KLIK

KAU PERGI JUA

Assalamualaikum. 

Akhirnya.. Adik Ipar (lelaki) kpah pergi jua menyahut panggilan Ilahi pada 28/7/18. Setelah terlantar di ICU selama 28 hari. Koma selepas berlaku komplikasi jantung semasa pembedahan. 

Kali terakhir kami berjumpa,  semasa sambutan Hari Raya Puasa tahun ini. 

Arwah menghembuskan nafas terakhir tepat jam 3.35 petang. 

Paling menyedihkan.. Sebab 28/7/18 merupakan Hari ulangtahun kelahiran isterinya (adik kpah).

Sebelum itu, arwah pernah menyebut.. Akan memberi kejutan pada Hari Ulangtahun kelahiran isterinya. 

Apakah ini kejutan yg dimaksudkan? Memang kejutan yg mengejutkan semua orang.. 

28/7/18 juga adalah Hari Ulangtahun Perkahwinan kpah dan suami. Sebelum hari tu, kami dah berpakat utk tidak menyambut ulangtahun perkahwinan sebab ada ahli keluarga yg sedang nazak. Dan ternyata.. Memang kami tidak buat sambutan langsung. Tidak ada ucapan.. Tidak ada hadiah.. Yg ada hanyalah air mata. 

Hanya selepas 15 hari,  barulah kpah kuat utk menulis tanpa menitiskan air mata. Ia akan jadi kenangan kami sepanjang hayat. 

Innalillahiwainnailaihirojiuun untuk adik iparku Cikgu Mohd Noor Azri Zakaria. Ramai yg sayang padamu tapi Allah lebih menyayangimu. 

Anakmu Iman.. Pasti akan merindui papanya.. InshaAllah.. Kami akan ceritakan tentang kebaikan mu di dunia ini bila Iman besar kelak.. 

(dan sekali lagi air mata ku tumpah) 

No comments:

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.