KLIK

BUKU CERITA CIKGU-CIKGU

PENULIS : AFRISA MY DAN UMIE MAISARAH
"kenapa Su? Apa yang terjadi?""Abang tampar saya.Emak saya menjentik pun tak pernah,"Kak Suhaila merungut.       Kegilaan tangisan seorang wanita menjadikan hati seorang suami kian tercabar.Abang Kassim seakan-akan dirasuk syaitan.Dia menarik Kak Suhaila dari pelukan emak.Tanpa sedar aku turut bergelut membebaskan Kak Suhaila dari tarikan Abang Kassim.Petikan cerita bertajuk GURU ANAK EMAK         Aku mempercepatkan langkahku menuju ke bilik Pengetua.Tanpa membawa sebarang fail,aku pasrah.Sedang aku terkocoh-kocoh itu,tiba-tiba aku terlanggar Cikgu Kay yang kebetulan baru keluar dari pejabat.Tanganku yang hendak memulas tombol pintu tersentuh tangannya."Ya Allah,batal air sembahyangku!" kata Cikgu Kay sambil tersenyum kambing,namun seumur hidupku,belum pernah aku melihat kambing tersenyum.Petikan cerita bertajuk GURU SITI MUNIRAH Buku CERITA CIKGU-CIKGU ini ditulis oleh rakan sekolah akak k-poh masa tingkatan 6 dahulu.Afrisa My atau Noraini Mohd Yasin ialah penulis buku ini bersama dengan sahabatnya UMIE MAISARAH. Kedua-dua penulis ini ialah seorang guru,sebab itulah buku ini dinamakan CERITA CIKGU-CIKGU.  Buku ini mengandungi pecahan lapan buah cerita.Sesuai untuk pembacaan remaja sekolah sebab penceritaannya berdasarkan sekitar alam persekolahan.Dua petikan diatas itu ialah antara petikan yang menarik yang akak k-poh 'copy' ke dalam blog ini. Buku ini diterbitkan oleh penerbitan www.karnadya.com.my

3 comments:

Yumida said...

wow..mesti zaman sekolah dulu kwn2 akak rajin pinjam buku kt pusat sumber.....mesti pengalaman sebenar kan kak pah

kpah k-poh said...

pengalaman cikgu-cikgu tu lah Yumida...

Scarlett O'Hara said...

Dah tulis jugak berdasarkan pengalaman, tapi simpan sendiri je.

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.