KLIK

KHAIRUL FAIZIE : KHAIRAT KEMATIAN

Doc Khairul Faizie berkongsi penulisan beliau tentang khairat kematian. Hal yang sangat penting yang satu masa nanti, kita dan ahli keluarga, pasti akan memerlukannya. Kpah simpan di sini untuk rujukan pada masa akan datang. Mohon halalkan entry ini. 

Sumber : FB KHAIRUL FAIZIE

Ada sahabat FB saya yang baru diuji kehilangan suaminya yang tercinta bulan lepas. Beliau dalam proses buat tuntutan yang patut seperti KWSP, Perkeso, insurans, etc.


Selain tuntutan tersebut, ada lagi perkara yang ramai terlepas pandang. Ianya hak kita, maka tuntutlah bila berlaku kematian. Saya cakna akan hal ini pun lepas mak ayah tolong uruskan hal berkaitan selepas kematian almarhum adik saya pada 2017 dulu.


KHAIRAT Kematian.


Ada beberapa khairat kematian yang boleh kita tuntut:


1- Khairat Kematian ASB.

Jika ada buat simpanan ASB, boleh tuntut. Kadar bayaran nya ialah antara RM200  ke RM2000, bergantung kepada baki pelaburan kita yang terakhir.


2- Khairat Kematian Pencen.

Jika kita atau mak ayah pesara Kerajaan, boleh tuntut khairat ini. Bernilai RM3000.


3- Khairat Kematian Takaful

Jika ada mencarum dalam skim takaful, boleh tuntut. Bayaran antara RM 2000 ke RM5000, bergantung skim yang disertai. Boleh rujuk agen takaful anda,


4- Khairat Kematian Bank Rakyat

Kalau ada akaun Bank Rakyat, nilai khairat kematian nya ialah RM3000.


5- Khairat Kematian KWSP

Buat pencarum KWSP, khairat kematian ialah RM2500.


6- Khairat Kematian PERKESO

Kalau pernah mencarum Perkeso, nilai khairat kematian nya RM 2000.


7- Khairat Kematian Penjawat Awam ( JPA)

Kalau pesara Kerajaan / staff kerajaan...nilai khairatnya RM3000.


Edited:

Untuk Pesara Kerajaan dan Penjawat Awam (Meninggal Dalam Perkhidmatan) kita sebut sebagai BANTUAN MENGURUS JENAZAH , jumlahnya betul, RM3,000.00. 

Boleh tuntut melalui jabatan akhir gemulah (Penjawat Awam), dan melalui KWAP untuk Pesara yang meninggal dunia (Borang mohon melalui KWAP).


8- Khairat Kematian Masjid.

Mencarum dalam skim khairat kematian masjid kariah kita. Jumlahnya bergantung pada masjid masing masing.


9-  Khairat Kematian BSH.

Sekiranya dulu menerima BR1M ( sekarang BSH), ada khairat kematiannya. Jumlah saya tak pasti.


10-  Khairat Kematian Pembayar Zakat.

Yang ini info baharu saya terima. Saya tak pasti mekanisme nya. Boleh rujuk pusat zakat negeri masing masing.


11- Khairat Kematian Ahli RELA.

Utk yang pernah jadi ahli RELA, ada peruntukan khairat kematian RM2500. Boleh rujuk kepada pejabat RELA berkenaan.

No comments:

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.