KLIK

Berani Punya Budak | Filem Afdlin Shauki


Berani Punya Budak | filem Afdlin Shauki telah pun akak k-poh tonton petang tadi.Anda dah menonton ke belum? Nak cakap macam mana yer.. Hmmmm... menarik jugak sebab ada aksi-aksi berlawan yang ganas dan kelakar.Cuma, dialog-dialog banyak dialih suara oleh Afdlin sendiri. Entah berapa banyak watak yang menggunakan suara Afdlin sendiri. Juga ada watak yang 'encem' macho giler tapi suaranya macam hampas tebu. Kah kah kah....

 Sedikit sinopsis untuk filem Berani Punya Budak untuk tatapan anda:- sumber
Shuhami Abdullah/Tong (Afdlin Shauki) baru sahaja tiba di lapangan terbang, namun dia telah ditangkap oleh pihak Interpol & disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster Thailand. Di sini, Shuhaimi berceritakan mengenai kehidupan abang iparnya. Pairot, kembali semula menjalani kehidupan normal selepas keluar daripada penjara dan dia menguruskan restoran bersama iparnya, Tong. Kemudian, satu hari Pairot mendapat satu panggilan untuk melaksanakan tugas terakhir, iaitu mencuri data peribadi pelanggan daripada sebuah syarikat kad kredit.
Pairot telah dipaksa untuk melakukan kerja tersebut setelah pemanggil menculik Tong dan mengugut untuk membunuh dia sekiranya kerja itu tidak dapat diselesaikan. Pairot terpaksa melakukan kerja itu dan berjaya melepaskan Tong. Namun, perkara tersebut menjadi kucar kacir apabila Pairot telah dikenalpasti sebagai penjenayah & diburu oleh pihak polis serta Metropolitan Mafia.
Mereka berdua berjaya melepaskan diri dan bercadang untuk menjumpai timbalan presiden syarikat kad kredit untuk memaklumkan bahawa Pairot tidak bertindak atas kehendak sendiri. Walau bagaimanapun, semakin lama mereka semakin terperangkap dengan situasi ini, dan ia melibatkan konspirasi yang telah dirancang lebih awal. Adakah mereka berjaya menyelesaikan masalah tersebut?

p/s : Dari lima bintang... akak k-poh berani bagi 3.5 bintang saja.....Tapi watak B ( mike B) memang hebat aksi berlawannya..

3 comments:

Eza Boom Boom said...

tak suka tgok filem aksi.. huhuk..

fArAh kUchEnGg said...

wahhh.. entry menarik nihh.. hehe.. ;) macehh sbb share ye kak..

Mia Liana said...

belum sempat nak tengok...

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.