KLIK

Giveaway by JZ Business World & Ilham Nurry

Penaja bersama: JZ Business World & Ilham Nurry
Entah apakah gerangan mimpi sahabat hamba si pendekar berkuda, mengirimkan amanat kepada hamba untuk menyertai "giveaway" ini. Adapun hamba ini, bukanlah seorang yang pandai berkata-kata seperti si pendekar..tapi hamba akan mencuba.Agar tidak akan ada rasa kecil hati dipihak pendekar.. Seperti amalan yang biasa dilakukan oleh penduduk di sini..setiap "giveaway" bukan setakat untuk "give" sahaja, tapi ada termaktub syarat-syaratnya sekali.Ia..wahai pendekar, bacakanlah kepada hamba apa syarat-syaratnya itu:[ingatlah wahai pendekar..mestilah dengan seikhlas hati..tanpa memikirkan apa natijahnya kepada SEO ataupun KEYWORD. Juga BACKLINKS mahupun TRAFFIC..]Follower: sudah kiranya hamba memfollow kedua-dua penaja tersebutBanner sudahpun hamba letakkan ditempat yg sepatutnya.Princess yg sarat dgn cekelat unggu itu telah hamba temui dalam keadaan sakit gigi sebab berada di kamar "Gubahan Manisan"Keinginan hamba, sekiranya berjaya.. 
cekelat bola idaman kalbu
Oh..telah hamba jelaskan kepada pendekar, bahawa hamba amat berminat dengan cekelat bola tersebut.Kalau dapat sekiranya bola tu sebesar bola sepak, alangkah terharunya hamba..!!!! Malangnya hamba terpaksa bersaing dengan sahabat hamba, dayang istana bernama piasara..yang ternyata amat cemburu tatkala melihat hamba menikmati keenakan cekelat dari istana. Hamba cuba untuk mengadu kepada pahlawan di raja, Kiz, agar melindungi hamba, bukan saja tidak di endahkan, malah berita ini telah disampaikan pula ke pengetahuan tuan puteri Scarlett. Dengan perasaan marah, tuan puteri telah mengarahkan agar Princess Bergaun Unggu yg menjadi idaman hamba itu disorokkan dari pandangan hamba.Bimbang jika hamba memakan semua cekelat unggu di gaun Princess tersebut.  Maka hambapun dengan rendah diri berlalu dari situ sambil memegang ekor kuda pendekar..... p/s: adapun idea di atas itu adalah idea dari K-POH..jadi ahmad albab jangan ngada-ngada nak ngaku!!!! yg di tag..sila klik pada banner utk syarat2 yg lebih jelas.

5 comments:

Pendekar Berkuda said...

hahahahaha~! kak pah ni tak habis2 dengan ahmad albab nya...selalu jea nak buatkan hamba tergelak besar...adesh~!

JZ Business World said...

wah! wah! wah! hebat-hebat belaka rakan-rakan pendekar berkuda ye..

maaf jz pinta kerana tidak boleh mengulas dengan lebih lanjut kerana tempoh pertandingan masih lagi berlangsung. walaubagaimanapun terimalah ucapan terima kasih jz kerana sudi menyertai give away ini ya.. semoga ada tuah untuk anda ya. :)

Piasara said...

tq kak pah sbb tag sy,tgk lah kalau rajin..rasa2nya malas nk join sbb kak pah sure menang sbb pemenang dipilih berdasrkn penyertaan awal dn entri menarik dn kreatif..kak pah nya entri nmpak menarik je..kalau akk menang bkn nk share ngan sy pon..hehehe..gurau jer kak..jgn amik ati pulak nooo..

kiz said...

adoi poning palo den..GA ni nak buek cam no ni??? kak pah oOOOooOOo Kak pah...tolong tepon TM kenapa Tenet den lombab bebangat ni..arghhhhhh...

iLHAM NuRRy said...

sila ke link dibawah untuk melihat pemenang entry terbaik G.A Welcome 2011

http://ilhamnurry.blogspot.com/2011/03/pemenang-welcome-2011-giveaway-by-jz.html

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.