KLIK

RAWATAN ICU TAK MAKAN DEK RASUAH | HANA HADZRAMI

SUMBER: FB HANA HADZRAMI

Katil ICU disemua hospital kerajaan memang sangat laku bak goreng pisang panas.

Ianya sentiasa penuh dan senarai menunggu memang panjang. Namun sementara menunggu, pesakit dibantu dengan portable ventilator dalam wad. Ada sebilangan kecil perlu di hand-bagging selama berhari-hari kerana kehabisan portable ventilator dan pesakit tak mampu ke hospital swasta.

Senarai menunggu ICU bukan ikut 'first come first served' tapi mengikut prioriti. Maknanya yang lebih urgent akan didulukan. Dan tiada pesakit boleh didulukan dengan merasuah sesiapa bak kisah yang viral di FB baru-baru ini. Doktor dan misi gomen walau gaji tak besar tapi prinsip kami tak boleh dibeli dengan rasuah.

Teruk juga penulis status itu dibantai oleh netizen tetapi kita sebagai staf hospital perlu faham yang dia tak tahu apa2 dan dia terdesak melihat bapanya tenat di wad. Lumrah bila melibatkan orang tersayang, sesiapa pun boleh hilang arah dan tak mampu berfikir secara rasional. Kesian dia.

Memang bila servis hospital murah ramai akan tuntut macam-macam. Apalagi bayaran ICU hospital kerajaan Malaysia adalah antara termurah di dunia (bayaran maksimum rm500 ICU hospital kerajaan tanpa had hari VS bayaran minimum rm50k seminggu ICU hospital swasta), mana-mana keluarga pesakit yang perlukan rawatan ICU pun akan meminta supaya dipercepatkan kemasukan. Itu belum masuk pesakit yang berpindah dari hospital swasta kerana dah tak mampu bayar (baru 2 minggu di ICU swasta dah licin perlindungan insuran).

Ada pesakit kritikal yang besar harapan sembuhnya (good prognosis). Ada pesakit kritikal yang sangat tipis harapan sembuhnya (poor prognosis). Jika semua katil ICU dipenuhi oleh pesakit poor prognosis, maka tiada peluang untuk pesakit lain dirawat di ICU kerana pesakit poor prognosis mengambil masa lama untuk pulih separa (ke vegetative state) atau meninggal dunia. Ini tak adil bagi pesakit lain dan tak adil untuk kami pembayar cukai.

Jika ICU bersifat pro-aktif dan agresif seperti ICU hospital saya maka laju lah turn-overnya. Jika ICU bersifat pasif maka lambatlah turn-overnya dan semakin lama masa menunggunya. Banyak pihak akan rugi.

Jika ada pesakit major stroke dan pesakit asma kritikal, pasti pesakit asma kritikal itu kami dulukan masuk ICU. Tiada sesiapa patut mati disebabkan asma.

Usah disuruh perbanyakkan katil ICU di hospital kerajaan kerana bajet kami dah dipotong teruk semenjak beberapa tahun lepas.

Jadi apa pendapat anda, adakah kami perlu ikut perasaan atau ikut rasional apabila mengutamakan rawatan ICU?


~ kpah k-poh ~ copy paste 9/3/16

No comments:

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.