comment yang di komen : bahana isi borang cabutan bertuah
Akak k-poh tertarik mula-mula wat dek jer.. dengan komen dari blogger INI..s..u..d..@..i..s punyalah payah nak sebut nama ni. Apa yang akak k-poh nak story-mory ni, ada kaitan dengan "selalu isi borang cabutan bertuah bila pegi shopping"..memang tak pernah menang apa-apa pun..khayalan jer kalau pikir ada harapan nak menang...heee.. Ehhh...bukan itu yang akak k-poh nak kabarkan di sini..ada kisah sensasi dan basi lain..yang ada kena mengena dgn isi borang cabutan bertuah tu... ....dua tahun lepas, akak k-poh dapat call dari somebody, yg berani membuat tuduhan melulu tanpa usul periksa..memang cari pasal ni..kata akak k-poh tak bayar bil celcom sebanyak rm 1 ribu lebih fuhhhhh.....sebelum tu, suami akak k-poh pun ada terima bil dari pemungut hutang celcom, atas hal yang sama iaitu tak bayar bil celcom rm 1 ribu lebih jugak...memang cilakak..!! Aisey...wa tarak pakai celcom maaaaa...wa pakai top up prepaid maxis daaaaa...macam mana hal ni boleh jadi? So..do re me fa so..dua kali ler akak k-poh dan suami ngadap muka peguam, buat surat sumpah lakhnat..errr..., menyatakan yang akak k-poh dan suami tak pernah sepanjang hayat hidup ni..menggunakan perkhidmatan celcom tu. Dua kali jugak ler, akak k-poh dan suami ngadap muka pak polisi kat balai polis, buat report..menyatakan yang kami ni teraniaya. Dua kali jugak ler, akak k-poh dan suami ngadap muka awek tak cun.. kerani celcom tu..bawak ler dgn police report dan surat sumpah tu...untuk mintak dgn kesiannya..membatalkan bil-bil tu dan bebaskan kami dari fitnah errrr...belenggu hutang bil henpon yg kami tak pernah guna. apa pulak kena mengena dengan "isi borang cabutan bertuah tu?" Sebenarnya, peguam yang akak k-poh dan suami jumpa tu, menasihatkan akak k-poh agar tidak mengisi borang cabutan bertuah..suka hati anda ler..kalau nak isi..sebab alamat dan no IC kita pasti ada tertulis di situ.. Katanya, selepas cabutan bertuah tu berakhir,dan anda telah berjaya membawa pulang sebiji TV HD iaitu H utk hutang D untuk Dulu..HD..hutang Dulu..heee.. kemana agaknya borang yg bertimbun-timbun itu pergi? Di buang?..Kalau di buang, selamat ler..sekurang-kurangnya jadi sampah recycle boleh jugak join dgn surat kabar lama..buku-buku lama... Bagaimana kalau borang-borang itu di ambil oleh orang yang tidak bertanggung-jawab? siapa nak tanggung? siapa nak jawab? Maka berlaku ler hal yang terjadi kepada akak k-poh dan suami tadi. Selepas ni..mungkin anda pula yang menjadi mangsa, top up pun rm 10, tapi hutang bil yang anda tak langgan menjadi ribu-ribu...masa tu..barulah anda tahu, langit itu memang tinggi...heee.. Sejak dari peristiwa itu..maka akak k-poh pun bertekadlah untuk tidak lagi mengisi sebarang borang cabutan bertuah...sebab memang "bertuah" sangat-sangat ler jika di tuduh berhutang ribu-ribu..!!! Cuba anda bayangkan, anda mendapat surat kutip hutang, dan segala keterangan dalam bil itu memang keterangan mengenai diri anda seperti nama, alamat dan no IC. Dan anda bayangkan juga, pemungut hutang celcom tu, boleh call anda di nombor anda sekarang, sedangkan kononnya anda gunakan no celcom. Pelik? Tak de yang peliknya..pertama, no talipon anda telah tertulis dengan cantiknya di dalam borang cabutan yang kononnya bertuah itu.. dan kedua..perkhidmatan telekomunikasi memang ada jaringan tersendiri sebab anda kan mengisi maklumat diri setiap kali anda melanggan perkhidmatan telefon.Jadi cannot lari maaaa....celcom tanya sama maxis maaaa..mana mau cari akak k-poh punya no fon baru...heee... Tau tak..macam mana orang celcom percaya yang akak k-poh dan suami memang tidak melanggan celcom bil? Report polis boleh tipu..peguam boleh bayar... Bila anda melanggan perkhidmatan bil ( bukan prepaid yaaa..),anda kena isi borang..dan di dalam borang itu, anda di minta untuk menulis nama ibu anda.. Nama ibu yang di isi oleh orang yang tidak bertanggungjawab yang menggunakan identiti akak k-poh dan suami itu tidak sama dgn nama ibu kami..itu sajalah bukti kukuh yang menyelamatkan kami dari terpaksa membayar ribu-ribu bil telefon tersebut. Pesanan ikhlas dari akak k-poh...jangan hilangkan surat beranak anda.... sekian. (pertama kali entry panjang..)
P/S:terima kasih pihak google/thankyou google
segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.
6 comments:
tq kakpah sharing sini ..akibat ic dan adddres senang lenang kita pamirkan....
pas ni haramm nak isi borang bertuah.....
simpati ngan kakpah tak pasal kena fitnah......
Salam, kak pah. Cerita kak pah ini akan menjadi teladan kepada semua, supaya kita lebih berhati2......:)
tq atas perkongsian cerita yer kpah.naik takut pulak bila baca..mog Jadik teladan
huh jangan ingat bila kena tulis maiden's name tuh hanya info tak berguna.
dahsyatnya bil celcom.... take care... kak pah kena hati2 lepas ni..
Lain kali kena berhati2.
Post a Comment