KLIK

THYROID | MELOR





Alhamdulillah.
Kpah ada terima shout dari seseorang yang menggunakan ID MELOR. ( anda boleh baca di atas). Syukur kerana Melor sihat dan bebas thyroid.

Cuma, apabila Melor kata tanda-tanda awal thyroid yang kpah nyatakan di dalam blog http://kpkakaktua.blogspot.com ada Melor alami, jadi kpah ingin berbicara sikitlah mengenai kisah kpah pula.

Tahun 2002,kpah telah mengalami tanda-tanda awal thyroid. Doktor di LPPKN tempat kpah buat rutin cek up IUD ( pencegah kehamilan) telah mengesan benjolan kecil di leher. Jadi beliau mencadangkan agar kpah membuat ujian darah untuk mengesan thyroid.

Alhamdulillah, semua keputusan adalah normal dan kpah disahkan tidak mengalami gangguan thyroid. Selepas setahun, kpah masih juga mengalami tanda-tanda gangguan hormon thyroid tersebut. Jadi, sekali lagi doktor mencadangkan agar kpah menjalani ujian darah untuk kali kedua.

Dan kali ini, kpah disahkan mengidap sakit thyroid. Bermula dari hari itu, ianya mengambil masa setahun lagi untuk kpah membuat rawatan dan akhirnya pada 2005 kpah menjalani pembedahan untuk membuang kalenjer thyroid.

Jadi,kpah harap Melor sentiasa alert dengan tanda-tanda awal thyroid tersebut dan dalam masa setahun lagi, silalah Melor membuat ujian darah sekali lagi.

Waalahuwaklam.


- Posted using BlogPress from my iPad

2 comments:

intanfirdaus247 said...

suami saya pon dulu ada tiroid di kedua2 belah leher..dah operate lepas kawen..now alhamdulillah..:)

Mulan said...

baru2 ni saya kena buat blood test sbb doc takut tiroid.. alhamdulillah ok.. suspen gila..

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.