KLIK

2 APLIKASI IPHONE YANG SANGAT MEMBANTU

SALAM SAYANG SEMUA: Hari ini akak k-poh nak sembang tentang aplikasi yang banyak membantu akak k-poh yang agak 'kabur' dalam teknologi ni. Sebagai pengguna iphone ( walaupun iphone 3G yang akak k-poh guna ni di anggap 'tua' oleh pengguna iphone yang baru seperti 4S) tapi dengan kemudahan aplikasi yang disediakan di Apps.Store, ternyata akak k-poh tak perlu beralih kepada iphone yang lebih canggih tu. (keinginan tu ada... tapi ongkosnya ciput..hahhaaa) 
Aplikasi ni dipanggil BLOGPRESS. Ianya dibuat untuk membantu akak k-poh menulis dan meng'pos' entry melalui iphone. Aplikasi-aplikasi untuk kemudahan dalam berblog, banyak disediakan oleh Apps.Store dan kebanyakannya kita boleh dapat secara percuma. Tapi, aplikasi Blogpress ini berbayar,harganya tak sampai pun dua dolar. Lagipun sekali jer bayarpun..Dengan aplikasi ini, akak k-poh boleh menulis blog,letak pic atau pun ambik gambar on the spot kemudian send terus ke blog. Yang bestnya, akak k-poh boleh pilih untuk save dulu sebagai draft...  

Aplikasi yang kedua ni, di panggil SOUNDHOUND. Ianya digunakan untuk mencari lagu. Cara nak guna aplikasi ini pelbagai. Satu cara, akak k-poh boleh tulis nama artis atau nama lagu dan aplikasi ini akan mencarikan video lagu tersebut. Dan yang paling best sekali ialah, akak k-poh boleh nyanyikan lagu tu sedikit, dan aplikasi ini akan mencarikan tajuk dan lirik dan video sekali. Bestkan.. heee.. Walaupun kadang-kadang aplikasi ini tak dapat mencari lagu yang dikehendaki, sebab tak jelas.. nada lagu tersebut tak menepati.. ( nyanyi ntah apa-apa mana ler aplikasi ini nak jumpa lagu tu.. hahhaa).Jadi apa yg paling senang ialah, letakkan jer iphone anda di speaker radio dan aplikasi ini akan mencarikan lagu tersebut untuk anda. Dan yg lebih pentingnya,  sounhound ini free. (yg berbayar pun ada tapi 6 dolar lebih.. mahal tu.. hee) oh yaaa.. hanya untuk  lagu inggeris sahaja...   Ok, setakat ini saja.. kalau ada kesempatan, akak k-poh akan tulis pasal aplikasi lain pulak.

5 comments:

Fathiah Hamim said...

iphone ohh iphonee.
saya guna c3 jaa :D

Unknown said...

bila entah nak dapat guna iphone??
heheh

Mia Liana said...

uwaaaa mia takde iphone...

p/s: pesal mia shout banyak kali kat busuk tu.... tak kuar2 pun mesej mia.... adeiiii

Encik Bell said...

henset nokia 3310 belalang x dak pun application mcm tu XD

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

alamak malu lerrr...saya pakai sony jerrr..

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.