KLIK

NAK BAWAK KERETA AUTO KE MANUAL?

SALAM SAYANG SEMUA : Lesen kenderaan automatik Mei ini? Calon diberi opsyen pilihan kenderaan manual atau automatik untuk ujian memandu...Anda sekarang ni memandu kereta auto ke kereta manual? Akak k-poh drive manual...akak k-poh memang tak reti nak drive auto sebab tak pernah pun cuba untuk memandu kereta jenis auto..( nak drive kereta canggih pun takut...kalau kancil buruk ni.. dah pro lah.. hahahaaa). Bagi akak k-pohlah, kalau drive kereta manual, rasanya lebih mencabar.. berbanding dengan auto.. ye idak?? Bagi anda yang nak ambik lesen memandu automatik, anda hanya boleh memandu kereta auto saja, jangan nak mengada-ngada memandu kereta manual sebab anda akan di saman..!!!! Tapi jika anda mempunyai lesen memandu manual, anda boleh memandu kedua-dua jenis transmisi, auto pun boleh.. manual pun boleh..Akak k-poh nak nasihatkan andalah yang mana belum mempunyai lesen memandu dan teringin nak ambik lesen memandu kereta, eloklah ambik lesen yang manual.
p/s : ada satu filem tu akak k-poh pernah tengok kat TV, cerita Thailand.. al-kisahnya, mereka tu jahat..kemudian mereka datang untuk merampas kereta dari seseorang tu..malangnya, seorang pun tak reti nak drive sebab kereta tu manual. Bayangkan jika kecemasan.... Oh yaa.. adik akak k-poh sendiri yang dah memandu lama dari akak k-poh, tapi dia bawak kereta auto.Dia memang dah lupa bagaimana nak drive manual..sedangkan masa belajar memandu dulu, memang gear manual... Kalau dari segi selenggaraan, kereta auto lebih mahal...Betul tak?

9 comments:

CintaKhadijah said...

ala.. rugi ambik awal2.. klo x ambik auto. manual mencabar keimanan kot.. adehhh..=..="

Shaiful Zaidi said...

manual vs auto...lebih baik lesen manual boleh pandu 2 2...

Mia Liana said...

auto lagi senang kak pah. kalau tiap2 hari pegi balik keje tempuh trafik yang sesak, kaki takkan lenguh...

KizMySeLf said...

pasang driver je.. auto duduk..auto jalan..hehe..tapi lagi bagus belajar manual..

masz said...

Sy pun bawah kereta manual kak..
Dulu mula2 dpt lesen..
Sy suruh bpk beli kereta auto... tp bpk x nak...
Ikut la kata bpk... beli kereta manual tp sy bagi syarat sy nak power steering... hehehe

kpah k-poh said...

Rasanya..kalau dah pandai manual..lebih baik terus jer dgn manual..kan.

FatinFirdaus said...

kereta manual lagi laju.. huhu

Cik Sibuk said...

saya seblom kawin drive manual..dah lepas kawin jual keta, car pool ngan somi. somi tak reti bawak manual. sekarang saya pon dah sama tak reti dah bawak manual.

manual paling takut kalau berenti dekat traffic light yang dekat jalan bukit. takutnya kereta gelongsor ke belakang.

DianaAzis said...

haha.. betul tu kak pah.. dulu mula2 diana pun drive manual sebab apa yang ada kat rumah semuanya kereta manual. Sekarang bila ada kereta sendiri auto dah tak agak kekok nak drive kereta manual..kadang2 terpaksa juga drive bila kereta sendiri terperodsk kat dalam garaj dan yg dibelakang yang ada hanya kereta manual..

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.