KLIK

Sekitar majlis bacaan yassin, pembukaan kedai.

SALAM SAYANG SEMUA: Hari ni, Jumaat,tepat jam 8 pagi, akak k-poh dan bos dah berada di kedai... nak buat persiapan terakhir untuk majlis bacaan yassin.Berhari-hari kami merancang, plan itu ini, akhirnya selesai jugak majlis tersebut.Bos dah kelam kabut.. takut ada jer yg tak cukup... tapi tak pe.. jgn risau.. sebab bos ada pembantu yg bersedia menolong pada bila-bila masa..!!! heeeeee....


Majlis bermula jam 9 pagi.Bacaan doa dan tazkirah sebagai pembukaan  majlis. Seramai lebih kurang 30 orang ahli perkumpulan wanita Taman Alma Jaya di jemput.Di ketuai oleh Puan Gayah yg pakai jubah dan tudung serba hitam tu.



Di antara tetamu yang hadir ada juga yang dijemput dari kalangan kenalan.Alhamdulillah..ramai yang hadir untuk sama-sama mendoakan kejayaan perniagaan ini.


Setelah selesai majlis, tetamu di hidangkan dengan serba sedikit juadah.Sebagai mengalas perut dan menghilangkan dahaga.



Dua set hidangan, boleh pilih nak yang mana satu....



Beehon goreng,pizza, karipap,agar-agar dan pisang... semuanya di buat sendiri.. ( bos lah buat.. akak k-poh hanya tolong-tolong jer)...



Jeng.. jeng.. jeng... perkenalkan inilah bos akak k-poh.. yg bertudung ada kaler hitam tu..Bos akak k-poh namanya Nurzaliya dan kedainya bernama Nur Impian Suri. Bos akak k-poh ni berusia 51 tahun. Yang sorang lagi tu, kenalan akak k-poh merangkap sahabat facebook.. heeee. Dan yang tengah tu.. siapa lagi kalau bukan akak k-poh dalam saiz yang sebenar.. hahahahahaaa...

P/S: geli hati betul bila semalam bos akak k-poh  pesan.. 'haa.. tu nanti jgn pulak silap pakai t.shirt dgn jeans jer.. tu.' Almaklumlah.. majlis bacaan yassin.. tak kan ler nak pakai jeans.. isshhh... bos ni.. pun.. heee. Bila akak k-poh datang pakai jubah.."amboi.. gaya datin-datin lah pulak..." heeeee.. macam-macamlah bos nih..!!!!Ada jugak yang tersilap..menyangkakan akak k-poh ni tuan kedai...ye lah.. sebab akak k-poh lah orang yang paling sibuk (penyibuk.. sebenarnya...heee)

6 comments:

kiz said...

alhamdulillah..semoga segalanya dipermudahkan dan dimurahkan rezeki..selamat berjaya Kak Pah..

kpah k-poh said...

terima kasih kiz.. InshaAllah...

Mia Liana said...

bestnya.... semoga berjaya bisnes yang dijalankan dan mendapat sambutan.

:)

kpah k-poh said...

terima kasih, mia...

tunz said...

semoga segala urusan perniagaan ini diberkatiNYa dan dimurahkan rezeki kpd semua yg mengusahakannya..kepada kpah..tabiklah sbb ada byk ilmu jahit menjahit n masak memasak..

p/s kelas ko pahhhhhhh!!!!!!jgn mare yer...

Azmi Khan said...

semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah dan segala usaha diberi ganjaran oleh Allah....

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.