CUTI, KERETAPI NAIK, KUALA LUMPUR PERGI
|
SALAM SAYANG SEMUA: Apa mende pulak tajuk cam tu.. heeee...Sebenarnya itu untuk menggambarkan betapa seronoknya akak k-poh hendak pergi bercuti... Ehhhh.. bercuti ke?? Sebenarnya bukan bercuti pun.. tapi nak pergi merisik seorang gadis untuk anak sulung akak k-poh ni. Dah lama berkawan, jadi eloklah diambil langkah selanjutnya.Kan.. Yang paling seronok sakan nak naik keretapi ialah anak bongsu akak k-poh ni, masa kecik dulu jer naik keretapi, pastu dah tak naik-naik dah.Hinggalah sekarang ni... Kesian kat dia, nak merasa naik keretapi.Lagipun akak k-poh pergi tak lama, jadi nak suruh hubby drive, kesian dia.. tak sempat nak rehat. Esok malam, hari Ahad, akak k-poh sekeluarga akan bertolak dan sampai pada hari Isnin.Selepas selesai urusan, hari Isnin tu jugak pada malamnya, akak k-poh sekeluarga akan balik ke Penang dengan keretapi jugak. Sebab itulah akak k-poh ambik tempat tidur, bagi selesa sikit dan tak sakit badan..( yg sakitnya poket ler) Oklah, doakan perjalanan lancar dan urusan berjalan dengan baik.... |
p/s: Bila kali terakhir anda naik keretapi? akak k-poh kali terakhir naik keretapi kira-kira 7 tahun yang lalu......lamanya tak naik keretapi.....
P/S:terima kasih pihak google/thankyou google
segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.
10 comments:
wahhhh bestnya....
mia belum pernah naik keretapi lagi....
wah tak lama lagi dpt menantu lah akak....
Sy pun tak pernah naik keretapi...
jom naik keretapi...
tak lama lagi kpah k-poh dapat menantulah ya...naik keretapi bestnya...
Kali terakhir naik keretapi kira2 20 tahun dulu.Bestnya kak pah dah nak terima menantu.Mudah2an dimudahkan segala urusan ye kak pah.
"slmt merisik, kak pah...smga dipermudahkan segala urusan..amboi cepat nya nak balik,mai la rumah saya dulu kak pah.."
abg kerja pia.... ni pun kena ponteng hahaha
naik keretapi.. 7 tahun yg lalu.. last pergi Johor..
semoga Allah permudahkan segala urusan kpah...
lama betoi rasanya x naik ketapi... last naik sekolah rendah dulu kot...agagaga
Post a Comment