KLIK

Cerita pendek terpendek


Sayup-sayup bunyi itu kedengaran lagi. Aku cemas. Anjing jiran mula menyalak bersahut-sahutan. Peluh mula membasahi dahi aku, meleleh sampai ke pipi. Tekak aku mula berasa sangat kering. Aku bingkas bangun menjenguk ke luar tingkap. Memasang telinga, berkira-kira arah dari manakah bunyi tersebut.

"Berbunyi lagi", rungut aku. Sang anjing pun tak reti-reti nak diam. Bersahut-sahutan semakin lantang.

"Ini tak boleh jadi.. dah dekat ni". Sambil menelan air liur, aku menjenguk lagi. Kelihatan jiran depan rumah menarik anaknya masuk. Situasi yang boleh membahayakan,mungkin.

"Macam mana ni? Anakpun tak ada di rumah, siapa nak tolong ni? Tak tahan,tak tahan!" bebel aku sambil menggaru kepala yang tak gatal.

Tiba-tiba bunyi itu semakin kuat, semakin dekat, semakin menaikkan semangat aku. Perlukah aku melakukannya? Patutkah? Oh tidak....

Aku perlu bertindak sekarang. Persetan dengan bunyi itu. Aku mesti lakukan juga. Mesti!

"Tunggu!" jerit aku sambil tangan menunjukkan isyarat berhenti. Aku berdiri tegak,nekad!

"Paddlepop satu..".......




Sekian:

-Posted using BlogPress from my iPad

8 comments:

m.u.l.a.n said...

sedih sini takde eskrem pon pon kring kring.....

diana said...

hahah...
saya sendiri pernah rasa gini kak..
nak jerit malu..tapi tak tahan sangt dah..
last2 jerit jugak suruh aiskrim tu benti.
sekarang tak yah jerit dah sebab orng jual tu dah tau wajib benti bila saya ada kat luar rumah..hehehe

mr. kopi pasta said...

haha LOL...ada lg ker motor yg jaja aiskrim paddlepod tu? dulu zaman muda mudi belasan tahun acap juga mkn time ptg2..borong dr pakcik bwk motor

djkakpahGomofm said...

MULAN: kat sini masih ada lagi...dulu org india dan cina yg jual.. skrg orang bangla dan indon pulak yg ambil alih heeeeee

djkakpahGomofm said...

DIANA: maluuuu tapi mahuuuu..hahahaaa

djkakpahGomofm said...

MR KOPI : banyak lagi motor ais kerim kat sini....

aisyah lola cham said...

done follow your blog

Ann Ishak said...

lain kali akak buat style macam iklan budak perempuan, babu jual roti dengan batang mob tu hihihi

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.