KLIK

GOMOFM : SELAMAT PAGI SAYANG

Penerangan gambar: penyanyi NOOR KUMALASARI setelah lama meninggalkan dunia seni.


Bagi anda yang pernah mendengar kpah berdeejay,pasti biasa mendengar lagu SELAMAT PAGI SAYANG NYANYIAN NOOR KUMALASARI. Lagu tersebut merupakan lagu tema bagi SEGMEN SELAMAT PAGI SAYANG yang kpah ke udarakan setiap hari Isnin hingga Jumaat setiap jam 8.30 pagi hingga jam 10.30 pagi.

Penerangan gambar: Noor di samping ibu tersayang,Datin Umi Kalsum.p


Segmen tersebut merupakan segmen yang MENUNAIKAN LAGU-LAGU PERMINTAAN DARI PENDENGAR. Selalunya segmen ini memang mendapat sambutan ramai.
Sekiranya anda sedang membaca blog ini, dan ada terdengar lagu,bermakna anda sedang mendengar RADIO GOMOFM. Anda juga boleh membuat permintaan lagu dan akan ditunaikan dalam kadar yang segera.

Penerangan gambar: Noor kumalasari di samping penyanyi terkenal ketika itu iaitu Allahyarham SUDIRMAN Hj ARSHAD.




Baiklah kembali kepada penyanyi SELAMAT PAGI SAYANG, tentunya anda sudah biasa mengenali NOOR KUMALASARI. di sini ada beberapa penerangan yang kpah petik dari Wikipedia...

Penyanyi Noor Kumalasari di zaman muda.


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.



Noorkumalasari (dilahirkan sebagai Noor Kumalasari binti Mohamed Taib; 11 April 1956) merupakan salah seorang pelakon dan penyanyi dari Malaysia yang terkenal pada 1960-an dan 1990-an. Beliau juga merupakan anak kepada Datuk S. Roomai Noor dan Datin Umi Kalthum.Beliau juga merupakan adik seayah Anita Sarawak.
Beliau telah berkahwin dengan Roslan Onn dan dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Abdul Qayyum.Tetapi, perkahwinan itu tidak bertahan lama apabila mereka bercerai 10 tahun kemudian. Pada tahun 1990 pula, beliau telah bertemu dengan Wan Mohamad Yusof dan mereka telah bernikah walaupun timbul sedikit kontroversi ketika itu.Mereka juga telah dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Amin Nurrashid, Wan Amni Nuruddin dan Wan Irfan Nurul Atiq.


Ibu beliau telah mendapat ilham untuk menamakannya sebagai "Noor Kumalasari" selepas memegang watak dengan nama tersebut dalam filem "Tangisan Ibu". Ketika ibu beliau sedang berlakon dalam filem tersebut, beliau masih lagi di dalam kandungan. Sebenarnya, beliau telah berlakon sewaktu usianya masih kecil dalam filem "Tunang Pak Dukun" pada tahun 1960 sebagai watak sampingan. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Perempuan Taman Petaling. Beliau juga bersifat pendiam tetapi amat suka bersolek. Perkara itu juga yang menyebabkan beliau menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang peragawati. Ketika di sekolah, beliau amat gemar untuk menyertai pertandingan ratu cantik dan pernah memenangi gelaran "Teen Princess" pada tahun 1974 bagi seluruh sekolah di Petaling Jaya serta gelaran "Ratu" bagi Sekolah Menengah Perempuan Taman Petaling. Beliau juga secara rahsia telah menjadi peragawati sambilan tanpa memberitahu ibu bapanya. Akhirnya, perkara itu diketahui oleh ibu dan bapanya serta telah diberi kata putus samada mahu meneruskan kerjayanya di bank atau menjadi seorang peragawati secara serius.
Ternyata keputusannya tetap untuk menjadi seorang peragawati. Beliau juga telah mendapat tawaran untuk memegang watak utama dalam filem Menanti Hari Esok sebagai "Rohayu".


- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.