KLIK

BUSY TAHAP GABAN.. MACAM MANA NAK EJAS NIH?

SALAM SAYANG SEMUA: Mula-mula akak k-poh nak senyum dulu, sebab tengok pic google kat atas ni, dah 80 peratus sama dengan situasi yang akak k-poh hadapi sekarang ini! Seperti yang anda semua dah maklum, akak k-poh ni kan seorang pekerja yang menguruskan merangkap pembantu kepada bos akak k-poh yang juga merupakan kawan baik akak k-poh sendiri. Sebelum-sebelum ini, tempat kerja akak k-poh hanyalah sebuah flat yang di sewa, khas untuk mengambil tempahan membuat beskut raya dan  beskut raya utk hantaran dan juga menjahit langsir. Tapi sekarang ini, kami ( akak k-poh dan bos) sudah dapat menyewa kedai, jadi tugas untuk 'menyara' kedai adalah lebih tinggi.Setakat hari ini dah banyak plan yang kami rancang dan dan kami harap akan dapat melaksanakannya. Kami sekarang ini sedang mencari pembantu untuk menjaga kedai sebab akak k-poh tak dapat untuk masuk bekerja seawal seperti dulu sebab akak k-poh perlu menDeejay terlebih dahulu.Sebab itulah akak k-poh hanya akan menDeejay selama sejam sahaja dan akan bergegas pula ke tempat kerja. Kalau dahulu, akak k-poh hanya bekerja jika ada tempahan, tapi sekarang ini, akak k-poh perlu ada sentiasa di kedai.Jadi untuk menguruskan rumah,mengupdate blog dan juga blogwalking, tak lupa juga untuk chatting dengan rakan-rakan gomofm dan fesbuk.. semuanya akan dilakukan pada sebelah malam.No main-main lagi haaaaa.. this is serius business.. alahai...
p/s: akak k-poh tabik pada mereka multitasking...

8 comments:

Ayu said...

Gud Luck akak K-poh!(^_^)

Mak Usu said...

kesian akak..haha..gambr tu mmg buat org senyum... apepon semoga akak berjaya selalu k... :)

Lina_Lin said...

nasib sume2 anak dah besar..tinggal anak kucing jela nak kne jage..hik hik

rafina mimi abdullah said...

ada jugak tu hah skrin tunjuk perkataan novel tuh..kahkahkah

kiz said...

semoga berjaya Kak..

tunz said...

moga kpah dpt manage time dgn bijak

Unknown said...

uish tak menang tangan dia.. huhu

Muttallif said...

Busy sangat dah tu, anyway...guddluck untuk K-poh...Jangan Biarkan Gaban Kecundang

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.