KLIK

Azizan Osman (dot) com | Doa Untuk Terus Miskin atau Tidak Ada Duit?

SUMBER: Azizan Osman (dot) com

Ia salah satu sebab kenapa ramai yang asalnya hidup susah dan terus hidup atau orang yang terus hidup di dal tekanan kewangan adalah kerana mereka mempunyai mentaliti miskin atau mentaliti sentiasa TIDAK ADA WANG!

Tak faham? Saya selalu sebut tentang hadis Nabi saw yang bermaksud antaranya ialah Tuhan mengikut sangkaan hambaNya. Apa yang kita fikir, rasa, cakap dan amalkan atau lakukan adalah menjadi DOA. Itu satu formula yang kita mesti fahami.

Satu masa dulu saya tidak sedar atau perasaan betapa powerfulnya formula ini di dalam proses memperbaiki hidup dan kewangan saya. Saya selalu sebut “Aku ni susah!”, “Aku ni tak ada duit”, sedangkan sebenarnya tidak mungkin kita tidak ada duit, kita mesti ada duit walau 10 sen. Bermakna kita ada. Jika kita mahukan sesuatu, kita hentikan kata “Aku tidak ada duit!” atau “Aku tidak cukup duit!”……

Mungkin maksud kita adalah kita ingin beli sesuatu tetapi kita BELUM ADA bajet untuk membelinya tetapi bila saya faham yang apa yang saya fikir, rasa, cakap dan buat adalah DOA, saya mula menukar cara saya berfikir, emosi saya, kata-kata saya dan tindakan saya kepada ayat-ayat seperti “Insha Allah rezeki aku ada untuk beli benda ni!”, “Insha Allah duit aku ada. sedikit lagi Allah swt lorongkan lebih banyak sampai untuk aku buat ini ini ini!”, “Insha Allah bisnes aku makin meningkat, rezeki aku bertambah dan aku tahu DIA sedang aturkan lebih banyak rezeki untuk aku!”.

Nampak simple tetapi ianya adalah statement-statement luar biasa yang menjadi doa kepada kita.

Fahami perkara ini, rezeki dan peluang keliling kita adalah sangat banyak, cuma adakah MINDA kita, ILMU kita, emosi kita, kata-kata kita dan perbuatan kita sampai kepada kapasiti yang mampu nampak atau melihatnya dan kapasiti diri anda mampu menerima rezeki yang lebih banyak? Rezeki Allah swt adalah banyak keliling kita seumpama TNB mampu suppy seberapa banyak janakuasa elektrik ke rumah kita, tetapi adalah kemampuan METER ELEKTRIK DB Board di rumah kita mampu TERIMA kapasiti elektrik yang lebih tinggi sedangkan ia hanya pada tahap SINGLE PHASE dan bukan THREE PHASE yang mampu terima elektrik/ rezeki lebih besar?

Upgrade minda, emosi, kata-kata kita dan tindakan kita dengan ilmu dan tindakan yang lebih luar biasa serta positif, Insha Allah hasilnya kehidupan dan kewangan kita juga akan lebih positif.

Semua orang yang berjaya, sebelum mereka berjaya adalah mereka yang yakin dan menyakinkan diri yang mereka akan berjaya!

Tak faham tak apa tetapi ini adalah salah satu sains kejayaan dalam kewangan. Bila kita percaya dan yakin dengan kuasa Allah swt mampu merubah atau memperbaiki hidup atau kewangan kita, DIA akan tunjuk jalan tetapi kita kena BERANI belajar dan bertindak! ILMU kuncinya, tindakan jalannya dan syurga matlamatnya. Saya doakan kita semua berjaya dunia akhirat! Ameen. #DAO

~ kpah k-poh ~

1 comment:

Anonymous said...

Saya ada banyak duit :)

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.