KLIK

KECANTIKAN DALAMAN PERLU DIPELIHARA




Menjadi seorang wanita,selain diharapkan menjadi seorang isteri dan ibu yang sempurna,mereka juga sering diharapkan tampil cantik dan jelita.

Faktor kecantikan sememangnya sangat sinonim dengan wanita. Sementelahan,setiap wanita didedahkan dengan banyak pengaruh persekitaran berkaitan keindahan dan kecantikan. Selain lambakan majalah yang berkisarkan kecantikan,kalangan teman sepejabat yang tampil anggun dan jelita membuatkan ada ketika anda berasa rendah diri dan tidak mampu berdiri sama tinggi dengan mereka.

Dalam pada itu,kita hidup dalam dunia yang penuh dengan pandangan sinis terhadap penampilan dan kecantikan seseorang wanita itu. Tidak kira tinggi mana pun pangkat dan kedudukan anda,apabila berkaitan penampilan dan kecantikan akan sentiasa saja ada cacat dan cela.

Ya,kecantikan merupakan sebahagian dari kehidupan. Namun,kebanyakan kita lebih nampak kecantikan luaran sahaja sehingga lupa akan kecantikan dari dalam. Seorang wanita yang meletakkan kecantikan dirinya ditakuk yang sama,selamanya akan dilihat tidak menarik. Seseorang ibu biasa yang kurang percaya diri mungkin lupa,kecantikannya boleh datang dalam bentuk curahan kasih sayang dan kesabaran yang menyinar pada dirinya sekalipun tanpa berdandan.

Untuk itu, mulai sekarang,biarkan kecantikan dalaman anda bersinar. Senyumlah dengan minda yang lapang,kecantikan anda akan terserlah walaupun anda hanya mengenakan secalit pengilat bibir.

Melengkapkan lagi kecantikan semula jadi,kesihatan kulit sangat penting. Kulit yang halus,mulus dan bersinar akan 'berbicara' dengan semua orang sebagai tanda anda memiliki kualiti kesihatan dan kecantikan yang sebenar. Kesihatan kulit yang baik adalah solekan terbaik yang anda guna,tidak kira ke mana jua anda pergi,nikmatinya tanpa rasa ragu.

Pada peringkat usia matang,kologen dan serat anjal yang menyokong kulit semakin berkurangan sehingga menyebabkan kulit menjadi kering berkedut kusam dan tidak rata. Walaupun anda cuba menggunakan pelembab,ia tidak membantu mengembalikan kulit ke bentuk asal.

Apa yang anda perlukan adalah meningkat penambahan protein kologen untuk menjaga dan mengekalkan kesihatan kulit anda disamping vitamin C dan vitamin E yang merupakan antioksidan kuat melawan radikal bebas dan mencegah penuaan.

Sumber: total image / keluarga





- Posted using BlogPress from my iPad

2 comments:

faiza khan said...

Join Best Online Jobs without any investment, Data Entry and Copy pasting Jobs.
www.jobzcorner.com

maryjohin said...


welcome to our shop,Our shop sells a brands of products.There have Abercrombie Milano, Hollister Espa?a, Abercrombie outlet, hollister milano .

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.