhir kalam : TERIMA KASIH BLOGGER KIZ

5 comments:

EmpayarUtama said...

Belajar dari kesilapan...

afzalsukasuki said...

hehe terkonang juo..ewah.tu zaman muda2 akak ke ngan sua bellbottom?hahaha

mr.curly said...

mmg memori tul dlu2 kan laling..lbh2 lg mase kite bermemori daun pisang cecame..hikhik

kiz said...

masih banyak lagi memori tu kak..ingat tak entry 2 jam bersama ahli kabinet dapur..sampai akak masukkan entri tu kat segmen belalang..ingat tak..haha

kpah k-poh Sharifahnor said...

AFZAL: zaman kpah kecik tu sua bellbotom tu..

EMPAYAR:betul tu..kesilapan itu pengajaran..

CURLY:daun pisang tu memori tu...i tunggu janji u nak nyanyi pusing2 pokok pakai sari..!!!

KIZ: ingat kiz..kita chatting kat fb...

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.