KLIK

RAFINAMIMI : NOVEL DIA YANG AKU PILIH




Sudahpun sampai dalam genggaman,novel ke dua tulisan RAFINAMIMI ABDULLAH dari RAFINAMIMI.COM. Ketika gambar ini di ambil, masih panas-panas lagi sebab baru keluar dari kotak belakang atas motor pos laju..heeee...
Tiba-tiba terkenang kembali zaman Rafinamimi,bukan siapa-siapa. Beliau hanya seorang blogger yang kpah kenali pertama kali dengan gelaran SELIPAR KOREA. Mujur beliau tak gunakan nama selipar korea sebagai nama pena....heeee..
Masa itu, setiap hari kami pembaca blog Rafinamimi.com,sentiasa menunggu update blog beliau. Menunggu dari satu bab ke satu bab..sehingga habis! Komen dan pendapat dari pembaca,semuanya di ambil serius oleh beliau. Dari seorang yang menjana pendapatan melalui blog,beliau beralih perlahan-lahan kepada menulis novel melalui blog.
Walaupun DIA YANG AKU PILIH (bukan tajuk asal novel ini), adalah yang pertama tulisan dari Rafinamimi,tapi novel SAYANG CIKGU KETAT-KETAT mendahului untuk di terbitkan. Siapa sangka,cempedak pun boleh jadi nangka..kalau dah rezeki itu milik dia..maka milik dia lah...tak gitu?
Setelah dua novel tersebut kpah mendapatkannya dengan percuma, nanti keluaran seterusnya,kpah akan beli sendiri. Bukan apa, sebab kpah tidak terlibat secara langsung dengan karya-karya beliau yang lain itu. Kpah tengok beliau sudah ada peminat yang tersendiri yang sentiasa memberi sokongan..tahniahlah untuk Rafinamimi.
Akhir kata, SELAMAT MAJU JAYA....


- Posted using BlogPress from my iPad

3 comments:

Siti Nurhayati Dollah said...

Novel baru sampai tu, cepat-cepat balut cantik-cantik ya mama ;)

krole said...

tahniah kak~ insyaAllah kalau ada bajet krole pon nak juga novel dr selipar korea ni huhu~

Mrs.Yie said...

terima kasih kak pah :)

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.