SALASILAH TAK SALAH
Entry kali ni akak k-poh nak sembang pasal SALASILAH keluarga akak k-poh. Moyang lelaki dikenali sebagai Shafie Tukang gunting.Sebab..lepas moyang pencen dari Istana Kelantan (berkhidmat sebagai penari merangkap pengiring Sultan Kelantan pada masa tu),moyang bekerja sebagai tukang gunting rambut.Akak k-poh masih ingat lagi masa kecik dulu, akak k-poh selalu pegi kat kedai gunting rambut tu, di Pengkalan Ferry..(masa tu tak de jambatan, jadi kena naik bot kalau nak pegi bandar Pasir Mas..org sana panggil 'kalle mutto'..)Moyang seorang yang tampanlah pada zamannya..ramai isteri..(kawen cerai)..dan isteri yang paling akhir ialah moyang perempuan yg bernama zainab. Moyang perempuan pulak..Seorang bidan kampung,dan pandai berubat orang kalau kena sampuk syaitan..(masa dulu...bkn scary mcm cerita filem2 lama tu..ok)Tapi kan..masa kecik dulu,akak k-poh memang takut kalau nak masuk rumah moyang ni. Kononnya mereka berdua ni banyak ilmu pasal benda-benda ghaib ni..Kalau bab kena ganggu..sesat jalan nak balik rumah..moyang memang selalu kena.Satu malam tu..moyang lambat balik dari surau..bila dia sampai je kat rumah..akak k-poh terdengar moyang cakap..'oooo mung nok uji aku yor..(engkau nak uji aku ke)..seram sejuk akak k-poh dibuatnya. Moyang lelaki meninggal dunia masa akak k-poh belum kawen lagi, sedangkan moyang perempuan meninggal dunia masa akak k-poh dah ada anak 4.Panjang umurnya..dah 100 tahun masa tu...( tapi banyak cabaran yg dilalui sebelum kedua-duanya dapat menghembuskan nafas yg terakhir...mungkin sebab ilmu yg dikandung badan ..) Sebenarnya..akak k-poh sempat bersama dengan mak kepada moyang perempuan akak k-poh tu.Alahai..namanya akak k-poh dah tak ingat. Semasa hidupnya, Wo..panggilan kepada mak moyang akak k-poh tu..beliau sangat suka bercerita.Apa yg akak k-poh masih ingat..wo bgtahu yg gelaran bapa dia ialah Tok Merah..guru silat.Wallahhuwaklam...Wo meninggal masa umur akak k-poh 13 tahun.Selepas dia meninggal..akak k-poh tak berani nak pandang katil tempat Wo tidur..(penakut amat) Emmm..nenek akak k-poh pulak namanya Siti Fatimah.Masa mudanya..mek (panggilan kpd nenek akak k-poh)..ni comeyy lah orangnya.Nenek kawen pada masa umurnya 12 tahun dengan seorang pemuda berketurunan Syed.Malangnya perkahwinan ni tidak lama sebab mek tidak dibenarkan keluar rumah dan bermain2 dgn rakan sebaya..hahhaaa...Suaminya sangat cemburu..mungkin takut lelaki lain melihat kecantikan nenek dan terpikat kot..akhirnya dengan campur tangan keluarga..mrk bercerai. Mungkin dlm usia belasan tahun..mek berkawen dgn atuk..Tapi mendapat tentangan dari keluarga atuk sebab mek ni kan janda sedangkan atuk masih teruna.Sampailah skrg ni..hubungan antara mek dan keluarga sebelah atuk tidak mesra. Atuk meninggal dunia 5 tahun yg lalu kerana penyakit asma. Mek masih sihat...tapi..dah alami tanda-tanda nyanyuk. Mak akak k-poh pula..bernama Che Hawa. Mak anak tunggal. (tapi anak mak 9 orang..huhuhu..)Abah akak k-poh pula asalnya dari Tumpat Kelantan. Mak kata..masa tu mak suka sangat pegi belajar menjahit..sebab boleh jumpa abah kat kebun getah...( keluarga abah duduk di estet )..Kemudian abah menyertai tentera..( macam sarjan Hassan pulak dah...)..dan bermulalah kehidupan adik beradik akak k-poh sebagai anak-anak askar..!! Abah telah meninggalkan kami 7 tahun yang lepas kerana kanser paru-paru.Mak sekarang ni berusia 62 tahun...dan masih solo...hmmmmm Opsss..dah panjang lebar dah ni...saja nak bagitahu yg akak k-poh ni bukan dari keturunan 'syarifah-syed' tu yaaa...Hanya nama saja..nenek yg beri nama sharifah bersempena dgn nama dudanya dulu..syed.. nenek
P/S:terima kasih pihak google/thankyou google
segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.
5 comments:
salam
kena baca 2,3 kali baru faham hehe..
alahai..cheKam..rasanya dah pakai ayat paling mudah...heee
Kak Zai tak berapa tahu salasilah sebelah mak dan ayah cuma ingat nenek sebelah mak jadi bidan terkenal disebelah Batang Padang,Perak.
kak zai tak de ilmu jadi bidan ke?? hmmm
ooo.. tapi ramai lah sekarang yang guna nama sharifah tapi bukan keturuan syed... biasa la... makcik mia pun nama sharifah juga...
Post a Comment