KLIK

KISAH TERHARU KISAH TAK CUKUP SINGGIT

SALAM SAYANG SEMUA: dengan kadar pernafasan yang pendek-pendek ni, akak k-poh nak tulis gak lah entry, takut anda yg masuk sini.. naik jemu nengok pic org bersin tu.. heeeee...Dengan kadar segera, terus ke blog mimi untuk baca SCKK bab 26, walaupun mata masih bertangkup sebab neman kan mimi di gomofm dan skype sampai jam 3 pagi.... OK, terus ke tajuk entry.. sebenarnya dua-dua kejadian tu, akak k-poh alami di hospital masa akak k-poh nak ambik ubat untuk nyakit batuk selsema yang tak mau sembuh-sembuh lagi ni.Tekak pun perit lagi.. kalau ber DJ mesti keluar suara itik punya.. hahahhaaa Ehhh.. masuk tajuk balik..Masa sedang menunggu nombor di panggil, akak k-poh peratilah, ada mat saleh tu sedang dapatkan rawatan jugak.Pastu dia kena pegi buat apoiment untuk X-ray.Pastu akak k-poh pulak di panggil masuk.Sedang doktor menulis preskripsi ubat, mat saleh tu masuk untuk bagitahu doktor tu tarikh dia akan di x-ray ( patutnya tak bagitahu pun tak pe)..Lepas tu, mat saleh tu buatlah ucapan yang telah membuatkan doktor cina perempuan tu mengalirkan air mata..Sekali dengan akak k-poh dan misi-misi pun terharu.Biasalah, ucapan terima kasih dan memuji kebaikan doktor tersebut.Bab yang bestnya, dia tengok kat akak k-poh pastu dia cakap..these are nice people.. pastu dia tunduk sikit..Alahai.. kalau org kita, haram nak buat macam tu.Nak say TQ pun kelat!!!  Masuk tajuk yang gelihati pulak yaaa...OK, lepas tu, akak k-poh menuju ke farmasi pulak, biasalah nak ambik ubat.Dapat nombor.. fuhh.. dekat-dekat setengah jam nih belum tentu dapat...Rilex jer lah sebab dah sepital gomen.. memang ler cam tu! Tetiba adalah sorang pemuda cina nih beratur nak ambik nombor,tapi tangan tergaru-garu dalam baju.Yang kelasnya, hahhaaa.. siap seluk seluar sebelah belakang..garuk montot.. heeeee...Mungkin dia kena gatal-gatal tu.. tak tahan gamaknya. Nak nunggu dapat ubat punyalah lama, jadi dia berdiri depan kaunter ubat tu sambil cekak pinggang..( adik yg bagi ubat tu dah suspen)..Bila adik tu pegi belakang nak kutip ubat-ubat yang dah siap.. pemuda cina tu terus ke kaunter dan tongkat dagu kat situ.. punyalah gelihati, tangan sebelah tongkat dagu kat kaunter..sebelah lagi garuk sana garuk sini... Bila adik farmasi tu kata, u pegi duduk dulu, lambat lagi nombor ni..pemuda cina tu terus ke tempat duduk.. sama satu line dgn akak k-poh tapi bersebelahan dengan nyonya cina.Ehhhh.. duduk pulak tak duduk diam.. bergegar kerusi di buatnya....kejap dia berpaling ke kiri..kejap ke kanan.Kejap tu gegar lagi kerusi.. ni kalau runtuh kerusi ni, dengan akak k-poh sekali malu.. kah kah kah.. Lucu tak? sebenarnya tak lucu pun.. kesian lagi ada.. heee... Sebenarnya akak k-poh istilahkan pemuda cina tu sebagai  TAK CUKUP SINGGIT... ehhhh.. kalau orang Indon, istilah mereka pulak ialah TAK CUKUP SELITER... heee

7 comments:

Mia Liana said...

lahhh kesiannya pemuda cina tu, mungkin "kurang sihat". nasib dia tak buat benda-benda yang bukan-bukan.

semoga cepat sembuh ya kak pah. jangan lupa makan ubat.

Scarlett O'Hara said...

Cepatlah baik ek Kak Pah.

diana said...

dia tak sedap badan gamak nye...hehehe

Mrs.Yie said...

kurang sihat tak dia tu..ish..macam2 hal..kak pah sempat lagi promot sckk bab 26 heheehh

MULAN said...

cepat sembuh kak pah..!!! aiya, lu galu sana galu sini... mmg kalo lama sgt tunggu, mau cokoh depan tu tunggu..

Mak Usu said...

hahahaa...kesian pemuda cina tu.. apepon semoga akak cepat sembuh k..

capt. keon alhan said...

kesian dia gatal2...huhu...

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.