KLIK

Cake & Cafe Nur Impian Suri




Tahniah atas pembukaan kedai Cake & Cafe, kepunyaan rakan baik kpah, Puan Nur Zaliya. Walaupun ramai yang salah anggap yang kedai ini,kepunyaan kpah. Lokasi kedai di Taman Alma Jaya. Betul-betul depan sekolah taman alma jaya.

Bermula 7 tahun dulu,kpah bekerja di bawah bimbingan Kak Nur Zaliya,beroperasi di rumah beliau,membuat biskut-biskut untuk hari raya. Masa itu,hanya 6 orang pekerja sementara,bersempit-sempit menyiapkan tempahan.

Kemudian,kami berpindah menyewa flat. Di situ seramai 13 ke 15 orang pekerja sementara. Walaupun sempit,tapi lebih teratur. Lebih banyak pengeluaran biskut-biskut raya dapat di hasilkan. Ramai juga dealer yg berurusan dgn kami.

Dua tahun kemudian,kami berpindah ke tingkat atas sebuah kedai. (Atas kedai yg skrg ini). Lebih luas dan lebih ramai pekerja sementara yang kami ambil. Pengeluaran biskut raya juga sangat hebat. Dealer datangnya dari kawasan berdekatan dan juga dari seluruh Malaysia. Yang kurangnya masa itu ialah,produk kami tidak dapat di beli secara terus kerana tidak ada tempat yg sesuai untuk display.

Dua tahun selepas itu,akhirnya,Puan Nur Zaliya dapat menyewa sebuah kedai. Menyewa tingkat atas untuk pengeluaran dan di bawah untuk jualan. Syukur Alhamdulillah, impian beliau untuk membuka kedai Cake & Cafe tercapai.

Rintangan..usah cakaplah... Nampak senang,tapi tidur tak lena... Selama 7 tahun bersama beliau,kpah berikan komitmen yang tinggi dalam tugas. Kpah melihat kejayaan demi kejayaan beliau.

P/s: selamat maju jaya...semuga sukses dalam bisnes dan jangan hiraukan kata-kata negatif.. Anggaplah ianya berlalu seperti angin lalu...




Yg ni produk keluaran kpah...ngeeee...

~ kpah k-poh ~

2 comments:

Unknown said...

kpah kpoh mesti terer buat biskut dan kek ni kan kan..

bicara mak dara said...

tahniah utk teman Kak Pahhhh :)

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.