Dengan naluri keibuan ditambah pula dengan naluri 'spy k-poh'..akak k-poh cuba untuk mendekati budak lelaki ini.Belum sempat akak k-poh keluar dari kereta, kelihatan seorang ibu telah terlebih dahulu mendekati budak ini.Entah apa yang ditanyakan kepada budak lelaki ini, tiba-tiba ibu itu menghulurkan wang kertas seringgit sambil menunjukkan kearah gerai menjual keropok.Situasi yang macam tu,akak k-poh dah boleh agak dah, budak lelaki ini dalam keadaan lapar...
Kemudian,budak lelaki ni bangun,berjalan menuju ke kedai sebelah untuk membeli aiskerim.Lemah longlai langkah yang diatur...
Kembali dengan sebatang ais kerim,budak ini sambung balik berbaring sambil memakan aiskerim! Siap terlentang terlangkup lagi..hinggakan comot abis mulut dan baju.
OK...ada lagi..habis saja makan aiskerim tu, budak ini, tidak terus bangun, tetapi berbual dengan kawan-kawannya dalam keadaan seperti gambar di bawah.
Ada lagi..selepas kawan-kawannya pergi,budak ini berbaring semula seperti keadaan di gambar yang pertama tadi...Dan seorang ibu yang lain pula datang mendekati budak lelaki itu...
JADI..anda tentu tahu apa yang berlaku seterusnya..kan.?
Persoalannya..kenapa dengan budak sekolah ini? Ini pertama kali akak k-poh terjumpa yang macam ni..dan akak k-poh sendiri pun akan menolong budak lelaki ini...Kalau anda, apa agaknya tindakan yang akan anda ambil?
10 comments:
rsnya akan datang untuk hulurkan bantuan juga. tapi kak pah sebenarnya budak tu sihat ke tak? hehe kalau akak tau la
mana ibu ayah dia? kesian ... urmmmm...
kalau diikutkan pada naluri insaniah yang ada pada diri kita....sememangnya kita akan turut merasa simpati pada budak tu... agaknya ibu dan ayah nya terlalu sibuk hingga terlupa pada kebajikan anak mereka ..... dan... mungkin jugak budak ni cerdik dalam diam...
tak mcm tak puas baca je baca crita nih.. endingnya camner k-poh?.. budak tu memang kelaparan ke atau buat2 supaya dpt duit beli ais-krim?
bab ni akak paling sensitip..la ni dah bergenang airmata akak..sebab akak rasa budak tu memang sdg kelaparan..nape K-poh tk tanya hal yg sebenarnya..siannya..mana mak dia, mana ayah dia..adoiii..
byk bende yg boleh ditafsirkan dr citer akak nie....
sama ada budak terlebih cerdik @ mmg ssh sesgt @ mak bapak tau beranak je tp tak ambik tau pe anak buat....
andaian je. x semestinya btul.....
turut simpati..tp wlau pe2 pn, den mmg xsalah memilih akak ni sbg laling den..baik, lemah lembutttt, sopan santunnnn..hikhik
budak ni dua dalam satu ni..tah la..kesian memang kesian..
kpah pun..dua dlm satu jugak...kalau tgk nampak mcm kesian sgt2..tapi bila dia baring lagi utk kali kedua..kpah dah syak mcm dia sengaja meraih simpati...
"amboi...nak meraih simpati jer kot kak pah,ishh awatnya akak tak tanya kat dia...dok mana,pi siasat la kak..heee..sori dah terlebih kepoh lak.."
Post a Comment