"Dia pun tak memahami diri sendiri; mengapa fizikal dan perasaannya lelaki sedangkan alat jantinanya seperti perempuan? Kenapa dia bermisai berjanggut bertubuh sasa namun mengalami kitaran haid?"
SUMBER : FB HANA HADZRAMI
NIKMAT YANG DILUPAKAN
Dulu tak pernah saya fikir perlu bersyukur kerana dilahirkan sebagai perempuan sempurna zahir dan batin (perangai tak sempurna tapi faham2 lah maksud saya ni kan?)
Sehinggalah saya kenal seorang individu yang bermasalah jantina semenjak lahir. Individu ini lahir dengan alat jantina yang meragukan (ambiguous genitalia) telah melalui banyak dugaan dalam hidupnya.
Bermula dari kelahiran yang tak dipedulikan oleh ibubapanya, diikuti waktu membesar bertukar tangan daripada nenek ke pakcik makcik sehingga usia dewasa. Saudara-mara sendiri tak memahami kenapa kelakuannya tak serupa dengan jantina, lalu membenci dan menyisihkannya (beliau dibesarkan sebagai perempuan namun berperangai lelaki semenjak kecil).
Dia pun tak memahami diri sendiri; mengapa fizikal dan perasaannya lelaki sedangkan alat jantinanya seperti perempuan? Kenapa dia bermisai berjanggut bertubuh sasa namun mengalami kitaran haid?
Bila ke tandas wanita, dia dikejar dan dipukul. Bila ke tandas lelaki tak dapat nak guna urinal. Bila tiba hari jumaat, diperli2 kenapa tak solat sunat jumaat? Lalu setiap jumaat beliau akan ke masjid solat sunat jumaat bersama jemaah lelaki yang lain.
Begitulah kehidupannya dari kecil hingga dewasa, dipenuhi kekeliruan hingga beberapa kali mengambil dadah bagi mencari ketenangan. Sampailah suatu masa teman wanitanya mencadangkan untuk berjumpa doktor.
Barulah tahu yang dia sebenarnya mempunyai campuran genotype lelaki dan perempuan.
Lalu setelah melalui beberapa siri ujian dan sesi kaunseling, beliau memilih menjalani pembedahan gender reassignment secara berperingkat sebagai lelaki.
Setelah umur hampir mencecah 40 tahun, barulah dia menikmati kehidupan lelaki sebenar. Bayangkan 40 tahun hidup dalam keadaan serba keliru, dibenci dan dilabelkan oleh masyarakat. Semuanya kerana tak dipedulikan ibubapa sendiri sewaktu lahir. Sepatutnya masalah dikesan dan dirawat dari waktu lahir namun dia telah diabaikan.
Rupanya ketenangan jantina juga adalah satu bentuk nikmat (phenotype selari dengan genotype).
Lepas ni tak mahu dah saya komplen gemuklah, tak cantiklah, alignment larilah. Dapat jantina sempurna pun dah berjuta kesyukuran saya panjatkan.
Sekurang2nya tiada siapa marah bila masuk tandas awam.
~ kpah k-poh ~
No comments:
Post a Comment