KLIK

LaDonna Adrian Gaines | DONNA SUMMER

 DONNA SUMMER | meninggal dunia. (may 17, 2012)


Donna Summer ,lahir pada 31 Desember 1948 –dengan nama LaDonna Adrian Gaines di Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat.Bapa beliau bernama  Andrew seorang penjual daging dan ibu beliau bernama Mary Gaines seorang guru sekolah.Beliau bersama tujuh orang adik beradik telah dibesarkan di sebuah daerah bernama Dorchester, Boston. Beliau merupakan seorang penyanyi dan pencipta lagu era disko tahun 70an. Beliau sebelum terkenal, merupakan seorang penyanyi gospel.Ibu beliau menyatakan bahawa sebaik sahaja pandai bercakap, summer sangat suka menyanyi.Beliau berkarier dalam dunia muzik dari tahun 1968 hingga tahun 2012.

Memulakan karier sebagai penyanyi latar kepada Trio Three Dog Night,beliau telah diperkenalkan dengan dua orang produser iaitu Giorgio Moroder and Pete Bellotte. Three Dog Night ialah sebuah kumpulan rock terkenal di Amerika dari tahun 1968 hingga 1975. Sejak itu, beliau mengorak langkah sebagai penyanyi terkenal.


Lady of the Night ialah album pertama Donna Summer. Pete Bellotte, bertanggungjawab sebagai produser album tersebut dan diterbitkan pada tahun 1974,tapi hanya di The Netherlands.Lagu yang menjadi hits ialah lagu "The Hostage" dan  "Lady Of The Night".

Summer meninggal pada 17 Mei 2012. The Associated Press melaporkan bahawa beliau meninggal pada waktu pagi di rumahnya di Key West, Florida pada usia 63 setelah bergelut dengan penyakit kanser.

No comments:

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.