KLIK

GOMOFM | FAKTA AUTA (edisi buaya gomofm)

GOMOFM | FAKTA AUTA kembali lagi, walaupun ada yang menyatakan FAKTA AUTA dulu tu sebagai 'mongok' tapi akak k-poh tak kisah pun. Sebab akak k-poh faham, bahasa anak-anak muda sekarang ni banyak yang dah 'lupa daratan' dan 'lupa batasan'.Jadi kalau 'mongok' atau 'mangang' dan sewaktu dengannya tu.. akak k-poh telan jer...!!!!! (edisi membebel)  Ok lah, untuk kali ini akak k-poh akan membuka rahsia tentang kehidupan yang dilakukan oleh warga GOMOFM, Ok.. sebelum tu.. akak k-poh menyusun jari sekiranya ada yang terguris hati.. (sila bgtahu, dan fakta auta mengenai anda akan dipadamkan)  Akak k-poh mulakan dengan :
 KUBI: pemilik gomofm yang menjadi rebutan gadis-gadis ini,selain dari mendeejay di gomofm, beliau merupakan seorang gembala kambing yang tidak berapa berjaya. Adalah dipercayai, beliau telah menjual kambing kesayangan beliau yang bernama 'mat zin'. Di percayai juga, beliau menjadi tidak keruan selepas berpisah dengan 'mat zin' sehinggakan beliau telah bertukar dari menjadi gembala kambing kepada pekerjaan menternak buaya. Beliau juga sering dijadikan contoh oleh chatters yang begitu berminat untuk menjadi 'penternak' buaya juga.  HOS GETAH: kru gomofm yang bekerjaya sebagai penoreh getah ini begitu komited dengan tunjuk ajar dari kubi dalam bidang 'penternakan' buaya ini. Beliau seorang yang pakar dalam bidang toreh-menoreh ini hampir meninggalkan kerjaya beliau kerana terpengaruh apabila melihat kejayaan Kubi dalam bidang 'penternakan' buaya tersebut.Lebih membanggakan, beliau telah berjaya 'menternak' spesis buaya tembaga sedangkan Kubi baru saja lulus mejadi buaya darat.  SAM WINCESTER : bekerjaya sebagai pengelap dinding dan pencuci tingkap KOMTAR, begitu misteri dikalangan warga gomofm. Beliau juga merupakan anak didik Kubi ini nampaknya telah menunjukkan minat dalam bidang 'menternak' buaya ini. Beliau agak pemalu sebab itu beliau sukar untuk berjaya dalam bidang  'ternakan' buaya ini. Waktu pagi-pagi buta merupakan waktu beliau melepaskan buaya ternakan beliau dicbox gomofm. Walaupun begitu, beliau merupakan satu-satunya 'penternak' buaya yang telah berjaya mengajar buayanya bercakap.Percaya atau tidak, perkataan pertama yang diajar oleh beliau kepada buaya beliau ialah AGAGAGAGAGAGA. ( makna perkataan tersebut hanya beliau sahaja yang mengetahuinya).  REBORN: bekerja sebagai pemanjat pokok yang berjaya.Beliau juga telah beberapa kali cuba untuk meletak jawatan sebagai pemanjat pokok.Ini kerana saingan yang amat sengit dari kalangan 'berok mat yeh' telah menyebabkan pendapatan beliau sebagai pemanjat pokok telah terjejas dengan teruknya. Dengan sokongan dari rakan-rakan,dan Kubi sebagai penjamin, beliau telah disarankan untuk menceburi bidang 'menternak' buaya ini. Beliau telah dengan sedaya upayanya mengajar buaya 'ternakan' beliau ini untuk mahir memanjat seperti beliau.Tetapi beliau menemui kegagalan kerana buaya beliau mengalami masalah berat badan yang melampau. Dipercayai beliau telah memberi makan nasi lemak dan bahulu kepada buaya beliau setiap kali buaya beliau dilepaskan di chatbox gomofm. TAPAI: seorang bidan kerajaan yang menjinak-jinakkan diri untuk menceburi bidang 'penternakan' buaya ini.Disebabkan kekangan masa bekerja yang tidak menentu, maka beliau telah mengamalkan 'penternakan' buaya secara moden dan bersepadu.Tidak ramai 'penternak' yang berupaya mengikut jejak langkah beliau kerana formula kejayaan beliau ini sangat 'top sikeret'. Tapi dari penelitian yang dibuat setiap kali beliau melepaskan buaya beliau di chatbox gomofm itu,beliau mengamalkan formula  2P 2S iaitu 'pandang-pegang sentuh-sambut'. Ternyata formula ini tidak berani digunakan oleh 'penternak' lain kerana risikonya sangat tinggi.  FAKAR: memulakan kerjaya sebagai penjaga tiang-tiang TM, beliau juga menceburi bidang 'penternakan' buaya ini secara 'part time'. Walaupun beliau tidak mempunyai banyak masa untuk melepaskan buaya beliau di chatbox gomofm tapi setiap kali buaya beliau dilepaskan, ianya sentiasa mendapat sambutan yang mengejutkan. Walaupun buaya beliau gagal untuk di ajar memanjat dan bercakap tapi buaya beliau tetap dianggap istimewa. Menurut sumber-sumber yang sah-sah menipu, dikatakan buaya 'ternakan' beliau mempunyai kaki yang bebulu!!! Sama ada berbulu kerinting atau lurus, itu tidaklah dapat disahkan.    SEKIAN: 

3 comments:

hana mochiteno said...

THE BEST kahkah..haha..

gosip gomo fm said...

sumpah kakpah jadi biawk komodo muahhahha

kpah k-poh said...

biawak pun biawak lah kahkahkah...

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.