KLIK

CIKGU BADAR,PENSEL DAN PEMADAM

Seterusnya siaran GomoFM, pada hari yang sama, akak k-poh ke blog CIKGU BADAR, dan berkenan dengan entry ini, bertajuk KISAH PENSEL DAN PEMADAM. Kisah mengenai pensel yang selalu membuat silap dan pemadam yang akan memadamkan kesilapan itu...tanpa jemu sehinggakan pemadam yang besar dan gemuk macam akak k-poh ni, telah mengecil. Menurut Cikgubadar, ibubapa kita juga diibaratkan sebagai pemadam dan kita sebagai pensel.Mereka sentiasa akan memperbetulkan setiap kesilapan kita sehingga ke akhirnya. (kredit utk : mazri_myie CG )
p/s : benarlah, jasa ibubapa tidak terbalas oleh kita..anak-anak ni. Apabila kita menjadi ibubapa..baru kita tahu betapa besarnya peranan kita sebagai ibu dan bapa. Sementelah pula, zaman sekarang ini, anak-anak lebih gemar merujuk kepada rakan sebaya jika mereka ada masalah....

4 comments:

Scarlett O'Hara said...

Mana ada Kak pah gemuk?Kak Pah cute!Citer pemadam dengan pensel ni bagus kalau citer kat budak2.

kpah k-poh said...

scarr..cute tu sejak azali lagi..heh..heh..heh...

Koding said...

Mujurlah anak-anak diibaratkan sebagai pensil...
Bolehlah pemadam menjalankan fungsinya...
Bagaimana jika anak diibaratkan sebagai pen??

tunz said...

bagus kisah ni..blog CB ni wajib diterjah tiap2 hari...cikgu dari melaka jugak CB ni kpah oiii

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.