KLIK

Luahan hati hari ini

Ye.. memang akak k-poh sakit.. errrr... memang sakit lah yer bila dah ada rutin makan ubat yang tidak boleh ditinggal-tinggalkan secara sengaja. Memang di namakan sakitlah yer.. bila kena telan ubat tu sepanjang hayat!!! Ye memang sakit.... Tapi luahan hati hari ini bukan sebab sakit akak k-poh ni.. tapi adab orang yang 'kurang adab' bila mengetahui yang seseorang tu sakit. Ok.. fine.. kita tahu beliau sakit.. insan / sahabat yang akak k-poh sayang sangat-sangat ( air mata dah menitis ni)..insan yang akak k-poh kenali 6 tahun dulu..sejak itu beliau menjadi tempat curahan..luahan..ketawa dan menangis.. akak k-poh bersama beliau dan begitulah sebaliknya.Segala suka duka kami kongsi bersama dan akak k-poh dah anggap beliau sebagai kakak sendiri. Bila ada orang lain yang entah apa-apa, tak reti adab.. tak reti nak kawal mulut tu.. bercakap seolah-olah penyakit tu dah tak ada ubatnya..itu akak k-poh tak boleh tahan. Bercakap ikut sedap mulut.. ada ke patut dia kata sakit itu disebabkan ketidakpuasan hati orang lain. Macam lah dia tahu .... sebab apa Allah beri sakit tu. Kalau nak bercakap dengan orang sakit.. jangan sampai mengalirkan air mata.. jangan sampai tersentuh hati.. Kalau tak reti nak cakap.. baik diam..!!!! Memang lah dah hakikat.. dah sakit mesti kena terima.. Qadha dan Qadar Allah.. tapi sebagai manusia yang waras dan berakal.. sepatutnya memberi harapan.. menenangkan....nasihat supaya banyak bersabar.. dan bukannya menyesakkan lagi otak!!! p/s: kadang-kadang manusia ni lupa yang mereka tu ada akal tapi lupa nak guna....hmmmm

4 comments:

Mia Liana said...

sabar ya kak pah... mentang2 diorang tak sakit. cuba kalau diorang yang sakit, baru tahu rasanya...

kpah k-poh said...

tu lah mia... hmmm...

Mrs.Yie said...

kak pah..orang macam tu pun berpenyakit jugak..penyakit hati! penyakit hati ni lagi parah sebenarnya daripada penyakit2 yg ada atas dunia ni..sekali buat dosa, satu titik hitam akan menempek pada hati..bila dah lama2,jadi macam org tu lah..grrrrrrr!!!!!!!!!!

kpah k-poh said...

mimi.. tu lah.. org sakit lagi sakit bila jumpa org mcm tu..

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.