KLIK

509 cafe, Lunas, Kedah

19/8/18

Tujuan kpah, suami dan anak keluar rumah sbb kami nak tengok wayang cerita Hantu Kak Limah. 

Sampai Kulim, jemmed.. Tak boleh masuk langsung dlm Mall. 

Jadi kami putuskan utk ke TGV AEON MALL. Sampai sana, hanya dua2 masa tayangan, semua tinggal seat depan saja. Tak nak mendongaklah.. Nanti sakit tengkuk. 

Selepas solat maghrib, kami beredar. Tengok online, panggung wayang di Kulim Central, dua waktu tayangan.. Full. Tinggal yg jam 10.40 mlm masih banyak seat. 

Balik jer lah.. "gila kau..nengok citer antu..abis tengah malam.. " scary akak lorrrr..!!! 

Sebelum balik, cuba-cuba cari cafe rakan Grup Tiroid dan Anda. Itulah dia.. Cafe 509 !

Susun atur dlm cafe sangat unik..banyak barang retro, ada kereta lama, almari lama dan org2 lama 😆😆 yg bermain alat muzik. Pengunjung dihiburkan dgn lagu2 lama. Nostalgia betul... 

Menu pun banyak pilihan. Boleh juga tempah utk event. 

Nanti kpah nak pegi lagi.. Nak bawa anak2 dan menantu, cucu.. 

Kepada anda yg berminat atau nak lepas gian menyanyi.. Bolehlah kunjungi 509 Cafe, Lunas. Kawasan Perumahan dibelakang Balai Polis, Lunas. 

Dibuka jam 3ptg hingga 12malam. Tutup pada hari Jumaat. Atau boleh cari fb Tuan Punya cafe (Ida Mellsara). 

Sekian. 

No comments:

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.