KLIK

Macam Rafeah Buang?

Pagi tadi,lepas kelas erobic,Kak Asmah (pelajar sesi malam, berumur 60 tahun lebih seorang ibu tunggal) calling-calling dengan Kak Eja (jurulatih)..jemput kita orang makan.Aduhhh lepas berhempas pulas mengeluarkan peluh..kita orang akan berhempas pulas pulak menghabiskan makanan kat rumah kak asmah!!

Sampai kat rumah kak asmah tu, rupa-rupanya dah ada tetamu..alahai..bersalam-salaman lah kita orang yang bau bucuk macham ni...

"depa ni dari kelas erobic..jom lah kalau hang nak join" (kak
asmah bukak kempen daaa)

"malu laaaa kak..saya ni besaq!"(sedar diri tak paaa)

"alah..cu hang tengok..depa ni pun besaq-besaq jugak!" (tuu diaaa sampai hati noooo)

"mana saya ada masa..saya kan kerja.." (alasan klise)

"kerja di mana?"( akak k-poh mula bersuara, diam dari tadi tu sebab duk melantak pulut cicah rendang)

"saya buat bahulu kat Tesco"

"ohhhh patut lah macam biasa tengok...nasib baik kita orang tak ngumpat pasal bahulu tesco..heeee" (akak k-poh start nak buat lawak)

"dia ni kalau tak dak..sunyi tau..kat kelas tu..dia lah paling bising!!"( merujuk kpd akak k-poh lah tu..tersedak minum teh o panas!)

"Mana ada..."( merendah diri huhuhu)

"Cu hang tengok muka dia..muka orang pemes !" ( mmg ayat kak asmah ni..akak k-poh tak top up walau sepatah pun perkataan..huhuhu)

"muka sapa pulak ni kak oiiii"...( akak k-poh nak jugak tahu..kot lah macam rozita che wan kaaaa kik kik kik)

"macam muka Rafeah Buang !.."

Alahai..dah agak dahhhhh.....


6 comments:

Yumida said...

RAFEAH BUANG PN STILL ANGGUN APE..

kiz said...

memang pun.. haha..dari dulu tgk ada iras2..keh keh

Belalang Hijau said...

rafeah buang utara! hahaha

Scarlett O'Hara said...

Macam Rubiah Suparman pun ada.Eeeiii!Tak sabar nak jumpa in person.

kpah k-poh said...

patut lah bila jumpa org lama..mrk asyik kata mcm pernah tgk..rupa2nya dah muka macam artis lama...aduhhh...

qasehraihan said...

waaaa....retisss...hehe

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.